Knocknagreena Coach House |
Kali ni nak cerita specifically pasal accomodation kami kat sana.It was an AMAZING stay at this airbnb at Belfast.Rasanya,I need to pen it down sebagai kenang-kenangan di kemudian hari.
Pada hari ke 8 percutian,kami sekeluarga bertolak dari Dublin Airport (tempat pick up kereta) ke Belfast.Pemanduan dari Dublin ke Belfast mengambil masa kira-kira 2 jam..termasuk few stops.Awalnya,kami plan nak ronda-ronda sekitar bandar Belfast...sebab sampai awal.Tapi disebabkan hujan lebat,kami cuba-cuba pm host kalau-kalau dia benarkan kami check in awal.Alhamdulillah,host bagi kami check in 2 JAM AWAL!Rezeki kami anak-beranak.
Rumah ni terletak kat bandar Ballymena...5 mins walk to town.
Tak susah nak locate kawasan perumahan ni.Cuma,bila sampai..confused nak tentukan mana satu unit yang kita booked ni?
Nape namanya 'Coach House'?
Coach House sebenarnya rumah 2 tingkat..selalunya 4-12 unit rumah melekat dalam 1 bangunan.Design bangunan dia quite unique with access to each home from the ground floor with a distinct entrance.Zaman-zaman dulu,coach house ni direka untuk menempatkan horses and their carriages securely at night..those days when horses were the only means of transport available
Mati-matilah ingatkan owner rumah ni jurulatih sukan ke apa...hu hu!
Cantik pintu ni.. |
Tuan rumah stay next door.
Rumah sangat cosy & modern..complete with all amneties.
Syukur..each of us ada tempat tidur masing-masing.Plus point,our kids ada private space (paling penting bila anak-anak dah remaja..diorang tak nak share space dengan parents)
Kami tidur kat bilik ground floor.Anak-anak kat tingkat atas.
Bilik girl #2 & #3 Guna gambar host's page sebab budak2 dah tutup pintu,tak sempat snap gambar
|
Jom tinjau keadaan luar rumah pulak
Spacious backyard.Sayang tak sempat berpiknik...lagi pun basah sebab malamnya hujan
|
Nearby attractions...tempat yang kami pergi je -
Dark Hedges (lokasi shooting Games of Thrones),Carrick-a-rede Rope Bridge & Giant's Causeway.Ceritanya kat sini
Bandar Belfast,Titanic & St George's Market.Ceritanya kat sini.
Oklah...cukuplah setakat ni..untuk mengubat rindu..he he.
Semoga wabak ini segera berakhir & kita kembali seperti dulu-dulu balik.
Amin Ya Rabbal Alamin..
Pssttt...kalau berminat nak book,boleh skodeng sini.
You have written such a in-depth article, i really enjoyed reading it. Amazing article and they way you write it’s mind blowing.
ReplyDeleteOpen Trip Kawah Ijen
Tqvm.I really appreciate this.
Delete