![]() |
| Beautiful bridge across Sumida River |
ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ..penantian selama beberapa bulan telah berakhir.Tiba masa untuk terbang ke Jepun.
Before tu kami pergi jemput anak bongsu di U.Maknanya,untuk inter semester vacation ni,dia tak balik rumah dulu.Dari U terus fly ke Jepun.
Disebabkan flight departure kami awal pagi keesokannya iaitu pada jam 2.25 pagi,kami decide untuk sewa bilik transit di Kota Warisan, Sepang.Dapatlah,kami rehatkan badan untuk beberapa jam sebelum fly.Homestay ni dalam 20 mins je dari KLIA,kalau berminat,boleh pm sini.
KLIA Terminal 1
![]() |
| Pagi dinihari di airport |
Dalam post intro,kami dah explain kenapa kali ni kami naik Philippine Airlines...salah satunya sebab ada halal in flight meals
![]() |
| Chicken pasta |
![]() |
| Rice & beef - sedap |
Flight KL-Manila arrived at Terminal 1 Manila..flight Manila-Narita also departed from Terminal 1.Since both flights used the same terminal (T1),the transit was
ii-no need to exit terminal
ii-no need to claim & recheck luggage
So,sangat senang & tranfer time pun tak sampai 30 minit sebab airport Manila ni kecik je.Malangnya,flight kami ke Narita delayed 1 hour pulak.
From Narita Airport to Airbnb
![]() |
| The adventure began... |
Landed at Narita Airport 1.40 tengahari local time.
By 2.30 pm,custom clearance done👌.Cari prayer room🕌 untuk solat jama' takhir Zohor-Asar (Asar masuk jam 2.30 tengahari).Kat 2nd floor at international arrival ada prayer room..
![]() |
| Surau bersebelahan dengan Information Centre,ada tempat wudhu'. Cuma tiada separate area untuk lelaki & wanita |
Usai solat,terus cari train🚄 untuk ke airbnb (airbnb di Sumida City = walkable distance to Asakusa).Follow signs to Keisei Line.Beli dulu 4 keping IC card iaitu Suica Welcome Card (warna merah) kat kaunter tiket Keisei.We loaded 3200¥ per person...guna Wise je.Machine ada English translation,don't worry.
IC card ni macam touch & go kad kat Msia - gunanya untuk naik public transport & beli barang-barang kat convenience stores (7E,Lawson,Konbini etc).Ada 3 common IC card kat Jepun - Suica,PASMO & ICOCA.
Suica Card ni ada 2 jenis - Welcome Card (merah) & biasa (hijau).Suica card merah ni tak perlu deposit,tapi baki wang dalam card not refundable.Card valid for 28 days only.
Then,we took regular Keisei main line train (not SKYLINER - SKYLINER lebih laju dan tak banyak stop,tapi lebih mahal 1000¥).We remained onboard through out the journey- takyah tukar-tukar train.After 20 stops (1 hour & 10 mins travel time),we reached Honjo-Azumabashi station,the nearest train station to our airbnb.
![]() |
| Takde borak-borak |
Exit A2 is the nearest to airbnb,tapi baca kat reviews guests airbnb ada lift kat Exit A0 & A5.So,kami ikut exit A0..dapatlah elakkan naik tangga bertingkek-tingkek sambil angkut beg besar.
Airbnb
After 150 meter walk,jumpa lah airbnb.Rumah ni kat tingkat atas..takde lift.Memang tak dapat elaklah..kena lah angkut beg naik tangga.
![]() |
| Bedroom 1 - 1 queen bed |
![]() | ||
Bedroom 1 & 2 separated by wooden sliding door
|
Sampai airbnb,lapau lah pulak..pekena nasi lemak Dapogo & sambal telur puyuh dulu..
![]() |
| Dining area |
Sedap betul nasi lemak paket kalau kat obersi
Toilet ada built-in bidet.Yang menariknya ada paip & singki connected to flushing tank.Bila flush,air akan keluar dari paip (untuk basuh tangan)..dan air tersebut recycled untuk flush pula.
Selepas makan,kami keluar jalan kaki- niat nak jalan-jalan ke area Asakusa - tengok Tokyo Skytree,maybe shopping (ehem baru 1st night!) kat Nakamise Shopping Street and view night lanterns at Sensoji Temple.
Baru beberapa langkah keluar dari rumah,dah boleh nampak Tokyo Skytree.
Banyak convenience stores sekitar airbnb.Our favourite store in Japan..Lawson💕💓![]() |
![]() |
| 7E |
Mostly yang jadi casher adalah wargaemas..👴
City night view...
Menuju ke area Sumida River..cantik bangat!Ramai orang jalan-jalan,berjogging,berbasikal sepanjang Sumida River Walk.
![]() |
| Night cruise |
Selepas berfoto-foto kat area Sumida River,kami meneruskan perjalanan ke arah Asakusa.Pada ketika ini lah,satu insiden yang tak disangka-sangka berlaku..tiba-tiba mama menjerit kesakitan,kena muscle cramps!
Mungkin kerana long hours dalam flight..kaki tak gerak sangat..atau cuaca malam tu tersangat sejuk (despite of pakai heattech).Lama jugakla,duduk kat tepi jalan menunggu recovery dari 'simpul biawak' ni.Abah pegi beli isotonic drink dari nearby vending machine...kena rehydrate.
2 kali attack muscle cramps masa tu..
Selepas pulih sedikit,kami decide untuk berpatah balik ke rumah...plan ke Asaskusa terpaksa kensel.
Memandangkan ni baru hari pertama dan banyak hari lagi kena berjalan kat Jepun ni..lebih baikla balik dan rehatkan badan secukupnya.
On the way balik..mama ternampak stor AEON yang kecik comel..terus nak menyinggah kejap.Lupa kejap kaki dia yang sakit tadi.Adehhh..
Kalau nak tau,kat Jepun ni..adalah dalam 5 kali kitorang pegi AEON..🤣🤣..macam lah Malaysia takde.Tapi AEON kat Jepun ni vibe dia memang lainlah!
Lepas selesai tu..kami balik ke airbnb dan rest.Esok hari yang busy sebab nak explore city..selamat malam 😴💤⏾





























No comments:
Post a Comment