Sunday, 25 June 2023

SEPANJANG JALAN KENANGAN - COMMERCIAL STREET,BRIGADE ROAD & MG ROAD


Malam pertama di The Porch Inn Hotel/Service Apartment..kami tidur lena kerana kepenatan... subuh masuk jam 4.34 pagi..sunrise jam 5.53.

Lalbagh Botanical Garden

Pukul 6 pagi dah terang-benderang.Kami berdua jalan kaki ke Lalbagh Botanical Garden,dekat je dalam 1.5km dari hotel.Anak-anak tak nak ikut sebab masih penat.Walking from hotel to garden was not a pleasurable experience..roads are dirty and not safe with broken pavement.Nasib baik budak-budak tak join..hu hu.

But this garden is beautiful..ada vibe Taman Tasik Taiping which we visited recently.

Camera tak dibenarkan bawak masuk,kecuali camera hp.Selepas berjaya yakinkan guard tu yang kami takkan ambik gamba guna camera- akhirnya dia kasi kami masuk.Nasib baik tak mintak duit kopi🙈

The monumental white silk cotton trees of Lalbagh Garden

The famous glasshouse

200 year old garden

Sepatutnya ada entrance fee..tapi kami masuk free je.Tak taula kalau silap entrance.We just follow locals..

Breakfast at hotel

Porch Inn Hotel ni ada provide complimentary breakfast.Kita boleh order apa je (unlimited) menu breakfast dia.Staff akan hantar ke bilik,hotel takde designated dining area.

Puri bhaji,masala dosa & bread omelette (Puri tu tak kembang sebab Room Service depa wrap dengan Plastic for Personel Hygeine).

Bread omelette-very nice

Ola app

Pagi ni,saya berjaya install Ola app.Dari malam tadi kami cuba install tapi tak dapat sebab tak receive no OTP melalui SMS (OTP hanya akan dihantar ke nombor fon India)Kami tak tukar ke simcard India- (kami activate kan Celcom roaming je- RM58 untuk seminggu.

Saya cuba option whatsApp call untuk dapatkan no OTP.It worked!Alhamdulillah.

Exploring city

Hari ni kami decide nak bawak anak-anak jalan-jalan ke tempat-tempat yang selalu kami ziarah each time turun ke Bangalore.Dari hotel,kami panggil cab untuk bawa ke Commercial Street- easy,efficient & hassle free guna Ola app ni.

Commercial Street

When it comes to shopping on a budget,everyone heads to Commercial Street,Bangalore.

Kami sampai di Commstreet pukul 9.30 pagi,most kedai tak bukak lagi.




In one frame with Inspector Sahaab

 


 



Auto scammer

Honestly,we felt very safe sepanjang jalan-jalan kat Bangalore.No public stare,no one thought we were unusual in any way.Cuma maybe sebab kami takde specific plan & just enjoying the walk,it may looked like we were wandering around aimlessly.Hence a couple of 🛺🛺🛺 riders approached us & offered nak bawak kita gi tempat shopping...with a rate of ₹10-₹20/ride!Tak masuk akal langsung..naik auto tak sampai RM2..The offer is just too good to be true.

Actually,modus operandinya,mereka akan bawak ke kedai-kedai tertentu (selalunya kedai diorang sendiri) & kat sana diorang akan paksa kita beli.

Apa-apa pun,jangan terlalu takut.Kat negara mana pun,ada orang jahat & ada orang baik.Kena sentiasa beringat and take safety precautions.


Masjid Juma

Road to The Famous MG Road~Depan tu Anil Kumble Extension( Legendary India Leg Spinner) sebelah kanan menuju ke Chinnaswammy Stadium.

Nice walk..lots of shades..weather 26 degrees

Kekacang jalanan..


Fresh plums & mangoes

We refrained ourselves from eating street food..takut food poisoning.
Zaman belajar dulu lain,imuniti kuat..mungkin sebab dah biasa, Tapi puri tu memang kembang betul.

This is Brigade Road-Where all The Branded and Non Branded Goods available.(Next to MG Road)

Setiap kali bercuti ke luar negara,we will buy something from supermarket or groceries store as doorgift...don't limit yourself buying at souvenir stores only.

Precious find

Lunch at Imperial Restaurants

Salah satu cawangan Imperial Restaurant

Restaurant ni memang legend,dah lama..dah ada sebelum zaman kitorang study kat India lagi.Banyak cawangan dia through out Bangalore.Yang pasti ianya halal and sedap 😋😋

Kadai Mutton
Chicken 65

MG Road

Filled with big brand show rooms and high end boutiques,MG Road really is for window shopping most of the time.

