Stunning Mürren |
Kita sambung coretan untuk hari keempat.
Semalam,kami dah experience mountain excursion at Gornergrat,which is a cheaper alternative to Jungfraujoch - Top of Europe.Jungfraujoch is located between the Jungfrau and Mönch peaks.
Jadi,hari ni kita nak pergi visit kampung-kampung dalam Wilayah Jungfrau pulak,di antaranya Lauterbrunnen,Mürren,Gimmelwald dan Grindelwald.
Seperti biasa,selepas breakfast - mama akan pack bekal.
Nasi putih & rendang Minang ayam / daging |
Airbnb yang kat Spiez ni,kami stay selama 3 malam - jadi,agak relax sikit sebab tak payah nak load and unload luggage.Jarak di antara airbnb ke tempat attractions yang kami pegi
Day 2 -30 km dari Iseltwald & 20 km ke Lake Blausee
Day 3 - 90 km ke Tasch (sebelum naik train ke Zermatt,seterusnya ke Gornergrat
Day 4 - 30 km ke Lauterbrunnen
Day 3 - 90 km ke Tasch (sebelum naik train ke Zermatt,seterusnya ke Gornergrat
Day 4 - 30 km ke Lauterbrunnen
View at Interlaken on the way to Lauterbrunnen..amazing!
Interlaken |
Nak masuk Lauterbrunnen |
Spot wajib bergambar..di depan Staubbach Falls (dust creek falls) setinggi 297 meter.
Friedhof Lauterbrunnen,the village cemetery near waterfall...just be respectful.Ada rumah-rumah orang dan gereja juga berhampiran.
Hampir sejam jugak kat sini.Lepas bayar parking bermeter (6 CHF),kami bergerak ke destinasi seterusnya -Stechelbergh.
On the way to Stechelbergh |
Ok,let me explain plan untuk aktiviti hari ni.
Kami akan pergi ke Stechelbergh - Schilthorn Gondola Station.Plan untuk naik cable car.Tapi kami tak naik sampai ke Schhiltorn..sila rujuk gambar 👇
Kami naik cable car dari Stechelbergh ke Mürren station
Turun kat Mürren station - kami hike down (menapak) ke Gimmelwald station
Dari Gimmelwald station - naik cable car,turun semula ke Stechelbergh station.
Tiket untuk route mcm ni 54.60 CHF untuk 3 orang.Kalau ambik full return trip Stechelbergh - Schilthorn 23.60 CHF/pax (3 orang dah 70.80 CHF)
Amacam,aci tak😀?Begitulah teknik penjimatan kami...Yang penting,naik cable car dapat..hiking dalam snow pon dapat 💃
So,let's explore!
Full glass screen gondola...(sibuk betul 2 beranak ni) |
Oh ya..just walk in & beli tiket kat kaunter je |
Ok,kejap je sampai ke Mürren station...so,kita turun.
Mürren
First time masuk kampung bersalji ni..cantik sungguh!Dianggarkan populasi di Mürren hanya 450-500 orang saja.
Agaknya rumah tu dari kayu jenis apa ya..sebab kalis salji |
Mana orang kampung semua? |
Seperti Zermatt,Mürren is car free too.
Ada Coop supermarket jugak kat atas ni..
Mencuba brezels (macam Auntie Anne's pretzel - cuma salty & chewy) |
Pemandangan yang sungguh mengasyikkan.Indah sungguh ciptaan tuhan.
Awas...trek menuruni bukit agak slippery dengan salji yang mencair.
Gimmelwald
The smallest Swiss village (populasi 100- 150 orang je)..with undeniable charm!
Mountain Hostel ni penginapan yang agak popular di kalangan tourists
Kami jumpa ni..
Traditional wooden toboggan..untuk winter sledding |
The Swiss Alps in your laps...the hidden gem locals don't want you to know
Untuk gambaran lebih jelas rupa gondola yang kami naik,kami share video clip ni..sempat snap masa tengah hiking.
Jauh abah mendahului mama dan anak..eh,ada orang naik paragliding lah!Sayup-sayup nampak..
Willkommen in Gimmelwald...oh welcome..orait!
Uniknya rumah ni..tempat simpan kayu api rasanya.
Gambar kanan - self service souvenir shop.Letak duit,bukak pintu kaca & ambik souvenir idaman |
We spotted this self operated honesty shop..very interesting.Kami ada nampak beberapa kedai layan diri..termasuk home made ice cream shop.
The Honesty Shop |
Akhirnya,kami sampai ke Gimmelwald Gondola Station..nampak children playing area..ada few kanak-kanak bermain.
Jom naik cable car turun ke Stechelberg semula.
View dari atas cable car...sewaktu turun ke Stechelbergh Station.
Aerial view of Stechelbergh / Lauterbrunnen |
Bayar parking dulu 11 CHF guna Wise card (masuk pukul 9.53 pagi,keluar jam 1.15 tengahari).
Rate parking 11 CHF tu (5 CHF and 2 CHF every hour).
Ada parking murah sikit jauh sikit...kat luar tu tapi menapak jauhlah...Dan kena masuk syiling and kalau terlepas waktu takut kena fine pulak
Last destination..Grindelwald
Kami tak naik ke Grindelwald First - kami cuma nak gi tengok base kat Grindelwald je...
Kami bayar 5 CHF untuk park kat sini..pas tu baru tau mesin rosak!Aduss..
Oleh sebab dah lapau,kami makan dalam kereta je (kat tempat parking) |
Kemudian,kami pulang ke airbnb untuk rest dan solat..sementara tu abah gi meronda kat kawasan kejiranan airbnb.
Malam ni kami dinner ready to eat spaghetti..
3 perisa- aglio olio,carbonara & salty egg |
Pastu ke Migros Supermarket pulak untuk top up roti dan telur..ni lah kelebihan travel sendiri.Kalau ikut travel agent,takde itinerary masuk supermarket.,betul tak?
Ada Xmas sale! |
Balik dari Migros..rebah di katil..bagi melegakan kaki yang menapak lebih 10,000 langkah hari ni.Esok kami akan check out dari airbnb ni..
Menyusul cerita seterusnya..
No comments:
Post a Comment