Dari Kuantan...kami teruskan perjalanan ke Terengganu - kami tak ikut East Coast Highway sebab bosan lah view highway kan?Kami pilih untuk melalui jalan pantai...baru lah ada feel..ha ha
East Cost vibe |
The scenic route that we took - Kuantan - Cherating -Kemaman- Chukai - Kijal - Kemasik - Dungun - Marang dan akhirnya Kuala Terengganu.
On the way singgah lunch di sebuah kedai makan kat Cherating.Untuk trip kali ni,memang tak survey pun tempat-tempat makan yang best ke...viral ke...trip edisi redah jer.
Che Ta Corner,Cherating |
Sedapnya gulai kawah tu |
Bersebelahan kedai... |
1st day di Terengganu, kami bermalam di Kijal.Kami pilih Kijal sebab lama dah tak ke sini,kalau dok Cherating dekat sangat pulak dengan Kuantan.
Kijal Apartment
Kami menginap di homestay kat Kijal Apartment,bersebelahan dengan Kijal Resort World (dulu dikenali sebagai Awana Kijal).Rooms di KRW semua dah sold out.Lagipun untuk percutian kali ni,kami akan banyak pitstop (road trip la katakan)....so,tak nak spend too much money on accomodation.Percutian santai-santai saja...makan-makan & not too many activities that can tire us out!
Oklah Kijal Apartment ni.Walaupun exterior dia dah agak buruk (really need repainting, a facelift),tapi keadaan homestay sangat baik.We were quite impressed actually!
All 3 bedrooms & living room ada aircond.Free wifi,laju.2 bathrooms with hot shower.Flat screened TV with full Astro channels.Ada fridge,microwave,rice cooker & dapur untuk memasak.Washing machine pun ada - tapi kami tak guna.Not bad..
Pantai Kemasik
Otw ke Pantai Kemasik,jumpa tasik yang cantik ni..
'Mirror Lake' di Kg Bukit Kukuran,Kemasik |
Hanya 6 km dari homestay.Pantai Kemasik ni sangat cantik tapi agak crowded pada waktu petang.Ada taman permainan,tempat riadah,kedai-kedai makan dan kemudahan tandas dan surau awam.
Malamnya kami pergi ke Mesra Mall & makan kat food court je
Selepas subuh,sempat saya ke Pantai Kemasik sekali lagi
Pastu kami keluar mencari breakfast.Frust pulak sebab gerai ni tak de jual makanan tradisi Terengganu..apa-apa pun kenyang,alhamdulillah
Roti telur bawang
|
Tapau nasi dagang...menu dia nampak sedap-sedap belake |
Selesai membeli,tetiba ada sorang makcik ni terus naik ke dalam keta kami..mintak kami hantarkan ke kedai.Katanya,dia sakit lutut tak boleh berjalan jauh..
Mak sapo lah ni..konpiden betul dia nak menumpang stranger! |
Lepas drop makcik ni,kami pulang ke homestay..tengahari check out & sambung perjalanan kami.
Next,ke Dungun kite..
No comments:
Post a Comment