 

 

Sekarang dah ada 'Namma Metro' a.k.a Bengaluru Metro - rapid transit system serving city of Bangalore.Dulu-dulu takde..

 


Tapi tak sempat cuba naik Metro ni

 

We're happy to see our favourite bookstore, Higginbothams still exists!

The oldest surviving bookstore in India


Since 1844!

Kepenatan melayan abah & mama


Towards the evening,kami pon dah rasa letih and decided to go back to hotel.

After having good rest,kitorang decide nak gi Cubbon Park  petang tu (another famous park kat Bangalore selain dari Lalbagh).Tapi semua cab yang kami book,cancelled our booking.Rupa-rupanya ada jammed teruk kat jalan nak masuk ke hotel kami.

Takpa..takde rezeki.So,malamnya kami dinner kat dalam bilik je,order makanan hotel (Kami verified dari receptionist & chef hotel,both are muslim themselves yang ayam supplied adalah halal cut.)

Egg fried rice,Schezwan fried rice,french fries & chicken Manchurian
Paling kiri..menu breakfast-boleh pilih,free je..unlimited order
Menu yg lain- kena bayar,Harga berpatutan.Rasa sedap 

 

Syukur..dipermudahkan urusan hari kedua ..






Thursday, 22 June 2023

ARRIVAL AT THE CITY OF BOILED BEANS..

Chai in 'Paris'..

Kami departed pada jam 9 pagi waktu Malaysia & tiba di Kempegowda International Airport,Bangalore pada jam 10.40 pagi waktu India.Malaysia is 2 hours 30 mins ahead of Bangalore.

Penerbangan dari KLIA ke Bangalore Airport mengambil masa 4 jam sahaja.Penerbangan smooth tanpa ada gangguan cuaca buruk,alhamdulillah.

Jai Hind...zindabad!

Asal usul nama Bengaluru

Ikutkan cerita nenek moyang diorang,satu masa dulu dalam kurun ke 13,Veera Ballala,raja dari Dinasti Hoysala sesat ketika berburu dalam hutan.Pas tu raja ni terjumpa seorang perempuan dalam hutan - that woman offered the king water & boiled beans.To express his gratitude,the king named the forest "Bendakaalooru" which translates to The City of Boiled Beans.Al kisahnya..

Off we go..

Kami dijemput driver yg bernama Ranjith.Hotel di Bangalore yg kami book tu ada provide airport transfer.Pihak hotel bagi contact number driver ni.So,dari Malaysia lagi kita dah deal dengan si Ranjith ni.Dia caj ₹1370 (lebih kurang RM75) untuk transfer us dari airport ke hotel.Harga ni dah termasuk tol fee.Kalau nak book airport transfer via Bazar Taxi (Cab booking service in India) pon boleh,tapi rate dalam RM125 ke atas.Jadi,kami cepat-cepat grab this deal sebab lebih murah.Masa ni kami belum install Ola (macam Uber/Grab car) app-later we found out,rate Ola untuk airport transfer lebih murah lagi.Jarak hotel dari airport adalah 41 km (1 hour plus drive)

Lunch at Savoury Restaurant


On the way ke hotel,Ranjith dropped us at muslim owned restaurant which is only 10 mins drive from hotel.Dah lapar sangat masa ni..


Chicken dum biryani
Garlic naan & mutton rogan josh

Actually.later we tried to revisit this restaurant before going back to Msia.Tapi tak jumpa pulak (padahal dekat je dengan hotel).Waze navigated us to another branch of Savoury Restaurant.

Someone please drop a pin of this restaurant in google map!

Porch Inn Hotel Service Apartment

Credit pic from google

Ni hotel yg kami inap di Bangalore selama 6 hari 5 malam.

Untuk apartment 2 bilik plus complimentary breakfast- dengan harga di bawah RM220/nite,rasanya sangat berbaloi.

Master bedroom with king sized bed

2nd bedroom

Living room

Small pantry with frige,microwave & hot plate

We left our reviews at booking.com

Forum Mall,Koramangala

1st day of arrival..kami tak plan berjalan ke mana-mana.Kami tanya receptionist on duty Miss Madhuri (boleh baca ramai yang mentioned nama dia dalam reviews hotel ni) nearest mall -nak santai-santai je..So,dia cadangkan kami gi ke Forum Mall,2.5km je dari hotel(Madhuri yg tolong bookkan cab melalui Ola app dia.)

