Wednesday, 18 December 2024

DAY 6 SWISS - QUEEN THE STUDIO EXPERIENCE, MONTREUX - WHERE LEGENDS LIVE ON..





Once in a lifetime experience
A picturesque town of Gruyères

Salam..kembali ke penceritaan hari ke 6 di Switzerland.Semalam,kami datang ke Tafers,Fribough untuk menginap di apartment sini.Dalam perjalanan kami singgah di Bern & Schwarzsee.

Semalam kita dah 'visit' Albert Einstein di Einsteinhaus,Bern.Hari ni nak gi Montreux untuk melawat Freddie Mercury pulak.2 figura famous yang pernah tinggal di Montreux during their last years of life were Freddie Mercury & Charlie Chaplin.
Tapi,kami tak sempat ke Chaplin's World.

Apa kata kita isi perut dulu pagi-pagi sebelum berjalan.

Roti bakar,cekodok & sambal bilis ready to eat

Bekal lunch hari ni..

Nasi putih,ayam kicap berempah,sambal bilis & sambal telur puyuh.Fresh from packets.

Cuaca pagi ni freezing cold -2℃.

Takde can nak bersantai di balkoni..kerusi meja dilapisi ais.

Pagi ni agak berkabus..oh ya,di Swittzerland semua kenderaan wajib pasang lampu pada waktu siang  (regardless musim apa)...kalau tak kena saman dalam 40 CHF.Selain dari weather yang foggy & gloomy especially masa winter or late autumn...kat Swiss ni banyak tunnel dan jalan sepanjang Alps tu bengkang-bengkok,jadi memang perlu lah on lampu untuk keselamatan.

Satu yang paling ketara kat Swiss ni..diorang tak banyak lampu jalan,kalau ada pon memang very dim..driving waktu malam memang gelap.The Swiss government believes in reducing light pollution to avoid energy crisis.And this light pollution is not good for flaura & fauna (and people too).Berbeza sungguh dengan negara kita..nak-nak lagi kalau musim perayaan atau tahun melawat sesebuah negeri..memang menghelip lip lap lip lap!


Dalam berkabus pon...diorang boleh beriadah.Respect betul..


        


The fog initially blocked the views...after some times it cleared up.Alhamdulillah



Dalam perjalanan,kami stop untuk memberi laluan kepada train...



Plan hari ni,untuk singgah ke bandar Gruyères sebelum ke Montreux.

Tempat parking yang luas..1 CHF je

Gruyères is the famous medieval town in the Fribough canton of Switzerland.It is home to the finest Swiss cheese (of the same name) and chocolate.

This town is tiny..jalan utama yang merentasi centre of town sepanjang 300 meter je.Dan,kita boleh berjalan from one end to another in few minutes only.        

 


Masa kami sampai,belum pukul 9 pagi...semua kedai masih tutup..
                                        
More than 80% villagers speak French..kalau tengok bandarnya ada vibe Colmar Tropicale,Berjaya Hills (sorry kami compare dengan Pahang.. sebab lum jejak Perancis lagi😆😆)    

                                                                               

Ada tempat penginapan..       

And museum

                  

Views of green rolling hills and mountains that surround beautiful town of Gruyères.

Selepas selesai sightseeing di Gruyères,kami set kan GPS ke Montreux,which is 52 km away.Kami navigate ke 'Parking du Merche' (Montreux Market),iaitu salah satu dari garage parking.Parking kat sini murah..kami park selama 2 jam 30 minit & bayar 3CHF je.

                                 

Keluar dari garage parking,kami berjalan menuju ke persisiran Lake Geneva...ada banyak kiosk yang menjual barang-barang dan makanan untuk Christmas.

Dari jauh,sayup-sayup dah ternampak statue dengan familiar pose.. full with energy & nostalgia.  

                                                                         

Berhadapan dengan Freddie Mercury statue..view Lake Geneva yang stunning...ماشاء الله

                                   

"If you want piece of soul,come to Montreux"

~ Freddie Mercury

Tak jauh dari statue tu..dalam 350 meter..our next destination..Queen The Studio Experience,so kita jalan kaki je ke sana.It is located in Barrière Casino,veer to the left as you enter.     

                                                                

Queen Studio ni asalnya adalah  Mountain Studio - studio rakaman di mana kumpulan Queen,David Bowie & Rolling Stones pernah merakamkan lagu.Sekarang studio ni telah dijadikan museum dedicated to British rock group,Queen.

Sebab utama kami datang sini...sebab it's FREE!Bukan senang nak jumpa benda murah kat Swiss,apa lagi yang free..

6 recording albums were produced at this studio

Freddie Mercury was born in Zanzibar (now Tanzania) and died at Kensington,West London.

I want to break free..Bohemian Rhapsody..We will Rock You..Made In Heaven..We are the champions..among few of Queen popular songs...if you grow up listening to their songs.



Small museum,but impressive.Banyak memorabilia (baju-baju,handwritten lyrics dan alat-alat muzik) dan kompilasi video berkenaan the making of the final album.Also lots of footage of concerts.


Bohemian Rhapsody...the song,and the biographical film of same name.


The best part - recording studio room with a mixing desk.You can play 2 Queen tracks and make them sound as you want,raising or lowering the volume of the vocals,guitars,drums etc.




Ok,we're done..jom balik...


Ni acah je..tak tulis apa-apa pon

Ok,this tour was fun.We regard this group as an inspiration...no,we don't idolize them.

Kami jalan balik depan Lake Geneva.Cuaca nyaman,sejuk..perut pun dah berkeroncong.




Kami decide pegi ambik bekal kat kereta & berpiknik depan lake ni je.




Berselera makan lunch panas-panas dalam cuaca sejokk..




On the way balik,kami singgah untuk snap gambar Chillon Castle.This castle was close since 19th October,2024.



Dalam perjalanan pulang,singgah kat Lidl supermarket untuk top up groceries.

Terjumpa pulak coklat yang murah-murah..bawah 1 CHF.Apa lagi..


Dari luar supermarket,boleh nampak orang paragliding

Sampai di apartment,kami solat jama' takhir Zohor-Asar. Masa tu masih awal lagi belum pun pukul 4 pun.

Ada masa sikit petang tu dalam temp 0 degree tu jalan jalan across the road kampung sebelah untuk snap sunset…..



Esok kami akan check out & balik semula ke Zurich.Trip is ending soon..

Goodnite for today.😴😴






























































2 comments:

  1. Wahhh besttnyaaa☺️☺️☺️

    ReplyDelete
  2. Awesome. We will rock you👍

    ReplyDelete