Alpaca Club,Kundasang |
Day 2 di bumi Negeri di Bawah Bayu.
Lena betul tidur malam tadi,sangat selesa accomodation di Borneo Beach Villa ni,harganya juga sangat berpatutan.
View dari bilik hotel...waktu subuh
Mount Kinabalu in background |
Sekitar hotel ..pagi-pagi
|
|
Hari ni kita checked out awal,plan berikutnya ke Kundasang pulak.Dari hotel ni ke next hotel di Kundasang,pemanduan melalui Jalan Ranau-Tamparuli sejauh 87km (dalam 2 jam).
Sebelum tu,isi perut dulu - kita breakfast kat Restoran Yasmin..8.4 km saja dari Borneo Beach Villa,menghala ke arah Tuaran.Banyak restoren-restoren dan kedai runcit kat area ni,dia macam shop lots lah.
Berhadapan ada macam pasar tani...banyak gerai-gerai yang menjual sayur-sayuran,buah-buahan dan hasil laut yang segar.
Otw,kita singgah di satu look out point milik persendirian for photo stop.Owner caj RM1 je for 1 pax per entry.
Then,another photostop at Peranggi Look Out point.
Our 1st destination is Kinabalu Park...untuk yang tak plan nak mendaki Gunung Kinabalu,memadai lah visit Timpohon Gate,that is the primary entry point or 1st check points for climbers of Mt Kinabalu.Harga tiket untuk dewasa ke Timpohon Gate adalah RM10/pax.
|
|
We were not allowed to drive up to Timpohon Gate,semua kena naik 4 wheel drive yang disediakan di depan ofis kat park entrance.
Actually takde apa sangat pun kat sini...ada beranda kalau nak view gunung.Tapi sebab kami sampai dah almost tengahari,memang kabus dah tebal...gunung pun tak nampak.
Dari dulu...tarikannya adalah tupai-tupai yang 'jinak'
Pas tu ,kita melawat War Memorial Kundasang.
Tugu Peringatan Perang Kundasang dibina pada tahun 1962 bagi memperingati tentera British,Australia & rakyat Borneo yang terkorban akibat peperangan & kebuluran ketika melawan tentera Jepun di Kundasang semasa Perang Dunia ke 2.
|
|
Ada 4 taman yg bersambung-sambung di sini iaitu English Garden,Australia Garden,Borneo Garden & Contempletion Garden.
Kepenatan..lapar & panas..it's time for lunch!
Kami tak pegi ke restoren2 yang dicadangkan dalam google..kita lunch di D'Olundus View Lodge & Cafe as suggested by kawan Semenanjung yang lama tinggal di KK.
Alhamdulillah,menunya tak menghampakan..kena dengan tekak kita..sebab biasanya masakan kat Sabah ni,kalau dibandingkan dengan Semenanjung,dia agak 'mildly flavoured'..
Mihun goreng Olundus - very flavourful |
Lepas lunch,kita check in ke Bayu Senja Lodge- 1.5km dari D'Olundus
Cozy jugak bilik ni..
|
|
Jam 4.30 petang kita ke Alpaca Club (dekat,4.8 km je dari penginapan).Farm ni tutup pukul 5,jadi tergesa-gesa lah kami bayar tiket & masuk
Harga tiket dewasa adalah RM15 per pax.Agak mahal lah..tapi logik lah sebab nak tengok binatang import kan,bukan nak tengok lembu or kambing tempatan..
Usai main-main dengan alpaca,otw balik ke lodge..nampak ice cream parlour yang happening..so singgah jap.
Memang instagrammable lah Hooga Ice Cream place ni..
Selepas tu,stop kat pasar malam Kundasang- beli makanan untuk dinner di lodge.Malas nak keluar lagi.
Malamnya kami makan di communal kitchen,Bayu Senja Lodge
Dapur di Bayu Senja ni memang lengkap |
Alhamdulillah,selesai dinner di lodge ..dalam suasana sejuk dingin
No comments:
Post a Comment