Forum Mall ni..1 of the oldest (dah 19 tahun) yet trendiest mall in Bangalore.

Luar Forum Mall

Tak sangka jumpa 'Eiffel Tower' kat Bangalore..ha ha
Ada kedai samosa sebelah tower..




Evening in 'Paris'

Dalam mall...

Takde cerita hindi yg menarik pulak..

Dari mall,masa nak balik ke hotel..takde cab yang available pulak.Tapi auto rickshaw yang banyak,siap berebut-rebut nak hantar balik.Cuma auto boleh bawak max 3 penumpang je dalam satu-satu masa...kalau lebih,kang kena saman dengan polis.Nak ambik 2 auto,takut pulak sebab cuma abah sorang lelaki- 1 lagi auto akan bawak 2 perempuan.Lagipon 2 auto jadi lebih mahal dari harga 1 cab.

Jadi,kami tekad & redah naik auto berempat (5 la termasuk drebar).Saya dok menempek kat seat driver..jadi co-pilot malam tu.Memang adventurous dan challenging,sebelah  tangan pegang hp nak navigate sang drebar sebelah lagi pegang tiang auto,kot-kot dia gi kona baring..tergolek pulak kat tengah jalan.

Anak-anak yang 1st time merasa naik auto,kena pulak mengharung trafik Bangalore malam-malam..memang pucat lesi lah.Tapi ni lah yang akan menjadi memory korang yang tak kan terlupakan..

End of the hectic day 1...next entry menyusul soon..


 


 

Sunday, 18 June 2023

NAMASKARA BENGALURU.....INDIA REVISITED AFTER 3 DECADES!

Vidhana Soudha,Bangalore

Maharajah Palace,Mysore

Maharajah Palace,Mysore

Salam readers..

Alhamdulillah,setelah 3 tahun lebih tak keluar dari Malaysia. akhirnya tercapai juga hajat untuk bercuti ke luar  negara.Last trip was Bali in 2020...sebelum Covid melanda.

Destinasi kali ni adalah...ke India!

Gi Kashmir.....Agra & Delhi  ke?

Itulah tanggapan semua bila kami bagi tau kami nak gi bercuti ke India.Tak dinafikan memang 3 tempat tersebut destinasi yang paling lazim dan popular bagi rakyat Malaysia bila melancong ke India.

Nahi..nahi!😜Kami pergi ke Bangalore....a.k.a Bengaluru (nama baru sejak 2014)

Kenapa Bangalore?Ada apa kat sana?

Kami suami isteri belajar di India di antara tahun 1990-1996.Lebih tepat lagi di Manipal yang terletak di negeri Karnataka (a state in southernwest region of India).

Kalau nak tau Bangalore ni ibu negeri Karnataka.Bagi students Malaysia yang belajar di Manipal,Belgaum (now Belagavi) dan Bangalore sendiri...bandar ni adalah 'tempat lepak' ..tempat hang out kami ..memandangkan Bangalore lebih modern & ada banyak attractions dari tempat belajar kitorang.Kiranya ni a trip down memory lane 👫 lah..hi hi.

Familymoon..bukan honeymoon..he he

Untuk trip ni,kami pergi 4 beranak je- bawak 2 org anak yang free.

Guna travel agent?

Since Bangalore is NOT a touristy destinations for most Malaysians,tak de travel agent yg offer pakej lawatan ke situ.Jadi kami DIY je.Bergantung semata-mata pada memori 27 tahun dulu..ingat-ingat lupa tempat-tempat mana nak gi jalan-jalan...mana nak makan.Dan dibantu oleh research online semestinya.

Syukur ke hadrat Allah,trip 6 hari kami ke Bangalore (termasuk 1 day trip ke Mysore) dipermudahkan Allah.Walaupon ramai yang agak cuak & skeptical untuk melancong ke India...sebab takut kene tipu & kena scammed...kami dipertemukan dengan orang yang baik-baik.Bermula dengan Madhuri,Abu & Ahmed the hotel receptionists hinggalah kepada drivers ..Ranjith,Ragu,Yasin,Krishna & Navaneethan (to name few) yang membawa kami keliling bandar..

Flight tiket KL- Bangalore

Alhamdulillah sebab ada direct flight terus ke Bangalore  dari KL.Penerbangan cuma mengambil masa 4 jam sahaja.Masa kami study dulu..memang takde flight ke Bangalore.Kena turun kat Madras (now Chennai) dulu.. 

