|
View at Lake Lucerne,depan airbnb
|
Assalamualaikum wbt…..Kita sambung dari posting lepas…..
Mendarat di Bumi Switzerland
Penerbangan KL-Dubai dan Dubai-Zurich via Emirates Airlines berjalan dengan lancar & aman.Alhamdulillah..walaupon ada sesekali air turbulance.Cumanya dari KL ke Dubai,kami dapat seat bersebelahan dengan plane lavatory,jadi tak dapat nak melelapkan mata sangat sebab terganggu dengan bunyi buka tutup pintu toilet...Luckily in flight entertainment bagusss. For future kalau naik A380 , avoid seat number 68.
Kami mendarat di Zurich Airport (also known as kloten) pada 11 November,2024 jam 11.48 pagi.Kami departed dari Malaysia pada jam 1.30 pagi hari yang sama.Switzerland lambat 6 jam dari Malaysia.
Urusan custom clearance & baggage reclaim pon takde masalah,mudah je.Temperature pada hari ketibaan 5 degree..sejok!!
Car pick up
Kami terus ke tempat car rental di level Parking 3.Kami book slot 2.30 petang untuk pick up kereta.. tapi kami sampai di situ awal,jam 12.30 tengahari..jadi kereta belum available lagi. We pre book Volkswagen Golf M8.Kalau nak cepat dapat kereta,kena upgrade pada SUV with additional fee 40 CHF /day...huhu.Nampaknya terpaksa lah kami tunggu another 2 hours.
So,jom lah cari tempat untuk solat dulu.Selepas bertanya beberapa staff kaunter,finally kami jumpa tempat untuk solat jama' Zohor-Asar.Ada multi faith (Islamic,Christianity,Buddhism & Judaism) prayer room - situated on Level 1 in the left section of Check In 2 area.Ini adalah kali kedua kami solat di multi faith prayer room,the first time dulu kat Sydney Airport pada tahun 2015.
|
Mark the signage
|
|
Jangan sesekali tinggal trolley unattended (for whatever reason),nanti kena denda 200 CHF |
Selepas solat,dalam jam 2.30 petang - baru lah selesai urusan penyerahan kereta.Kami booked kereta dari Europcar pada harga 617.70 CHF ( car rental plus Premium insuran) untuk 8 hari...dapat discount 10% dari harga asal bila jadi member Europstar.Kami ambik dan hantar kereta ke tempat yang sama iaitu Zurich Airport.Kalau pick up & hantar kereta ke tempat berbeza akan ada caj tambahan.Kami seboleh-bolehnya cuba cut cost.Final price tu ialah inclusive premium insurance. 0% liability. So drive with peace of mind without headace. Boleh jer ambil insurance basic, tapi kena letak deposit tinggi (company akan lock cc) dan liability boleh upto 20K… So sikit scratches later on boleh kena surcharge tinggi. And beware of limited mileage dalam agreement.(kekadang ada tulis like 100km per day). For us with full insurance, depa bagi unlimited mileage.
|
Dalam kereta dah provided blue disc - utk free parking dalam kotak biru for 1 hour |
Booked kereta Volkwagen Golf,tapi diorang upgraded kepada Volkswagen Caddy yang lebih besar (tanpa sebarang additional cost,semestinya).
Kereta ni takda kat Malaysia, dikategorikan as compact van, model 2024, free GPS, hybrid... Alhamdulillah memang selesa sangat, especially luggage kat belakang and 3 rd row.Jimat minyak pula tu.
Sempoi sangat cara diorang pass over kereta.Diorang just bagi kunci kereta & bagi tau no lot parking kereta...so,pegi lah ambik sendiri.Takde pon staff yang datang accompany ke kereta.Terkial-kial jugak nak figure out camna nak handle kereta ni (walaupon months before,kat Malaysia - ada pergi survey kereta Volkwagen Golf kat showroom ..untuk tengok & belajar secara live camna nak manoeuvre..dan ada jugak belajar kat YouTube).Jangan lupa buat inspection keliling kereta & record video sebagai bukti sebelum dan selepas pass over kereta.
|
We are ready |
This is our first time driving on the right side of the road (driver kat seat kiri)..jadi ambik masa jugak untuk menyesuaikan diri.Pengalaman driving di
New Zealand,
Australia dan
Ireland sebelum ni..semuanya driving sama macam di Malaysia. A month sebelum datang, selalu tengok you tube on driving kat Swiss, ambil feel sikit.
Dahla GPS dalam Bahasa German...so,kita set Google Maps di handphone dulu lah.Kami terus on the road to our 1st airbnb yang terletak 65km dari Zurich Airport.
