Sunday 25 November 2018

DAY 8 - BELFAST


Carrick-a- Rede

From London....back to Dublin again!!

Salam...bersua kembali setelah lama tak bersiaran.

Kepenatan dari berjalan-jalan di London masih belum hilang... hari ni kami akan explore Belfast,capital city of Northern Ireland.As we all know,unlike Republic of Ireland (Southern Ireland)...Northern Ireland ni adalah sebahagian dari United Kingdom.

Kami breakfast agak lambat hari ni...pukul 10.30 pagi...all of us naik bas untuk pick up second car di Dublin Airport.
Dublin Airport ke Belfast sejauh 157 km


Kali ni kami booked dari agency SixT.Asalnya kami  booked another MPV- Ford Galaxy.Tapi masa picked up ,Ford Galaxy not available...so diorang gantikan dengan BMW X5 !!!-Wow...excited giler...tak pernah drive BMW kat Malaysia & yang lebih syok,harga maintained at pre-booked price.Alhamdulillah!

Pemanduan mengambil masa hampir 2 jam...termasuk few stops.Jalan lancar...cuma agak confusing,bila kena prepare 2 sets of currency..Euro & pounds.Tol2 & petrol station dalam Republic of Ireland..pakai Euro..sebaik saja masuk sempadan Northern Ireland...guna pound pulak (saki baki duit dari London masih ada).

Oleh kerana hujan,kami terpaksa cancel plan untuk round-round Belfast City.So,terus pm our airbnb owner ...tanya samada kami boleh check in awal.The hosts (husband and wife) are very kind...they are highly rated and are chosen as superhosts by Airbnb customers.. They let us to check in 2 hours earlier as the house was ready.

Knocknagreena Coach House


Airbnb ni terletak di Ballymena town

Berhadapan dengan church
Pintu masuk



1 ensuite bedroom at ground floor


Combined living / kitchen areas with all necessary appliances
Double storey house with 3 bedrooms..Tingkat atas 1 bedroom with 2 twin beds,another bedroom ada 1 set of bunks.Ada bathroom kat tingkat atas as well.Ngamlah untuk kami 6 beranak..

Tuan rumah stay next door.

After lunch at airbnb,we were ready to explore Belfast...our first destination was...

The Dark Hedges

Shooting location for Games of Thrones.

The Dark Hedges ni berasal pada kurun ke 18 lagi. Masa tu Stuart family ni tanam beberapa baris  beech trees konon-konon untuk  impress pelawat-pelawat yang datang ke rumah agam mereka iaitu  Gracehill House..

Little did the Stuart family know that their driveway would be so popular 2 centuries later!

The most photographed location in Northern Ireland

Owner sementara bee-em-double U!

Sebenarnya..ia terletak di sepanjang Bregagh Road di antara perkampungan Armoy dan Stranocum. ..




Tips- datang awal,sebab menjelang tengahari banyak tour bus...very crowded..susah nak amik gambar..



Lined with beech trees twisted branches forming an arch over the road makes it so eerily beautiful.

'Dark Hedges is just a short road surrounded by farmer's fields



Carrick-a-rede Rope Bridge

Perjalanan dari Dark Hedges ke Carric-a-Rede was very scenic!




Kami ke Rope Bridge (Carrick-a-Rede) dulu...pas tu baru ke Giant's Causeway




If you are an adventure junkie dan nak merasai adventure menyeberangi jambatan gantung sepanjang 70 kaki dan setinggi  100 kaki dari daratan...this place is for you!
Pada zaman dulu,nelayan-nelayan menyeberangi jambatan untuk ke Pulau Carrick a Rede (untuk tangkap ikan)

Angin sangat sejuk dan kuat..our girls tak pakai wind breaker.So,we decided that the girls just stayed around the parking area...





sementara abah,mama dan Bang Bil tracking ke arah jambatan










Later we found out,the bridge entrance ditutup kerana cuaca tak baik.Emmm..takde rezeki nak rasa bergayut kat jambatan gantung ni..hu hu

Few snaps around parking area....








Carrick-a-Rede


Giant's Causeway

Ireland's most famous landmarks...terkenal dengan batu-batu unik yang terjadi akibat letusan gunung berapi.
Sebenarnya ,entrance ke Giant Causeway ni percuma jer...yang kena bayar tu,kalau nak masuk ke visitor centre.Ramai gak yang terpedaya dan bayar  £11.50/adult sebab signage kat situ memang misleading.

Hiking to Giant Causeway the long way...akan memberi anda pengalaman yang mengujakan dan tak ternilai...Kalau tak nak trekking,you can take bus down and back for only  £1/adult..it saves a bunch of time and effort.Tapi,masa kami sampai..dah petang sangat...waktu operasi bas dah tamat.


Full trekking ni mengambil masa 2 jam..sejauh 7.2 km


Batu-batu unik sejak zaman purba





 


Malamnya,kami dinner & tidur saja di airbnb..selepas seharian menjelajah..Esok,nak gerak balik ke Dublin.





No comments:

Post a Comment