Friday, 20 June 2025

48 HOURS IN KOTA BHARU - EXPLORING GASTRONOMIC TRAIL

The iconic Pasar Siti Khadijah

Bersiaran kembali setelah sekian lama πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Kami baru je balik dari Kota Bharu minggu lepas.Kami ke sana kerana ada urusan family yang penting.Sambil menyelam minum air…jadi kami tak lepaskan peluang untuk menikmati cuisine Pantai Timur πŸ˜‹dalam tempoh 2 hari di sana.

Kami fly dari KLIA2 via AA.Penerbangan 2 x rescheduled.Sepatutnya depart dari KL jam 8.30 pagi…akhirnya tertunda ke jam 3.30 petang.Bertabahlah..😏

DAY 1

1645H Landed at Sultan Ismail Petra Airport.Pick up kereta sewa & check in to Airbnb di D 'Perdana Condo Sri Cemerlang.

Axia - RM200 untuk 2 hari

1845H Visit saudara untuk bertanya khabar.Alhamdulillah kami dijamu dengan juadah makan malam yang sangat sedap - nasi kerabu tumis!


What a better way to start your food adventure..dapat makan local food,homecooked by local people..pastu free pulak.Alhamdulillah syukur.

2120H On the way back to Airbnb,singgah kat Van’s Street Coffee - kedai kopi jalanan.Dekat sangat dari Airbnb - 1.9 km je.


Credit Google

Then hujan turun dengan lebat…dalam sejam jugak kami tersadai kat kedai ni.1 incident yg tak kan terlupa kan - cermin mata tercicir & tak dijumpai sampai ke sudah.Tak pasti sebenarnya jatuh kat mana..maybe kat kedai atau tempat parking kereta.Takpe..ujian kecil 

DAY 2

0900H Breakfast di Lieney Nasi Kerabu Tumis..dekat,cuma 1 km dari Airbnb kami.


Ok..walaupon namanya kedai nasi kerabu,tapi ada menu lain jugak  seperti nasi berlauk,nasi dagang dan nasi lemak.


Nasi dagang

Nasi kerabu daging bakar

Lauk-pauk jangan cakaplah..pagi-pagi dah ada ayam/ daging / kambing bakar…gulai & pelbagai celop tepung.

0940H Drop by Pasar Siti Khadijah

Kami taklah shopping sangat kat sini memandangkan kami fly without checked in luggage..takde ruang untuk barang tambahan.

Rambang mata tengok kain-kain

Kami cuma beli sedikit buah pauh (mangga),serunding dan kekacang.(Keropok dah dapat dari saudara malam sebelumnya).

Sambal daging (serunding)

1100H Kuih Akok Padang Enggang

Dah ramai yang beratur walaupon baru bukak..ada yang membeli sampai RM100++

Misi mencari kuih akok panas yang authentic ..yang dibakar menggunakan sabut kelapa accomplished.Kedai akok di Salor yang famous tu temporarily closed for renovation..sebab tu kami datang ke sini.


Termakbul hajat..

1230H Lunch di Yati Ayam Percik

Ayam percik,daging gulai kawah & kambing bakar


Dah 2-3 kali kami ke kedai ni..next time kena try kedai lain pulak.Kena tanya local kedai ayam percik pilihan diorang..selalunya berbeza.

Balik Airbnb untuk solat dan rehat..kasi makanan turun dulu.

1745H Dinner di Baan Suwarin


Member lama masa belajar kat India datang jemput.Restoren makanan Thai ni memang crowded..tapi menurut member kalau weekend atau cuti sekolah akan lagi sesak..kereta susah nak parking & kena queue panjang just untuk dapat meja.

Udang goreng telur masin

Daging harimau menangis (lupa nak snap gambar),sayur & telur dadar 

Sup ekor...lembut betul

Desert & drink..

Pulut mangga...pulut tu memang top notch,authentic Thai betul

Order mango juice,dapat mango shake..no problem

After makan & borak panjang..balik Airbnb untuk berehat.

Mini reunion..semoga berjumpa lagi

DAY 3 (last day)

0800H Breakfast di Kopitiam Kita

Pagi ni terasa nak makan roti pulak…semalam dari pagi ke malam makan nasi je.Ni kali kedua kami ke sini…maybe pas ni kena try kopitiam lain pulak.


Yang menarik kat sini roti titab pelbagai style dan semua makanan dan kuih muih asli Kelantan ada di sini (under one roof)…dengan harga yang sangat berpatutan (RM3-RM6 /pack),

Roti titab & kopi O

0845H Istana Jahar


Untuk spend time,kami play tourists pagi ni.Jom melawat Istana Jahar yang dibina dalam tahun 1887.Istana ini dikurniakan kepada Sultan Muhammad III.Dinamakan Istana Jahar sempena pokok Jahar yang terdapat di halaman istana.

Istana ni 2 tingkat

Tangga ke tingkat atas


Not bad lah kan…selain isi perut,dapatlah isi ilmu serba sedikit

1200H Check out dari Airbnb & lunch di Restoren Nasi Ulam Cikgu




Walaupon kami bukanlah penggemar tegar ulam-ulaman,tapi kami suka masakan kampung.Makanan di sini sangat reasonable dan banyak pilihan.

Selepas makan,kami solat zohor di Masjid Iktikaf berdekatan dengan airport.

1720H Kami fly back to KLIA2 πŸ‘‹

Demikian serba sedikit #triplakibini ke KB.Alhamdulillah..trip ni dipermudahkan Allah..

















No comments:

Post a Comment