![]() |
| Osanbashi Piers,Minato Mirai,Yokohama |
![]() |
| View sekitar airbnb di Gotemba |
Airbnb Fujizakura
Alhamdulillah,hari ni kami akan check out dari airbnb di Gotemba ..dan teruskan perjalanan ke Narita.Kami akan pulang ke Malaysia melalui Narita Airport.
Usai solat subuh,seperti biasa abah akan explore neighbourhood sekitar airbnb
![]() |
| Dari balcony airbnb |
![]() |
| Nearby playground |
Selepas breakfast & check out,sempat kami snap gambar untuk kenang-kenangan,ya lah bukan selalu dapat stay kat airbnb dengan view Mount Fuji cam ni.
![]() |
| View dari balkoni airbnb |
![]() |
| Kat playground |
Hakone Owakudani
Kami stop kejap kat sini.Hakone Owakudani adalah sebuah lembah volcano aktif yang unik.
![]() |
| Parking area |
Parking 500¥ per entry.
Boleh nampak pancuran stim belerang..berasap-asap kat belakang tu.Cantik betul dalam gambar..tapi realitinya,bau sulfur tu memang tak enak!
Dari sini boleh view Mount Fuji jugak..nasib baik cuaca menyebelahi kami.
Sini ada cable car jugak..sambil layan view Mount Fuji,boleh experience cable ride merentasi kawah-kawah yang terbentuk oleh letusan Gunung Hakone 3000 tahun dulu..
![]() |
| Sayup-sayup nampak cable car |
Ada kedai yang menjual kuro-tamago (telur hitam) iaitu telur ayam direbus dalam sulphurous hot springs..turning their shells black due to chemical reaction with iron.
![]() |
| Replika Kuro-tamago |
![]() |
| Rasa macam telur rebus biasa je |
Menurut kepercayaan orang Jepun,sebiji telur yang dimakan akan add 7 years to your life.
Sekali lagi malang tak berbau...kaki anak kami terseliuh pulak kat sini.Bermula dengan kaki mama cramp kat Asakusa,anak bongsu terpelecok kat airbnb Gotemba..sekarang kakaknya pulak!Ujian betul😔
Nasib baik our pilot (abah) spared dari sebarang kecederaan dan dilindungi sepanjang trip ni.
Minato Mirai,Yokohama
Dari Hakone Owakudani kami sambung perjalanan ke Yokohama,bandar kedua terbesar di Jepun selepas Tokyo.Ia juga merupakan bandar pelabuhan utama dan pintu masuk maritim utama ke Teluk Tokyo.
Kami decide untuk stop kat Minato Mirai iaitu waterfront district town yang famous di Yokohama.
![]() |
| Ada ferris wheel kat tengah-tengah city |
![]() |
| Budak sekolah Jepun ada template beg sekolah & botol air kot?Semua seragam je |
Yokohama Marine & Walk
Selepas parking kereta,kami jalan-jalan kat Yokohama Marine & Walk iaitu kompleks belah-belah terbuka (open airmall)..ada banyak cafe,restoren dan butik-butik pakaian.Lebih kurang macam kat Port Dickson Waterfront lah..
Osanbashi Pier
Ni jeti tempat kapal persiaran international berlabuh.Jeti ni sepanjang 400 meter..very walkable.
View dari sini sangat cantik..
Dari Osanbashi Pier,kami nak gi ke World Potters (shopping mall) ..untuk ke sana kena guna Shinko Circle Walk.
![]() |
| Menuju ke jejantas bulatan |
Shinko Circle Walk
![]() |
| Gambar dari Google,rupa bentuk Shinko Circle Walk secara full |
Ia adalah jejantas / laluan pejalan kaki yang berbentuk bulat.
Dari atas ni,boleh nampak pelabuhan Yokohama dan kapal-kapal dan view bandar Minato Mirai dengan bangunan-bangunan modern termasuklah shopping malls (including World Potters).
Gambar-gambar shot dari jejantas..
![]() |
| Yokohama Marine & Walk kat belakang tu |
![]() |
| View Minato Mirai Skyline (Landmark Tower,Queen's Tower & Cosmo Ferris Wheel) |
![]() |
| Tempat kami park kereta..luas |
![]() |
| Ferris wheel |
Kat World Potters...jalan-jalan je
Oleh kerana dah lapar,kami makan dalam kereta kat parking area je..makan nasi goreng kampung dengan telur puyuh sambal dan sambal ikan bilis.
![]() |
| Kat Jepun,semua air botol atau air tin ada 2 versi - sejuk (kat chiller) atau panas (kat warmer) |
Tak sempat singgah ke Red Brick House
![]() |
| Gudang pelabuhan yang diubahsuai jadi kompleks perniagaan |
Sebelum sampai ke Narita,on the way kami stop kat Makuhari untuk shopping
Disebabkan takde hasil dapatan semasa kunjungan ke Gotemba Premium Outlet (GPO) ari tu,jom cuba Mitsui Outlet Park,Makuhari pulak.
AEON Makuhari
Kami pegi ke AEON Makuhari sebab takde prayer room kat Mitsui Outlet Makuhari.
Besar gila AEON Makuhari ni..bukan biashe-biashe.Luasnya 402000 m² dan ada 4 zon / extended building iaitu Grand Mall,Family Mall,Active Mall and Pet Mall.Dah macam shopping city!Bayangkan tempat parking dia je boleh accomodate sampai 7000 biji kenderaan😱
Kami gi kat Grand Mall untuk solat jama' takhir asar-zohor.
![]() |
| Ada separate area untuk lelaki & wanita.Ni tempat ambik wudhu' |
![]() |
| Ada sejadah saja.Telekung bawa sendiri |
Sejam lebih gak shopping kat sini..tu baru 1 bahagian je (kat Grand Mall).Tak sempat nak explore Family Mall,Active Mall dan Pet Mall.
Mitsui Makuhari
Mitsui & AEON Makuhari ni sebelah menyebelah..tapi,kena naik kereta lah.Jauh nak menapak.
Tak banyak ambik gambar kat sini.Kami sampai sini pun dah dekat senja...
Shopping mission accomplished!
Kami terus ke penginapan seterusnya di Narita..iaitu Hotel Nikko Narita.
Hotel Nikko Narita
Kami pilih hotel ni sebab jaraknya ke Narita Airport cuma 2.3 km dan ada free shuttle bus dari hotel ke airport.
Kami akan pulangkan kereta a day before checking out dan gunakan kemudahan transportation ke airport.
Kami stay kat Japanese style Family Room.
![]() |
| Depan lift ada water and ice cubes dispenser |
![]() |
| Dari lift menuju ke bilik |
![]() |
| 4 tilam tatami |
![]() |
| Japanese table & chairs |
Ooops..belum habis lagi.Kami stay sini 2 malam,so esok ada 1 hari lagi untuk explore Narita sebelum balik Malaysia...
























































No comments:
Post a Comment