Sosodikon Hill,Kundasang |
Hari ke 3 - the most happening day in Sabah!
Pagi-pagi after subuh,kitorang dah pegi ke Sosodikon Hill untuk trekking.Actually,petang semalam balik dari Alpaca Club,kami dah survey dah tempat dia.Tak jauh pun dari Bayu Senja Lodge- cuma 6.2 km
Jam 5.45 am kami park keta somewhere near the bush & mula menapak selama 15 minit..pas tu baru jumpa 'gerbang masuk' ke Sosodikon Hill.Entrance dibuka tepat jam 6 pagi - so,bermula lah pendakian 'manja-manja' ke atas bukit!
Dari entrance point ke puncak..kena hike another 400 meters.Oh ya,tiket masuk cuma RM5 untuk dewasa & RM3 untuk kanak-kanak.
This trek is easy & appropriate for visitors of all ages and fitness levels
Dalam 10- 15 minit,berjaya gak sampai ke puncak.Rewarding view..
Alhamdulillah,tak ramai..tak sampai 10 orang yang dah ada kat situ.So,kami foto-foto & shoot la view Mount Kinabalu.
Ok done Sosodikon..,jom balik!
Lepas selesai,kami bergerak ke Desa Dairy Farm...ingat kan nak stop along the way for breakfast.Dah lapar sangat- dah habis energy menapak naik turun bukit kat Sosodikon Hill.
Rupanya kejap je dah sampai Desa Dairy Farm, cuma 2 km dari Sosodikon Hill.Dan memang takde kedai makan pun dalam perjalanan ke sana.
Desa Dairy Farm pon tak bukak lagi.
Pas tu nampak ada D'Shaunn Lodge & Cafe bersebelahan dengan Dairy Farm ni.Actually,ni adalah tempat penginapan & cafe tu menyediakan breakfast bagi orang yang menginap kat situ.Tapi bagi yang tak menginap & nak breakfast,boleh jugak - bayar je RM10/pax.Menu cuma ada nasi goreng,mee goreng,air kopi O & teh.Boleh lah untuk isi perut dulu.
Cantik jugak accomodation di D'Shaunn ni |
Untuk Desa Dairy Farm tu,tak boleh walk in.Kena book slot secara online & beli tiket dulu.
Bergambar kat pintu luar farm,sebelum masuk..amik feel ala2 NZ.
Ok,pas tu kita masuk...drive slow2..enjoy sceneries kiri kanan..
Ramai jugak pengunjung...walau pun bukan weekends & cuti sekolah pun belum bermula.
Mama terjumpa kawan sekolah menengah dulu..
|
Sedap yogurt ice cream ni |
Selepas settle kat Dairy Farm- kami kembali ke Bayu Senja Lodge untuk berehat-rehat.
Jam 11,checked out & bergerak ke arah Kota Kinabalu.Last 2 days of our trip - kat KK je.Perjalanan dari Bayu Senja Lodge mengambil masa 2 jam 30 minit.
Kami berhenti lunch kat Restoren Bismillah di Likas.Alhamdulillah.
Jam 2.30 pm,kami checked in ke Sunset Seaview Vacation Condos at Jesselton Quay...cuma agak ralat sebab Sunset Seaview Condos ni misnomer...actually unit yang kami book ni,view city..bukan seaview pon,apa lagi sunset..memang tak nampak.
Actually host ni ada 5 unit accomodation,maybe ada unit yang memang sunset seaview...host should state the fact in the description.
Keadaan bilik...alhamdulillah selesa & harga berpatutan.
Ada free wifi.. & Neflix..Living room luas |
Master bedroom (1 queen & 1 single ) with attached bathroom |
2nd room with sliding door ,separating from living room |
Kitchen area..big fridge,kettle & hot plate.No microwave |
Oklah,hotel ni sangat baru.Kat tengah-tengah bandar,bersebelahan dengan Jesselton jetty,so senanglah kalau nak gi island hoping.
Petangnya,kami gi ke Pasar Filipina a.k.a Handicraft Market- belilah oleh-oleh untuk bawak balik ke Semenanjung.
Pas tu,gerak ke Pantai Tg Aru untuk ambik angin petang & shoot sunset.
Balik dari Tg Aru,kami stop kat Todak Waterfront untuk makan seafood.Datang KK kena lah makan seafood kan?
Emmm..agak mencabar nak parking kat sini.Takde tempat parking khas..park lah mana-mana tepi jalan.Seafood memang fresh,harga taklah murah sangat...cuma method of cooking a bit disappointing.Edible,but not palatable.
Apa-apa pun alhamdulillah,kenyang.
Balik ke hotel untuk berehat..penat!
Great job on the blog. The topic you chose was something. I've been searching for a long time. Thanks for sharing your knowledge, it really helped me a lot. Visit Us: Varanasi Tour
ReplyDeleteYou are welcome. Thanks alot
Delete