Ohh sebelum terlupa kami ambil roaming Celcom Digi jer senang...and salah sorang dari kami dapat 50% dari harga RM 98 for special promotion.
|
Zurich Airport to airbnb di Weggis |
View sepanjang perjalanan menuju ke airbnb sangat memukau.Tapi,driver tak boleh nak distracted sangat..kena focus pada pemanduan.Driving kat highway tak rasa apa-apa kejanggalan sangat....sehingga sampai ke round about dan simpang.Dan kena adjust distance kiri dan kanan, maklumlah semuanya opposite.Mama as co-pilot & our girl as road navigator (oh she's the best one ever!) akan sentiasa remind abah supaya tak tersilap masuk lorong!
|
View along the way from Zurich to Weggis |
|
View macam ni dah membuat everyone tersenyum. |
|
Pilot dengan penuh berdisiplin dibantu dengan dua co pilot yang hebat |
Wanderlust Guesthouse,Weggis
|
Page view Airbnb yang kami sewa- sebab biasanya ada yang bertanya
|
Kami tiba di airbnb di Weggis pada jam 4:15pm camtu . Dapatlah sempurnakan Solat Jamak .Weggis ni bandar di Daerah Lucerne,Switzerland, lebih kurang 20 km dari Old town Lucern dan terletak di kaki Mount Rigi.In case kita pilih naik train( bagi yang guna Swiss Travel Pass or STP), depa akan drop train kat Lucern and kena naik boat ke sini. atau berhenti kat area called Kuttsnacht dan tunggu bas every 1/2 jam dan menapak sikit. So with car it allow us fexibility and menginap di tempat yg away from crowds.
Kami book penginapan 1 malam sahaja di sini.
|
Parking betul-betul depan airbnb,8 CHF/day |
|
Host dah mark nama Madam Azis kat parking |
Guesthouse ni ada 18 unit & kami menyewa bilik yang comel..
|
Cukuplah untuk kami 3 beranak. |
|
Yg penting ada attached bathroom (this is our priority)
|
Kat luar kami ada separate small balcony with chair and table untuk bersantai... tapi impossible la sbb sejuk sampai ke tulang.
Ada common living area untuk lepak-lepak
& ada kitchen yang lengkap untuk memasak.
|
Compliments from host,except coffee tu kena bayar 4 CHF |
Yang paling penting,ada lift!Ni adalah sesuatu yang rare jugak kat Swiss.
Kalau hotel yang baru,biasanya memang ada lift.Tapi kalau hotel-hotel lama atau kediaman peribadi yang diubahsuai untuk sewaan,biasanya takde lift.Kenalah angkat beg besar naik tangga yang bertingkek-tingkek.Takpon,hotel tu berada kat hillside,kena mendaki.So,saya sarankan anda baca dengan teliti sebelum nak book accomodation di Swiss ni.
Petangnya,kami keluar ambik angin di kawasan sekitar airbnb.Ada bus stop & supermarket Migros walking distance dari airbnb.
Lake Lucerne - only 5 mins away by foot.
|
Depan airbnb ada tangga sikit turun ke Lake Lucerne |
Malamnya,mama n anak je dinner.Abah dah keletihan dan nak tido je..
|
Menu ibu dan anak - ready to eat nasi & ayam Bomblado Dapogo & kerutub KD |
1st night, tido kol 7 lebih bangun 1.30am. Maghrib 4.56pm and Subuh 5.38am. Sunrise 7.30am.Lepas tu tak boleh tido and dalam jam 3 pagi,abah bangun pegi kat kereta untuk set navigation dari Bahasa German ke English..pastu awal-awal pagi rasa lapau pulak,nak makan...Masa tu weather forecast kata ada snow drizzling kat luar…sejuk kat luar.
|
Alas perut roti & kopi di dinihari |
Suasana selepas subuh..
The neighbourhood..amazing!
Around Lake Lucerne..
Esok panjang sikit sebab banyak tempat nak pergi….sambil jalan area Weggis, Lucerne….sebelum gerak ke destinasi seterusnya….hopefully weather would be favourable….Ameen ya robbal Alameen.
Menarik. Pemanduan kiri sebenarnya tak susah. Jangan masuk jalan orang jer. Cantik tempat ya dan harga bilik untuk 3 orang memang berbaloi. Biasanya bila teman travel, my wife akan masak Rendang dll , lepas tu beku kan dan bawa beras untuk dimakan dgn nasi yang panas2😬
ReplyDeleteBetul Tuan Badli Hisham, dan juga bila nak masuk roundabout kena tengok kiri bukan kanan. Bab makanan tu lebih kurang sama kita cuma sekarang ni banyak makanan retort available, cuma perlu bawa jer. Tkasih kerana sudi baca.
Delete