Sunday, 16 January 2022

DAY 3 - COZY BEACHFRONT COTTAGE IN DUNGUN

.

Dari Kijal,kami ke destinasi seterusnya..iaitu Dungun.Tak jauh pun ...1 jam lebih je perjalanan.

Cuaca terang...so far tak hujan

Kami singgah di tepi pantai berdekatan sebelum check in - beli keropok lekor kat gerai kat situ.Cantik betul view..



Kali ni kami menginap di Umbut Bayu,rumah kecil yang cute comey  betul-betul berhadapan dengan private beach.Cottage ni sebenarnya cuma 450 meter dari Pantai Tanjung Jara dan 6 km dari Rantau Abang,yang femes dengan penyu telo..


Halaman yang sangat luas..boleh main kejar-kejar..atau pun nak piknik pon boleh.


Apa yang bestnya,cottage ni cuma ada 3 unit je,so bagus kalau sewa semuanya untuk family



Direct seaview...best!

Hotel ni scores 8.4 di Agoda dan Booking.com.Cute je design rumah ni..warna putih,siap ada balkoni kecik untuk santai-santai sambil minum petang.







This is one of the best places for a do-nothing vacation.

Petang-petang boleh main air kat pantai depan tu..kami tak mandi lah,musim tengkujuh kan?Ombak besar..




Peluang ni tak saya sia-siakan untuk membidik foto waktu senja di pantai






Menjelang maghrib,saya pulang ke penginapan..


Letih tapi puas..

Best kan breakfast sambil ditemani angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa..



Ada sink & tempat berbbq jugak



Malamnya kami makan kat salah satu warung berhampiran iaitu Warung Lempeng Nyior.Kami order nasi goreng..oklah,not bad..speciality dia memang lempeng kelapa cicah kuah kari.Jadi kena la try kan?


Pagi esoknya breakfast di tempat yang sama.


Nasi dagang ikan aye..menu wajib!


Seterusnya..kami check out jam 12 tengahari & bergerak ke Kuala Terengganu.






No comments:

Post a Comment