Kami dapat tiket MAS,untuk return ticket KL-BLR dalam RM5700+ untuk 4 orang...which was very reasonable.

Harga visa ke India - RM46 je

Kalau kita nak berkunjung ke India atas urusan melancong and period of stay is not longer than 30 days..apply for ETA (Electronic Travel Authorization).

e-Visa has 5 subcategories

i) e-Tourist Visa (for 30 days/1 year/5 years)

ii) e-Business Visa

iii) e-Medical Visa

iv) e-Medical Attendant Visa

v)  e-Conference Visa


e-Visa untuk trip kami pada bulan June - cuma 10USD (RM46 sahaja/pax).Murah kan?.

U can check it here


Kenapa tak ziarah Manipal,tempat study dulu?

Untuk ke Manipal,kena ambik internal flight dari Bangalore ke Mangalore (1 hour flight).Pastu dari Mangalore nak ke Manipal kena ambik cab pulak - perjalanan dianggarkan di antara 1 jam hingga 1 jam 30 min bergantung kepada keadaan trafik.Disebabkan perjalanan yang panjang & sangat memenatkan..so,kami decide untuk jalan-jalan di Bangalore je.Maybe next trip?Who knows?

Map Bangalore (Bengaluru)- Mangalore (Mangaluru) -Manipal

Sedikit info on Bangalore

1.Bangalore dikenali sebagai Silicon City of India or IT hub.Kira macam Cyberjaya lah

2.Bangalore terletak di atas Dataran Tinggi Deccan (3000 kaki dari aras laut).Hence it has pleasant weather all year round.Sepanjang kami kat sana,suhu adalah di antara 22-26 degree...takde snow,hu hu..tapi tak sepanas Malaysia.

3.Bangalore is known as city of garden or pensioners paradise.This city is green..redup je.

Some places are walkable,some are not

4.Bahasa pertuturan rasmi di Karnataka (Bangalore) adalah Bahasa Kannada (bukan Canada ya?)

Sebelum kami bawak readers explore Bangalore di entries selanjutnya..lets take a peek at how this city looks like..

Bangalore homes numerous historical places...antara yang sempat kami lawati..

200-year-old Lalbagh Botanical Garden,seluas 240 ekar

Maharajah Palace,Mysore

St Philomena's Cathedral,Mysore

Bangalore Palace

Bangalore is shopper's heaven...from the most high end,luxury goods at various shopping malls...

Garuda Mall

to those looking for thrifty experience that does not burn a hole in your pocket.

Commercial Street

Untuk bergerak ke sana sini...boleh naik auto rickshaw (a.k.a tuk-tuks) atau cab.

Kat sini kitorang install Ola (mcm Uber / Grab car) app..so senang nak ke mana2..
tak yah bergaduh dgn auto or cab driver

Setiap penumpang & driver akan dapat OTP,,bagi mengelakkan penipuan & double crossing

Untuk auto tu,maksimum 3 penumpang je..tapi ada sekali tu,kami naik berempat (saya dok sebelah rider,jadi co-pilot).Time ni terdesak sebab tak dapat transport balik ke hotel.

No problem sir..if police,I problem..you no problem😅

Yg selebihnya..kami naik cab sahaja..fare berbeza mengikut saiz cab samada mini atau Sedan.

Budaya tipping & 'keep the change'

Kat India ni,memang diorang akan harapkan tipping..samada makan kat restoren,angkat beg di hotel (tak sempat nak tegah..memang dah disauknya beg kita)..atau pun kat airport.Takde service yang percuma..atau 'kami sedia membantu'.Sediakan wang kecik secukupnya.

Lagi satu,kalau membeli belah..tak kira lah kat kedai-kedai murahan atau kat shopping malls..even shops kat airport,diorang memang expect kita 'halalkan' je baki.

Masa anak beli air Coke ₹100 kat airport..anak bagi sekeping ₹500 note ..cashier cakap takde baki.Dia macam hampa bila kita tak cakap 'keep the change' untuk baki ₹400 tu.

Kisah air Coke di airport

India is a foodie's paradise

Lastly,memang tak sahlah kalau tak mention pasal makanan di India.Sepanjang di Bangalore ni,kami memang cukup teruja dapat menikmati Indian cuisine yang lazat-lazat...sampai sekarang masih teringat-ingat.😋😋

Garlic naan & mutton rogan josh

Chicken plum

Mutton kadai

Bamboo biryani

Masala dosa 

Okla,cukup dulu intro..nanti kita sambung cerita pengembaraan kami di bumi Bangalore ni..