Tuesday, 16 December 2025

SPECIAL POST - PENGALAMAN MEMANDU KERETA DI JEPUN


Honda Stepwagon - our ride in Japan

Beautiful scenary during road trip

Alhamdulillah,masuk hari ketiga di Jepun.Bermula hari ini sehingga departure day,kami akan explore Jepun dengan kereta pula.

Sebelum kita masuk dengan kisah travel seterusnya,saya fikir ada baiknya saya up kan dedicated post on driving in Japan.Serba sedikit perkongsian berdasarkan pemanduan di Jepun pada 24-28 November yang lalu.

Jalan kaki dari airbnb untuk pick up kereta di HQ,Sumida City

Waalaupun tak boleh cakap English sangat,somehow messages delivered and understood

Kenapa nak drive kat Jepun?Bukan ke public transportation Jepun super efficient?

1) So far,abah dah drive di Switzerland dan Ireland dengan kereta dan drive 'lori ais' (motorhome) di Australia dan New Zealand.Pengalaman memandu tu yang mahal dan tak terlupakan sehingga sekarang.Macam ada kepuasan tersendiri.Lebih flexible.Boleh berhenti mana mana. Boleh pi tempat yang train and bus tak boleh sampai....

Ramai yang drive kat Jepun sebab
i- jalan Jepun cantik dan teratur
ii- driver berdisiplin dan memandu dengan berhemah
ii-signage banyak dan jelas (in English)
iv- driving kat countryside - pengalaman yang unik

2) Train dan bus Jepun memang power kat bandar-bandar besar.Tapi bila masuk kampung kecik,gunung dan tasik,jadual bas jarang dan kena tukar banyak kali.Jadi,driving jadi lebih cepat dan flexible.Lagi pun imagine nak mengheret beg besar dari stesen ke stesen (bas atau train) dan naik tangga-tangga lagi.

To be honest, senang jer drive kat Japan ni, sebab majority drive ikut peraturan.

Persiapan di Malaysia

1) As usual,gi JPJ dan buat IDP (International Driving Permit).IDP kena ada, Jangan expired.Rm150 jer.
2) Bawak physical & original driving licence  
Japanese drive on the left side of the road macam kat Malaysia - so tenang-tenang je. 

Sewa kereta di Jepun

Kami book Toyota Sienta (compact 7 seater minivan) dari Klook.Info - Toyota Sienta was discontinued in Malaysia in late 2019.

Tapi sehari sebelum nak ambik kereta,company tu message bagi tau Toyota Sienta tak available.Diorang upgrade kepada Honda Elysion.Info - current generation of Elysion has been in production since 2015.To date,it's no longer being sold in Japan.

Honda Elysion ni jauh lebih besar dari Sienta,hampir sama saiz dengan Alphard,Estima atau Vellfire.

Apa yang merisaukan kami ialah owner Airbnb kat Gotemba dah maklumkan yang parking lot (FREE) di airbnb muat untuk compact car je.Honda Elysion tak dibenarkan.

Kalau kami ambik jugak Honda Elysion,kitorang kena park kat nearby coin parking lot,close to interchange.Fee is high and likely to be full because it was a holiday (23rd November is Japan public holiday that is Labour Thanksgiving Day.Sebab PH fell on Sunday,Monday 24th Nov tu substitute PH).Kami ke Gotemba pada 24 Nov.

di parking lot airbnb di Gotemba

Malam yang sama, the person incharge tu bagi tau dia mistakenly mention Elysion instead of Honda Stepwagon.Honda Stepwagon ni besar dan panjang dari Sienta, tapi kecil sikit Dari Elysion .Owner airbnb pun dah kasi green light untuk kami parking Stepwagon kat parking lot rumah.Alhamdulillah.

Road navigation in Japan

Bole enquire car rental company if GPS provided atau tak.Actually kalau takde GPS pun takpe,cukup je pakai Google Map sendiri kat phone.Tak dinasihatkan guna Waze,sebab nanti masuk kat lorong-lorong,kampung-kampung mana ntah..

Cuma,nak ingatkan kalau rental company sediakan GPS,make sure diorang dah set kan ke English siap-siap (belajar dari pengalaman kat Swiss,terkial-kial nak convert dari German ke English,siap pakai Google translate..he he).

Petrol di Jepun

Untuk isi minyak kereta kat Jepun,kami guna petrol biasa (setara RON 95 di Malaysia).RON 95 di Malaysia warna kuning,kat Jepun warna merah.

Stesen minyak kat Jepun ada yang layan diri dan ada yang ada assistant.Kami cuba kedua-duanya.

