![]() |
| Golkonda Fort |
16th Jan,2026
Arrival
Alhamdulillah,pada 16 Januari,2026 jam 2002H (local time),kami telah selamat mendarat di Rajiv Gandhi International Airport,Hyderabad.Suhu pada waktu tu 21 degree.
Custom clearing settled dalam masa 40 minit sahaja.Kami fly tanpa checked in luggage,so tak perlu pegi kat tuntutan bagasi.Walau pon kami dah upload e-Visa kat website Air Asia masa kat KLIA,kastam masih mintak hard copy visa (mujur kami dah print siap-siap).
Salah satu sebab kami ke India this year, visa eTourist free sampai hujung tahun ni.Tetap kena apply visa online,cuma tak perlu bayar.Sampai kat airport,semua visitors kena isi e-Arrival form (just scan QR code).
Airport Transfer
Dari Hyderabad airport ke penginapan kami di Banjara Hills (31 km away),ada 3 options yang kami consider
ii) Uber - ₹700-₹900,paling murah.Tapi kena jalan ke official Uber pick up area (luar terminal).
iii) Prepaid airport taxi - ₹900 - ₹1200.
![]() |
| Kaunter teksi airport |
Hotel Grand Continent Premier,Banjara Hills
Kawasan ni agak strategik sebab dekat dan easily accessible to tourist attractions dan shopping malls.Kawasan elit dan tenang.Kami book 1 bilik untuk 2 pax dan add katil extra (diorang takde bilik triple).
![]() |
| Kelam je lobby hotel dia..hu hu |
17th Jan,2026
Breakfast provided by hotel.
Ada option non veg.Alhamdulillah..di antara menunya..
![]() |
| Bonda - deep fried snack,lebih kurang cekodok lah |
![]() |
| Puri bhaji |
Golkonda Fort
Selepas breakfast kami naik Uber (kereta) ke Golkonda Fort iaitu kubu pertahanan empayar Qutb Shahi,juga merupakan pusat berlian yang terkenal suatu masa dulu.
Tak jauh,30 mins ride je.Better datang pagi-pagi..sebelum crowded.Pukul 9 pagi dah buka..
![]() |
| Beg-beg akan diperiksa oleh security |
![]() |
Boleh scan & pay (kami takde aplikasi local).So,kami bayar kat kaunter je![]() |
Golkonda Fort ni asalnya adalah small muddy fort,diasaskan oleh Empayar (Hindu) Kakatiya.
Apabila Empayar (Islam) Qutb Shahi mengambil alih kuasa,Sultan Quli Qutb Ul-Mulk telah meluaskan Golkonda Fort secara besar-besaran & memodenkannya.
Kubu upgraded dari kubu lumpur ke kubu dan benteng batu-batu granite.
![]() |
| Besar kan Golkonda Fort?Nampak betapa keciknya manusia kat bottom left gambar |
Golkonda Fort ni berlapis-lapis,bukan satu tingkat je
![]() |
| Bala Hissar Darwaza = pintu gerbang utama ke puncak Golkonda Fort |
Kawasan Bala Hissar
![]() |
| Lengkungan batu tebal (stone arches) menunjukkan senibina pertahanan Deccan - Islamic |
![]() |
| Lorong berbumbung batu = lorong laluan dalaman kubu / bilik pengawal |
Ada 8 pintu utama dan puluhan benteng.
Setiap lapisan ada pintu,lorong sempit dan kill zones (sudut membunuh).Direka supaya musuh terperangkap dan penat sebelum sampai ke atas.
![]() |
| Kawasan elit kubu |
Pada zaman tu diorang dah ada sistem pengairan yang moden - air dari tasik luar dialirkan ke kolam,istana dan dapur melalui graviti dan saluran bawah tanah.Jadi,fort boleh bertahan lama tanpa bekalan luar.
Bayangkan..sistem akustik yang canggih di mana bunyi tepukan di Fateh Darwaza (pintu utama) boleh didengar di Bala Hissar (puncak bukit) hampir 1 km jauhnya.Istana tau kedatangan musuh dalam beberapa saat je.Hebat👍
Lebih kurang sejam jugakla kami kat Golkonda Fort.Kami hiked 3/4 je,tak sampai ke puncak.Mendaki tu takde masalah,takut masa turun nanti..sebab anak- anak tangga kecik dan curam.Takde pemegang pulak tu.
Bimbang injured kaki ke camna..sebab baru first day.
Pastu,kami naik Uber (kereta) ke Charminar.Hati-hati nak pilih jenis kereta,selalunya yang murah tu Non-AC (takde air cond).Tak la bermakna kereta tu tak equipped dengan aircond..tapi aircond nya di OFF kalau kita pilih Non AC.Lawak betul😄
Charminar
Merupakan ikon utama Hyderabad.Char = empat,minar = menara.Dibina oleh Sultan Muhammad Quli Qutb Shah pada tahun 1591.
![]() |
| Di atas ada masjid kecil yang digunakan sebagai ruang solat |
Beginilah suasana di Charminar...sesak tapi meriah dengan manusia - pembeli,pelawat dan penjual-penjual...trafik bersimpang-siur ..bunyi honk non-stop dan pelbagai aroma!
Hyderabab dikenal sebagai City of Pearl..banyak peniaga jual pearls kat sini.Tapi,kami tak beli sebab tak tau nak beza pearl ori atau fake..
![]() |
| Pelbagai jenis bangles ada.. |
![]() |
| Hand made glass bangles..dibakar atas bara |
![]() |
| Buah mulberry |
![]() |
| They work hard to earn a living |
Bagi first timer ke India,kat sini anda mungkin akan experience culture shock!Pelancong yang biasa dengan suasana teratur mudah rasa stressed..
This is India....kami dah ingatkan anak yang trip kali ni adalah 360° berbeza dari trip ke Jepun.Datang dengan mindset terbuka untuk cari pengalaman..walk slowly,observe..and enjoy the process.Alhamdulillah,she coped amazingly.
Apa-apa pun,sentiasa be mindful dengan keadaan sekitar..safety first,di mana pun kita pergi.
![]() |
| India is not that scary,one needs to be prepared with knowledge,understand their culture and not be influenced by negative narration |
Kami stop kat kedai bakery legend,Nimrah Bakery..untuk merasa Biskut Osmania & teh Irani
('Irani' chai kerana teh ini berasal dari pedagang-pedagang Persia (now Iran) yang datang ke Hyderabad beberapa abad lalu dan membuka cafe style Iran di Hyderabad.Sultan yang memerintah Hyderabad (Dinasti Qutb) juga berasal dari wilayah Persia.
![]() |
| Cable letrik yang berselirat,pemandangan biasa.Pernah tengok kat Indonesia jugak |
Keadaan bakery sangat sesak..so,kita hantar abah je ke dalam untuk battle..
Mula-mula ambik dan bayar Irani chai.
Irani chai ni taste dia lain dari regular Indian chai..susu dididihkan separately for hours sampai pekat berkrim,tea is brewed separately.Milk and tea are mixed only at time of serving.
Kemudian ambik biskut kat kaunter depan dan bayar.
![]() |
| Takde siapa beratur sini..bolos saja! |
Dalam kesesakan tu,tanpa disedari camera abah melorot ke bawah dan jatuh ke lantai.Alhamdulillah,ada hamba Allah yang baik dan datang pulangkan.Syukur...
![]() |
| Mission accomplised.. |
![]() |
| Cawan comel |
Kebanyakan cawan kat India kecik-kecik saja..sekitar 80-100 ml.Dulu masa mula-mula sampai kat India 30 years ago,pelik jugak.Katanya air teh atau kopi dalam cawan kecik ni cepat sejuk.Lagi pun diorang ni kalau buat air panas memang guna air yang panas menggelegak,boleh melecur kalau tak hati-hati.
Teringat arwah ayah yang culture shock (and tak puas hati🤣) tengok cawan teh kecik sangat.Dia dok compare dengan teh tarik gelas besar kat Malaysia!Al-fatihah untuk beliau..
Dah penat dan lapar ni..jom pekena biryani pulak.Tunggu next episode!🕺💃













.jpg)





















