Tuesday, 4 January 2022

ROAD TRIP KE TERENGGANU DI MUSIM TENGKUJUH 2021 (DAY 1-TRANSIT DI KUANTAN)

Pitstop wajib setiap kali melalui Segamat


Salam & selamat bertemu kembali

Setelah berbulan-bulan tak update,kami muncul kembali dengan kisah percutian ke pantai timur Malaysia.

Sejak interstate travel dibenarkan pada 11 Oktober yang lalu,kami belum berpeluang untuk travel (bercuti).Yang jadi keutamaan ialah menziarahi  ibu bapa dan family di luar Melaka.

Agak rumit  & mustahil untuk mengatur percutian bersama SEMUA anak-anak  sekarang.Seorang anak di sekolah menengah dan 3 anak di IPT berlainan dengan course yang berbeza.

Hujung tahun 2021,seperti biasa si bongsu ada cuti  sekolah..tapi   kid #3 yang belajar secara online di rumah sejak awal semester masih ada kelas. Jadi kami  plan road trip 4 beranak di mana...syarat percutian-kid #3 tu tak miss any class (make sure dia settled kat hotel yang ada  good wifi or internet connection dengan  'study' ambience').Tak nak la attend class  'on the road'.Jalan-jalan or makan-makan hanya bila kelas selesai.Dan adik yang bongsu..please study bersama kakak ya,next year dah nak SPM.

Bila dah hujung tahun...musim tengkujuh lah...most often pantai timur yang affected.Tapi,tahun 2021 ni  lain macam pulak banjir dia.Negeri-negeri yang selalunya tak pernah kena banjir pulak yang terjejas.And it happened A DAY BEFORE hari perjalanan kami.

Banjir dasyat  berlaku bermula pada 18 Disember,2021- & pada hari kejadian anak sulong kami yang menaiki ETS dari Tampin ke Penang terkandas di KL Sentral selama 7 jam kerana ada pokok tumbang.Dia yang sepatutnya sampai di Penang jam 9 malam,akhirnya tiba pada jam 4 pagi keesokan harinya.

Stesen keretapi kat Padang Sebang

Kami decide untuk teruskan plan road trip,kami gerak ke Kuantan melalui Segamat.Tak jadi bertolak dari KL,memandangkan ada tanah runtuh di Karak.

Alhamdulillah,cuaca baik -tak hujan sepanjang perjalanan.

As usual,dari Melaka kami masuk ke Tangkak.Port wajib setiap kali lalu Tangkak- Warung D'Mampir  sebelah Pejabat Pos Tangkak.


Speciality- nasi lemak dan 'sate' telur puyuh dan sotong sambal (dicucuk ala-ala sate)


After sarapan,on the way kita singgah untuk photostop kat tempat ala-ala New Zealand.Really missed our trip to NZ





Suasana pagi yang gloomy...tapi tak hujan.Alhamdulillah 



Banyak berita yang melaporkan - tak boleh masuk ke Kuantan sebab Jalan Gambang- Kuantan dinaiki air yang tinggi.Ada few friends yang suggested kami untuk masuk Kuantan ikut Pekan.Tapi syukur waze membawa kami mengikuti Jalan Gambang- Kuantan kerana air dah pun surut.

Simpang Gambang-Kuantan

Kami tiba di Kuantan jam 1.30 tengahari.Ada beberapa taman dan kampung di kiri kanan jalan yang dinaiki air,tapi jalanraya kering.

Rumah (kat belakang nun) pakcik ni tenggelam

Lunch di Jaman Tory

Love deco kat sini..semua barang vintage ada


Kami check in di Hotel Seri Manja,Indera Mahkota (saya ada review hotel  bajet ni di entry yang lalu)



Rupanya ramai jugak orang-orang yang sedang bercuti di pantai timur stranded & tak dapat pulang ke KL dan Selangor.Malah orang Kuantan sendiri ada yang mencari-cari penginapan di hotel sebab rumah dimasuki air.Most hotels were fully booked.Nasib baik lah kami tak let go our booking..

Petang tu anak kami yang # 2 datang menjenguk adik-adiknya..dia join kami dinner malam tu.


Yang bagusnya Hotel Seri Manja ni dikelilingi oleh restoren,cafe dan warung makan yang banyak..so this time kita cuba makan kat  Al Kawthar.






Pagi esok,breakfast kat hotel .Alhamdulillah untuk rate bilik 2 pax bawah RM150 ,breakfast provided by hotel.



Kami checked out jam 1 tengahari (late check out at no cost) after anak selesai online class.

Alhamdulillah cuaca terang...so kami teruskan perjalanan ke Terengganu..




Rabbi Yassir  Wala Tu'assir.Rabbi Tammim Bil Khair (Ya Allah,permudahkan jangan dipersulitkan dan Engkau akhirkanlah dengan kebaikan)

Ganuuuu...mu tunggu aku datang!










No comments:

Post a Comment