Petrol pump pulak ada button yang boleh pilih 'English Language" ,ada yang takde translation - 100% in Japanese..ni pon kami experience dua-dua.Yg Japanese tu,kena standby Google translate /Papago siap-siaplah.

Termenung jap tengok tulisan Jepun

Nasib baik ada anak yg tolong translate

Ok berjaya..he he


Harga petrol biasa sekitar 169.80 - 173.50 ¥ per litre (RM4.47-RM4.56/litre), 2 kali ganda dari kita. 

Parking

Kat bandar,slot parking tak banyak (dari pemerhatian kami yang hanya 1 1/2 days kat city).Tapi kos parking sangat mahal dalam RM10- RM20/jam.Tu lah salah satu sebab kami tak berkereta kat city.

Kat luar Tokyo,parking lebih murah and kadang-kadang free.Parking kat touristy area,kalau 300-500¥ per hour (RM7.80 - RM13) atau 1000- 2000 ¥ (RM26-RM52) per entrance dikira 'reasonable'.

Parking di Little Edo of Sawara 300 ¥ (RM7.80) per hour.Kira murah la tu

Cara parking kereta kat public parking 👇


Parking di Ayuzawa Parking Area (macam R&R) tentulah free

Kat bandar Gotemba,parking tepi jalan free je (suggested by restaurant owner)


Electronic Toll Collection (ETC)

ETC card dan ETC device adalah 2 komponen penting sistem electronic di highways Jepun untuk membayar tol tanpa perlu berhenti di plaza tol.Lebih kurang macam RFD lah.

Kereta siap sedia dengan kad ETC utk toll.Konsep dia, lenjan dulu bayar kemudian masa pulang kereta.(sedia maklum tol dan parking kat Japan ni memang mahal)

Boleh sahaja opted for no-toll road to avoid bayar toll, tapi toll road depa memang memudahkan especially yang tak banyak masa.
Bayangkan 150 km Dari Tokyo ke Gotemba boleh sampai 2 jam setengah with toll, kalau opted no toll road boleh jadi 4-5 jam.



Pemanduan di Jepun

Otw to Yokohama

Simpang empat di Fujiyoshida,3 jalan untuk kereta & 1 line keretapi.
Takde traffic light,takde gate untuk keretapi..semua guna budi bicara & tolak ansur pengguna jalan

Basically traffic rules dan signage sama je macam kat Malaysia.Outstanding difference adalah

i) Speed limit dalam bandar adalah antara 30-50 km/h sahaja.70-80 km/h adalah speed limit basic kat most highways di Jepun,but some expressways do allow upto 120 km/h.

ii) Pedesterians are king!
Always prioritise them.Berhenti kat laluan pejalan kaki (kalau traffic light merah) walau pun takde sesiapa yang nak melintas.
Most pedesterian crossing ni betul-betul kat selekoh jalan.So,selalulah alert sebab kita memang terbiasa nak susur kiri bila jumpa selekoh..kadang tak perasan ada budak atau wargaemas baru nak melintas.

Budak sekolah melintas jalan

iii) Penunggang motor sangat kurang di bandar..kalau kat highways,ada tapi tak ramailah.Penunggang motor ni tak mencelah-celah antara kereta,macam kat Malaysia ya..diorang tetap ikut queue macam kereta-kereta jugak.So,takkan nampak motor-motor berbaris paling depan kat traffic light. 

iv) Ada confusion sikit bila sampai simpang yang ada traffic lights.
Bila dekat simpang empat,kalau nak belok ke kanan...lampu isyarat kita hijau,arah bertentangan jugak hijau..kita perlu tunggu dan beri laluan kereta arah bertentangan untuk jalan dulu.Belok kanan only bila takde kenderaan.

Rasanya,benda ni boleh dipraktikkan kat Jepun sebab disiplin dan sikap toleransi diorang tinggi.Kalau kat Malaysia,rasa macam mustahil.

v) Lori dan bas boleh bawak di lane tengah atau kanan.Maknanya,muatan berat tak diwajibkan dipandu di lane paling kiri?Kalau sape tau,sila komen.
Satu lagi tayar dan rim tayar lori-lori kat sini licin berkilat..nape ya?Eh,jakun kejap.

Lastly,dengan berkereta kami dapat enjoy both metropolitan city view...

Kalau naik train,memang tak dapat nak menikmati pemandangan kota

dan hidden gem kat Jepun..

Somewhere near Yamanaka


Alhamdulillah,road trip kami telah dipermudahkan Allah..
































No comments:

Post a Comment