Sunday 25 June 2023

SEPANJANG JALAN KENANGAN - COMMERCIAL STREET,BRIGADE ROAD & MG ROAD


Malam pertama di The Porch Inn Hotel/Service Apartment..kami tidur lena kerana kepenatan... subuh masuk jam 4.34 pagi..sunrise jam 5.53.

Lalbagh Botanical Garden

Pukul 6 pagi dah terang-benderang.Kami berdua jalan kaki ke Lalbagh Botanical Garden,dekat je dalam 1.5km dari hotel.Anak-anak tak nak ikut sebab masih penat.Walking from hotel to garden was not a pleasurable experience..roads are dirty and not safe with broken pavement.Nasib baik budak-budak tak join..hu hu.

But this garden is beautiful..ada vibe Taman Tasik Taiping which we visited recently.

Camera tak dibenarkan bawak masuk,kecuali camera hp.Selepas berjaya yakinkan guard tu yang kami takkan ambik gamba guna camera- akhirnya dia kasi kami masuk.Nasib baik tak mintak duit kopiπŸ™ˆ

The monumental white silk cotton trees of Lalbagh Garden

The famous glasshouse

200 year old garden

Sepatutnya ada entrance fee..tapi kami masuk free je.Tak taula kalau silap entrance.We just follow locals..

Breakfast at hotel

Porch Inn Hotel ni ada provide complimentary breakfast.Kita boleh order apa je (unlimited) menu breakfast dia.Staff akan hantar ke bilik,hotel takde designated dining area.

Puri bhaji,masala dosa & bread omelette (Puri tu tak kembang sebab Room Service depa wrap dengan Plastic for Personel Hygeine).

Bread omelette-very nice

Ola app

Pagi ni,saya berjaya install Ola app.Dari malam tadi kami cuba install tapi tak dapat sebab tak receive no OTP melalui SMS (OTP hanya akan dihantar ke nombor fon India)Kami tak tukar ke simcard India- (kami activate kan Celcom roaming je- RM58 untuk seminggu.

Saya cuba option whatsApp call untuk dapatkan no OTP.It worked!Alhamdulillah.

Exploring city

Hari ni kami decide nak bawak anak-anak jalan-jalan ke tempat-tempat yang selalu kami ziarah each time turun ke Bangalore.Dari hotel,kami panggil cab untuk bawa ke Commercial Street- easy,efficient & hassle free guna Ola app ni.

Commercial Street

When it comes to shopping on a budget,everyone heads to Commercial Street,Bangalore.

Kami sampai di Commstreet pukul 9.30 pagi,most kedai tak bukak lagi.




In one frame with Inspector Sahaab

 


 



Auto scammer

Honestly,we felt very safe sepanjang jalan-jalan kat Bangalore.No public stare,no one thought we were unusual in any way.Cuma maybe sebab kami takde specific plan & just enjoying the walk,it may looked like we were wandering around aimlessly.Hence a couple of πŸ›ΊπŸ›ΊπŸ›Ί riders approached us & offered nak bawak kita gi tempat shopping...with a rate of ₹10-₹20/ride!Tak masuk akal langsung..naik auto tak sampai RM2..The offer is just too good to be true.

Actually,modus operandinya,mereka akan bawak ke kedai-kedai tertentu (selalunya kedai diorang sendiri) & kat sana diorang akan paksa kita beli.

Apa-apa pun,jangan terlalu takut.Kat negara mana pun,ada orang jahat & ada orang baik.Kena sentiasa beringat and take safety precautions.


Masjid Juma

Road to The Famous MG Road~Depan tu Anil Kumble Extension( Legendary India Leg Spinner) sebelah kanan menuju ke Chinnaswammy Stadium.

Nice walk..lots of shades..weather 26 degrees

Kekacang jalanan..


Fresh plums & mangoes

We refrained ourselves from eating street food..takut food poisoning.
Zaman belajar dulu lain,imuniti kuat..mungkin sebab dah biasa, Tapi puri tu memang kembang betul.

This is Brigade Road-Where all The Branded and Non Branded Goods available.(Next to MG Road)

Setiap kali bercuti ke luar negara,we will buy something from supermarket or groceries store as doorgift...don't limit yourself buying at souvenir stores only.

Precious find

Lunch at Imperial Restaurants

Salah satu cawangan Imperial Restaurant

Restaurant ni memang legend,dah lama..dah ada sebelum zaman kitorang study kat India lagi.Banyak cawangan dia through out Bangalore.Yang pasti ianya halal and sedap πŸ˜‹πŸ˜‹

Kadai Mutton
Chicken 65

MG Road

Filled with big brand show rooms and high end boutiques,MG Road really is for window shopping most of the time.

 

 

Sekarang dah ada 'Namma Metro' a.k.a Bengaluru Metro - rapid transit system serving city of Bangalore.Dulu-dulu takde..

 


Tapi tak sempat cuba naik Metro ni

 

We're happy to see our favourite bookstore, Higginbothams still exists!

The oldest surviving bookstore in India


Since 1844!

Kepenatan melayan abah & mama


Towards the evening,kami pon dah rasa letih and decided to go back to hotel.

After having good rest,kitorang decide nak gi Cubbon Park  petang tu (another famous park kat Bangalore selain dari Lalbagh).Tapi semua cab yang kami book,cancelled our booking.Rupa-rupanya ada jammed teruk kat jalan nak masuk ke hotel kami.

Takpa..takde rezeki.So,malamnya kami dinner kat dalam bilik je,order makanan hotel (Kami verified dari receptionist & chef hotel,both are muslim themselves yang ayam supplied adalah halal cut.)

Egg fried rice,Schezwan fried rice,french fries & chicken Manchurian
Paling kiri..menu breakfast-boleh pilih,free je..unlimited order
Menu yg lain- kena bayar,Harga berpatutan.Rasa sedap 

 

Syukur..dipermudahkan urusan hari kedua ..






2 comments:

  1. Terbaik... Rasa macam nk pi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi lah Dr...pi Jumaat balik Isnin...makan makan...
      By the way ,sapa ni ya

      Delete