Sunday, 18 June 2023

NAMASKARA BENGALURU.....INDIA REVISITED AFTER 3 DECADES!

Vidhana Soudha,Bangalore

Maharajah Palace,Mysore

Maharajah Palace,Mysore

Salam readers..

Alhamdulillah,setelah 3 tahun lebih tak keluar dari Malaysia. akhirnya tercapai juga hajat untuk bercuti ke luar  negara.Last trip was Bali in 2020...sebelum Covid melanda.

Destinasi kali ni adalah...ke India!

Gi Kashmir.....Agra & Delhi  ke?

Itulah tanggapan semua bila kami bagi tau kami nak gi bercuti ke India.Tak dinafikan memang 3 tempat tersebut destinasi yang paling lazim dan popular bagi rakyat Malaysia bila melancong ke India.

Nahi..nahi!😜Kami pergi ke Bangalore....a.k.a Bengaluru (nama baru sejak 2014)

Kenapa Bangalore?Ada apa kat sana?

Kami suami isteri belajar di India di antara tahun 1990-1996.Lebih tepat lagi di Manipal yang terletak di negeri Karnataka (a state in southernwest region of India).

Kalau nak tau Bangalore ni ibu negeri Karnataka.Bagi students Malaysia yang belajar di Manipal,Belgaum (now Belagavi) dan Bangalore sendiri...bandar ni adalah 'tempat lepak' ..tempat hang out kami ..memandangkan Bangalore lebih modern & ada banyak attractions dari tempat belajar kitorang.Kiranya ni a trip down memory lane 👫 lah..hi hi.

Familymoon..bukan honeymoon..he he

Untuk trip ni,kami pergi 4 beranak je- bawak 2 org anak yang free.

Guna travel agent?

Since Bangalore is NOT a touristy destinations for most Malaysians,tak de travel agent yg offer pakej lawatan ke situ.Jadi kami DIY je.Bergantung semata-mata pada memori 27 tahun dulu..ingat-ingat lupa tempat-tempat mana nak gi jalan-jalan...mana nak makan.Dan dibantu oleh research online semestinya.

Syukur ke hadrat Allah,trip 6 hari kami ke Bangalore (termasuk 1 day trip ke Mysore) dipermudahkan Allah.Walaupon ramai yang agak cuak & skeptical untuk melancong ke India...sebab takut kene tipu & kena scammed...kami dipertemukan dengan orang yang baik-baik.Bermula dengan Madhuri,Abu & Ahmed the hotel receptionists hinggalah kepada drivers ..Ranjith,Ragu,Yasin,Krishna & Navaneethan (to name few) yang membawa kami keliling bandar..

Flight tiket KL- Bangalore

Alhamdulillah sebab ada direct flight terus ke Bangalore  dari KL.Penerbangan cuma mengambil masa 4 jam sahaja.Masa kami study dulu..memang takde flight ke Bangalore.Kena turun kat Madras (now Chennai) dulu.. 

Kami dapat tiket MAS,untuk return ticket KL-BLR dalam RM5700+ untuk 4 orang...which was very reasonable.

Harga visa ke India - RM46 je

Kalau kita nak berkunjung ke India atas urusan melancong and period of stay is not longer than 30 days..apply for ETA (Electronic Travel Authorization).

e-Visa has 5 subcategories

i) e-Tourist Visa (for 30 days/1 year/5 years)

ii) e-Business Visa

iii) e-Medical Visa

iv) e-Medical Attendant Visa

v)  e-Conference Visa


e-Visa untuk trip kami pada bulan June - cuma 10USD (RM46 sahaja/pax).Murah kan?.

U can check it here


Kenapa tak ziarah Manipal,tempat study dulu?

Untuk ke Manipal,kena ambik internal flight dari Bangalore ke Mangalore (1 hour flight).Pastu dari Mangalore nak ke Manipal kena ambik cab pulak - perjalanan dianggarkan di antara 1 jam hingga 1 jam 30 min bergantung kepada keadaan trafik.Disebabkan perjalanan yang panjang & sangat memenatkan..so,kami decide untuk jalan-jalan di Bangalore je.Maybe next trip?Who knows?

Map Bangalore (Bengaluru)- Mangalore (Mangaluru) -Manipal

Sedikit info on Bangalore

1.Bangalore dikenali sebagai Silicon City of India or IT hub.Kira macam Cyberjaya lah

2.Bangalore terletak di atas Dataran Tinggi Deccan (3000 kaki dari aras laut).Hence it has pleasant weather all year round.Sepanjang kami kat sana,suhu adalah di antara 22-26 degree...takde snow,hu hu..tapi tak sepanas Malaysia.

3.Bangalore is known as city of garden or pensioners paradise.This city is green..redup je.

Some places are walkable,some are not

4.Bahasa pertuturan rasmi di Karnataka (Bangalore) adalah Bahasa Kannada (bukan Canada ya?)

Sebelum kami bawak readers explore Bangalore di entries selanjutnya..lets take a peek at how this city looks like..

Bangalore homes numerous historical places...antara yang sempat kami lawati..

200-year-old Lalbagh Botanical Garden,seluas 240 ekar

Maharajah Palace,Mysore

St Philomena's Cathedral,Mysore

Bangalore Palace

Bangalore is shopper's heaven...from the most high end,luxury goods at various shopping malls...

Garuda Mall

to those looking for thrifty experience that does not burn a hole in your pocket.

Commercial Street

Untuk bergerak ke sana sini...boleh naik auto rickshaw (a.k.a tuk-tuks) atau cab.

Kat sini kitorang install Ola (mcm Uber / Grab car) app..so senang nak ke mana2..
tak yah bergaduh dgn auto or cab driver

Setiap penumpang & driver akan dapat OTP,,bagi mengelakkan penipuan & double crossing

Untuk auto tu,maksimum 3 penumpang je..tapi ada sekali tu,kami naik berempat (saya dok sebelah rider,jadi co-pilot).Time ni terdesak sebab tak dapat transport balik ke hotel.

No problem sir..if police,I problem..you no problem😅

Yg selebihnya..kami naik cab sahaja..fare berbeza mengikut saiz cab samada mini atau Sedan.

Budaya tipping & 'keep the change'

Kat India ni,memang diorang akan harapkan tipping..samada makan kat restoren,angkat beg di hotel (tak sempat nak tegah..memang dah disauknya beg kita)..atau pun kat airport.Takde service yang percuma..atau 'kami sedia membantu'.Sediakan wang kecik secukupnya.

Lagi satu,kalau membeli belah..tak kira lah kat kedai-kedai murahan atau kat shopping malls..even shops kat airport,diorang memang expect kita 'halalkan' je baki.

Masa anak beli air Coke ₹100 kat airport..anak bagi sekeping ₹500 note ..cashier cakap takde baki.Dia macam hampa bila kita tak cakap 'keep the change' untuk baki ₹400 tu.

Kisah air Coke di airport

India is a foodie's paradise

Lastly,memang tak sahlah kalau tak mention pasal makanan di India.Sepanjang di Bangalore ni,kami memang cukup teruja dapat menikmati Indian cuisine yang lazat-lazat...sampai sekarang masih teringat-ingat.😋😋

Garlic naan & mutton rogan josh

Chicken plum

Mutton kadai

Bamboo biryani

Masala dosa 

Okla,cukup dulu intro..nanti kita sambung cerita pengembaraan kami di bumi Bangalore ni..



2 comments: