Thursday, 13 February 2025

TRIP TO DESARU 2025 - LOTUS DESARU 3H2M

Breakfast di Lotus Desaru

Semasa cuti semester  anak-anak baru-baru ni,kami sempat 'lari' kejap ke selatan tanahair untuk berehat bersama 2 orang anak (#3 & #4).Plan asalnya nak bercuti ke luar negara..tapi dek kerana masa yang suntuk dan ada beberapa event keluarga yang tak dapat dielakkan,maka kami decide untuk bercuti ke Desaru sahaja

Last trip ke Desaru adalah 2 tahun lepas.Trip 3 beranak bersama anak #3.Masa tu maybe dia agak bosan jugak sebab sorang..kali ni ada adik meneman.Hopefully,both did enjoy this trip.

Sebelum memulakan perjalanan,kami breakfast dulu kat Restoren Saravanna di Bukit Beruang,nanti nak exit melalui tol Air Keroh.Kami ni regular customer restoren ni yang terletak kat Little India Melaka.Branch kat Bukit Beruang ni baru beroperasi dalam setahun.

Tosai masala

Paper tosai

Perjalanan ke Desaru agak lancar awalnya.Tapi menjelang tengahari,trafik semakin sesak dan perlahan - maklumlah weekend cuti sekolah.Dah lama kami tak bercuti waktu cuti sekolah- seboleh-bolehnya kami cuba elak,tapi kali ni timing cuti semester U clash pulak dengan cuti sekolah.

Waze suruh exit melalui Kota Tinggi untuk avoid jam.By tengahari,kami sampai ke Jason Bay Beach,Tanjung Sedili untuk lunch.

Lunch - kami order 3 nasi goreng & mee goreng mamak..dan semestinya yang popular kat sini..goreng2 tepungnya.Kali ni,kami try makan restoren lain dari yang 2 tahun lepas.

Sotong & ikan tertimbus dengan tepung

Pantainya cantik dan bersih..cuma ombak laut agak besar dan bergelora.

Lepas lunch,kami teruskan perjalanan ke Lotus Desaru Beach Resort & Spa,yang terletak dalam 40 km dari Jason Bay Beach.

Berbeza dengan percutian tahun 2023,kali ni ramai betul orang yang datang bercuti ke sini.Tempat parking kereta almost penuh..lobi hotel pun sesak,ada banyak family day and company event sedang berlangsung.

Masih vibe raya CNY

Luckily,waiting time untuk check in tak lama sangat (kena ambik nombor giliran).Kali ni ada lebih ramai local staff yang bertugas di kaunter lobi...and they are quite efficient.

Dapat parking depan blok E (dari bilik boleh nampak kereta di bawah)


Kami book 1 two-bedroom junior suite.Okla..sebab ada 2 bedrooms & 2 bathrooms (ni sangat penting - payah sikit kalau 4 orang nak share 1 bathroom).Ada shared living/dining area.

Master bedroom

2nd bedroom



Ada kettle & microwave..tak boleh memasak

Antara fasiliti yang ada kat resort ni.

Yang paling utama,mestilah theme park dia.Complimentary admission kalau menginap kat sini.Kemudian kami dapat tau,rupanya orang luar pun boleh datang main kat theme park ni..cuma kena bayar RM20 untuk kanak-kanak & RM42 untuk dewasa.(still much cheaper than Desaru Coast Adventure Waterpark)

No wonder lah luar biasa crowds kat theme park ni..

Bak pesta air..

Mak bapak setia di bawah.. menunggu anak sliding

So,kami beralih ke swimming pool yang agak tersorok kat blok M.Aman sikit..

Actually,ada lagi swimming pool yang lebih besar dan tak ramai orang...cuma jauh sikit dari blok-blok penginapan.Pool ni kat sebelah gym & Teratai Cafe.

Ada Taman Burung mini.

New attraction - mini golf,18 holes.Harga RM35 untuk dewasa & RM20 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Credit- Google pic

Karaoke - ada 2 bilik.Harga RM100/jam😜

Makan-makan di Desaru

Lunch di Rojak Mak Rose,Medan Selera Bandar Penawar

Katanya ni best rojak kat Bandar Penawar...kedai ni dah beroperasi sejak tahun 1999.Kami ke sini sebab nak melawat sedara..iaitu owner kedai ni 😊.

Tapi,tak banyak kedai-kedai makan kat Medan Selera ni,mostly tutup.

Anak-anak makan nasi ayam dari kedai lain

Mengopi di Kaffelbeit,Taman Sri Penawar

Salah satu cafe yang viral di social media.Kami cuma pegi minum Cafe Latte & makan croffle je sebab masih kenyang makan kat Medan Selera Bandar Penawar.So,tak dapat nak review pasal menu di cafe ni.

Croffle with Nutella sauce & Biscoff crumbs toppings

Cafe cantik & aesthetic,parking senang.Cuma servis agak slow walaupon kami cuma order minuman & croffle.Staff insisted order disediakan ikut nombor giliran.Maka kami kena tunggu customer-customer lain dapat order main meal dulu.

Satu lagi yang agak mengejutkan,bila cashier nak punch in order- dia akan tanya ada anak main kat play area tak?1 anak dicaj RM2 & setiap anak diwajibkan memakai setokin.Kalau tak pakai setokin kena beli yang disediakan dengan harga RM2 sepasang.

Play area for kids

Disposable stockings RM2/pair

Actually,benda tu tak relatable to us memandangkan anak-anak kami dah besar panjang.Dan RM2 je pon.Cuma,pada pendapat kami,that play area should be complimentary to anak-anak customers yang dine in.Parents dah tentulah akan bayar sebab tak sampai hati suruh anak stop bermain.

Lagi satu nak cadangkan supaya pihak cafe sediakan menu book atau QR menu yang boleh discan di meja.Supaya tak perlulah customer nak beratur panjang di kaunter untuk order.Ada yang  ambik masa lama nak decide apa nak order once sampai kat kaunter.Ini meresahkan customer lain yang tengah queue.

Dinner di SDS Bakery & Cafe

Kedai ni terletak di Taman Desaru Utama,Bandar Penawar,cuma 4.3 km dari Lotus Desaru

First night,kami makan malam di sini memandangkan restoren-restoren seafood dan kedai-kedai tomyam semuanya full house!Penangan cuti sekolah..

Dinner di Nur Erfan Seafood Restaurant

Dekat je dalam 3 km dari resort.

Malam kedua (Ahad malam Isnin) barulah kami berpeluang makan di sini.Malam sebelumnya nampak penuh...siap bas-bas pon turunkan pelancong-pelancong makan kat sini.

Breakfast di Seaview Restaurant,Lotus Desaru

Ni salah satu yang kami suka kat resort ni,ada complimentary breakfast.

Masa trip last 2 years,kami breakfast kat Teratai Cafe.Tapi,disebabkan ramai yang menginap di sini pada kali ni,mereka bukak Seaview Restaurant sebab lebih besar.

Best makan dengan view macam ni.

Makanan banyak,sedap-sedap dan selalu di top up..

Roti canai dengan kari ayam (padu!)

Ada banyak station makanan yang dibukak untuk melancarkan pengambilan makanan.

Tanjung Balau

Lastly,pada pagi hari terakhir di Lotus Desaru..selepas subuh,abah (sorang) gi visit Tanjung Balau.Pantai Tanjung Balau ni terletak dalam 7 km dari Lotus.

Iconic jetty

Pantai Tanjung Balau ni sebenarnya adalah alternatif kepada Pantai Desaru...pantai ni lebih laid back,kalau nak main air,main layang-layang atau layan sunset.Damai je..takde aktiviti macam jet ski,berkayak atau banana boat.

Berakhirlah percutian santai-santai 3 hari 2 malam kami di Lotus Desaru..



 








1 comment:

  1. Sedap2 nampak semua makanan yang di-order. Best, makan pula tepi laut.

    ReplyDelete