Thursday, 13 August 2026

DAY 3 YUNNAN - FROM DALI'S CALM TO LIJIANG'S CHARM

Night view of Lijiang ancient town

 

Alhamdulillah,selesai aktiviti seharian di Dali semalam.Hari ni kami akan berpindah ke Lijiang pula..Train departure pada jam 11.47 pagi.Kami tak pegi mana-mana pagi ni..just lepak kat hotel.

Sementara tu,as usual pagi-pagi abah akan jogging sekitar kawasan hotel & explore.Ronda-ronda kat kawasan Erhai Lake berdekatan dengan Xingsheng Bridge semalam.

Pagi yang tenang kat sini.


Ada yang memancing..ada yang berenang.
Sebenarnya,petang semalam kami ada nampak sekumpulan locals berenang dalam sungai ni...bising jugak sambil berteriak-teriak.Macam ada swimming competition gayanya.

Sebelum balik ke hotel,abah singgah kat satu stall kat depan restoren halal...looked like diorang jual sarapan local...so beli lah seketul buat ghaso-ghaso..


Erkuai panggang..erkuai ni merujuk kepada wrap tu,ia dibuat dari tepung beras yang dileperkan kemudian dipanggang.Pas tu diorang letakla apa-apa filling macam sayur-sayuran,sosej atau yóutiào (cakoi China).

Rasanya??Oklah..not bad 👍
Lepas tu kami check out...tak perlu awal-awal sangat sebab train station cuma 1.5 km dari hotel.

Tq Mr handyman & lobby girl yang baik hati🎕
Free drop off to Dali Railway station.

Mr handyman jugak yang drive kami ke train station,memang multi tasking dia
Train Dali ke Lijiang

Turun dari kereta,kami terus follow orang naik lift ke jejantas...nak menyeberang ke sebelah sana.


Confident je...selesa sebab tak ramai orang yang naik lift
Kebanyakan locals guna tangga..walaupon diorang bawak luggage..


Bila atas jejantas,baru lah perasan..railway station tu kat sebelah yang kami naik tadi.Maknanya,tak perlu pun menyeberang..

Silap ni abah..jom turun balik..stesen keretapi kat belakang tu
Takpe..kalau bukan kesilapan tu..tak merasalah view jalanraya Dali dari atas ni..
Alang-alang..posing sikit atas jejantas

Nampak teratur dan bersih
Kemudian kami masuk ke dalam railway station.Ni masa queue sebelum naik train..

Penangan cuti sekolah China..
Ticket gate tukar dari gate 3 ke gate 2.


Coach 03
Seating dalam train Dali ke lijiang adalah 3 seats dan 2 seats...mama & anak-anak bertiga dok sederet & abah dok sebelah local.


Spacious legs room
View dari luar tingkap..kalau autumn lagi cun lah..


Tiba di Lijiang Railway Station..

Crowded..tapi takde yang tolak menolak.Kira berdisiplin lah depa ni..
Dali vs Lijiang

Travelling from Dali to Lijiang is the ideal route  for acclimatization,as it offers gradual increase in elevation.Dali berada pada ketinggian 2000 meter dari aras laut,manakala Lijiang 2400 meter.Peningkatan ketinggian  cuma 400 meter..Acute Mountain Sickness agak rare unless kalau naik Jade Dragon Snow Mountain.

Yishan Yiju Inn,Lijiang

Memang masa kami plan trip,kami nak merasa stay kat hotel mana-mana ancient city.So,kami pilih di Lijiang.

Kalau hotel di Dali tepi jalan je..very accessable to main road..yang Lijiang ni jauh ke dalam.

Drawbacks - kena berjalan sikit lah dari tempat Didi drop kan ke hotel.Jalan pulak tak rata..berbatu-batu,kena naik turun tangga-tangga kecik yang curam (slippery kalau hujan).Jadi,tak disarankan untuk wargaemas atau yang ada sakit lutut.. 

Kami pilih Yishan Yiju Inn ni sebab diorang ada perkhidmatan free porter untuk angkut luggage kami ke hotel.Masa kat Malaysia lagi,kami dah berWechat dengan hotel owner untuk arrangement.

Owner bagi location untuk Didi drop kan kami di Wenjing Convenience Store.


Staff dah tunggu untuk bawakkan luggage ..

Bayangkan kalau mengheret luggage atas cobble-stoned alleys..mau rosak roda beg!
Dari Wenjing Store kena menapak (dan hike) dalam 350 meter..


Baru sampai hotel..

Alhamdulillah..ni lah hotelnya
Face-to-face dengan owner,tapi communicate via Wechat.
Auto-translated to English & simplified Chinese languages
Owner siap share location restaurant halal,masjid dan scenic photography spot.

Bilik kami kat tingkat atas...bila tengok rooftop terrace view macam ni...penat pon hilang!


Beautiful terrace

Pemandangan rumah-rumah tradisional Lijiang ancient city

Dalam bilik pun..alhamdulillah comfy.Anak-anak tido kat living area..mama & abah dalam bilik.Toilet siap ada heater (untuk keringkan baju basah)


Yishan Yiju Inn ni terletak di tengah-tengah antara North dan South gates of ancient city.Everywhere is walkable actually..larat or tak je lah..ha ha

Night walk at Lijiang Ancient City

Petangnya,kami decide nak jalan-jalan sekitar Big Water Wheels..

Lebih kurang 150 meter dari hotel kami,ada satu look out point yang sangat cantik..ramai orang ambik gambar kat sini.

Whole town can be viewed from here

Masa ni dah start hujan rintik-rintik


Lijiang Ancient City

Lijiang ancient city hampir 2 kali ganda lebih besar dari Dali ancient city.

Dali - lebih compact,easily navigated..sebab bentuk jalan lurus dan teratur.Lijiang banyak lorong-lorong yang berliku-liku (lebih senang nak sesat).

Lijiang Ancient City Relief Wall menggambarkan sejarah dan kehidupan
masyarakat Naxi suatu masa dahulu.





Opposite tembok merah - Big Water Wheel...iconic landmark.Kincir air kayu ni menunjukkan sistem pengurusan air masyarakat Nazi pada zaman dulu...kincir air ni digerakkan oleh arus Sungai Jade.

Lijiang ancient city dah listed as kota warisan UNESCO dunia pada tahun 1997

Walaupon hujan,tetap ramai pengunjung

Rumah-rumah tradisi di Lijiang ancient city mostly dah converted into hotels and shops.Pemilik asal rumah-rumah tradisional dah meninggalkan kawasan ni..maybe sebab dah jadi too touristy,agaknyalah..

Memang impressive sebab diorang boleh preserve dan maintain bandar purba yang luas ni untuk tatapan generasi sekarang.



Dinner at Yixin Muslim Yuan

Selepas puas berkeliling,kami naik Didi ke restoren Yixin untuk dinner.Kecik je kedainya


Lupa dah ikan apa..semacam Siakap,terung sambal,chicken tender dan telur dadar.
Teh bunga -complimentary

After kami selesai makan,penjaja buah-buahan masuk kedai...dengan bakul buah-buahan..


Shine Muscat
Selepas tu,kami naik Didi untuk pulang ke hotel.Alhamdulillah..

Good night Lijiang 💤😴













No comments:

Post a Comment