Sunday, 2 August 2026

DAY 1 YUNNAN - SET FORTH : KUNMING TO DALI


Beautiful Wuhua Tower at Dali ancient town

Sebelum continue dengan cerita hari pertama Yunnan,you might want to take a peek at the trip overview first.

Setelah sebulan merencana trip..akhirnya sampai juga hari perjalanan..

Kami fly ke Kunming dengan China Eastern Airlines.Ni first time kami cuba airlines ni,masa ke Guangzhou hari tu kami naik China Southern Airlines.Seperti mana China Southern Airlines,untuk China Eastern Airlines ni...kami tak berjaya buat online check in atau pre book moslem meal sehinggalah hari berangkat.Ni disebabkan online service untuk check in & meal booking not available.

Jadi,kami check in kat kaunter je...tak risau sangat sebab airlines dah allocate free seats & kita boleh view seats number before fly.

Part moslem meal tu,memang dah tak boleh book less than 48 hours before fly.Kami dimaklumkan untuk sebarang international flight dari Malaysia,semua meal insya Allah halal sebab caterer dari Malaysia memang certified halal...cuma flight dari China,kalau tak pre book moslem meal...sebaiknya elakkan makan sebab syubahah. 

Prepared and certified halal at Malaysia

Kami fly pada 9 July jam 3 pagi..we booked a red-eye flight so we would NOT MISS A DAY of vacation.Sampai di Kunming Changshui International airport jam 6.35 pagi hari yang sama.

Flght tak penuh pon..rasanya kami je muka Melayu kat atas tu.Even staff kat kaunter pelik kami travel ke China time ni...musim apa sekarang ni,dia tanya?Kami cakap summer..ha ha

Arrival

Urusan kastam cepat je..masih terngiang-ngiang.."sila letakkan empat jari kiri anda...sila letakkan empat jari kanan anda'.If you know you know😎

Kastam dah clear..luggage belum keluar lagi

Selesai angkut bagasi..kami bergegas untuk cari Didi...kami perlu ke Kunmingnan (Kunming South) railway station..dah book train ke Dali jam 11.38 pagi.Banyak masa lagi...cuma betterla sampai awal ke tempat yang kita tak familiar.

Besar jugak airport Kunming ni


Turun ke level B2 untuk book n tunggu Didi

Didi akan pick up kat sini

Train Kunming ke Dali

Kalau korang DIY,kami nasihatkan naiklah high speed train untuk ke semua destinasi (Kunming /Dali /Lijiang /ShangrLa) sebab sangat selesa,affordable dan menjimatkan masa.

Biasanya,kalau travel ikut agent,agent akan bagi 1 atau 2 kali (max) naik train..selebihnya naik bas express.

Untuk gambaran mudah,Kunming ke Dali ni jaraknya macam dari KL nak ke Penang..kalau naik high speed train,perjalanan ambik masa 2 jam saja.Kalau naik bas expess,makan masa 5 jam.Harga tiket train (2nd class) mahal sikit je dari bas express.

Untuk train Kunming ke Dali pada 9 July,kami dah reserved via Trip.com pada 9 Jun lagi (sebulan awal).Tickets wiould go on sale only on 25th Jun...malangnya,Trip.com tak berjaya belikan sebab tickets untuk slot masa tu dah sold out..tapi kemudiannya kami cancel reservation dan dapat beli slot masa lain..mujurlah tak lari sangat masa.

Awas kalau beli ticket...pastikan tiket yang anda beli ada tempat duduk...sebab walaupon seats dah sold out,diorang MASIH JUAL tickets TANPA SEAT...dengan HARGA YANG SAMA.Tak pasal-pasal kena berdiri 2 jam dalam train.Nanya!!

Sampai di railway station,masuk ke manual channel untuk discan passport.Tak perlu print tiket train...cukup passport sebagai bukti.


Cepat jugak lane manual ni

Kemudian tunggu di platform 23A.


Alas perut dengan maggi cup Msia (lum jumpa halal local instant noodle masa ni)

Dalam train.

Boleh letak luggage kat sini

atau letak kat overhead rails (macam dalam flight)

View dari tingkap train...hijau  sebab summer


Kalau tak silap ada 4 perhentian sebelum sampai ke Dali

Dali Qianning Inteligence Hotel 

Sampai di Dali Railway station,kami ambik Didi ke hotel.Dali Qianning Inteligence Hotel ni cuma 1.5 km dari railway station..Didi cuma 12 yuan je.Kalau sampai lewat petang atau malam,pihak hotel boleh pick up free je.

Susah jugak nak jumpa hotel ni...sebab dia terletak kat celah-celah lorong.

Vibe traditional

Tekak kering..disajikan pula hot Chinese tea..

Bilik kami..

2 bilik...each 1 queen bed

Small living area
Small shower head attached to pipe...berfungsi sebagai bidet

Oleh kerana kami belum makan proper sejak dari Kunming Railway station,kami decide untuk makan ready to eat food..bekal dari Malaysia.Perut dah lapar sangat..

Nasi,kari daging & sambil bilis rangup...sedap yak amat.Alhamdulillah

Lewat petang,kami naik Didi ke Dali ancient city..

Hotel ni dekat jalanraya utama..senang dapat Didi,biasanya less than 7 minutes dah sampai

Didi drop kan kat South gate



Orang China memang obsessed betul dengan durian..

Even restoren McD pon nampak klasik di bandar purba ni..



Perut kenyang sebab lunch lewat tadi...tapi terjumpa pulak restoren halal ni.Jom makan ringan-ringan

Signage kat luar restoren..killer menu diorang

Diorang bakar sate kat luar restoren,siap letak exhaust duct...so,takde lah asap melekat kat baju orang yang lalu lalang..datang China wajibla try sate kambing

Lidi kemain tebal dan panjang



Antara roti daging yang sedap sepanjang trip kali i

As dusk falls,the streets come alive with glowing shopfronts..


Menara Wuhua di tengah-tengah Dali ancient town..

Bangunan ni dibina pada zaman kerajaan Nanzhou sekitar abad ke 9 sebagai bangunan untuk menerima tetamu diraja.


Sebelum balik hotel,kami sempat jugak beli buah strawberry dan peach yang fresh dari penjaja jalanan..

Semua pakai QR je

Lepas tu,kami balik ke hotel dengan Didi..penat betul hari ni ..dari KL ke Kunming dan akhirnya ke Dali..nak rest dulu..

Pulang marilah pulang..

Esok full day adventure di Dali..insya Allah.






No comments:

Post a Comment