Tuesday, 20 January 2026

A CAP THROWN HIGH: CELEBRATING OUR DAUGHTER'S CONVOCATION DAY -9th December,2025

She did it!

Convo Day!

Alhamdulillah,selepas pulang dari trip ke Jepun,kami telah berkesempatan untuk merayakan hari konvokesyen anak ketiga kami pada bulan Disember,2025.

Ni adalah post tertangguh,bagi memberi laluan kepada trip ke Jepun.

Kami stay di airbnb di KL East Mall sehari sebelum hari konvokesyen,jaraknya cuma 7 km dari U.Ini penting untuk mengelakkan kelewatan pada hari konvo,takut jammed..kalau stay jauh-jauh susah pula.

As usual,seat dalam dewan hanya membenarkan 2 tetamu - abah dan mama.Anak-anak yang lain akan join kat luar dewan nanti.

Seramai 100 orang graduan tamat pengajian sebagai Bachelor of Human Sciences - English Language and Literature (Honours).Graduan lelaki hanya 15 orang,manakala graduan perempuan 85 orang..hu hu.

Our proud moment..

Few snaps around U..sama je tempat macam kakak dia 


Sokongan dari adik-beradik tu penting!

Alhamdulillah,cukup korum.Kali ni ada cameo..1st appearance by menantu lelaki dan si cilik,cucu sulong kami👶

A day of pride,joy & achievement

Lepas tu,kami semua lunch di Soi 55 Thai Kitchen di Taman Melati,KL.Sedap..

Pre convo photoshoot at Astaka Morocco,Putrajaya on 30th November,2025

Yang ni,dia gi photoshoot dengan kawan-kawan..baru balik dari Jepun.Jet lag pun belum hilang🤣

Caps,gowns and countless memories


Pre convo photoshoot at studio in Melaka on 6th December,2025

Pada weekend sebelum actual konvo,kami ada buat Pre-Convo photoshoot..di Melaka je.First time shoot indoor,dalam studio.Untuk abangnya,kami buat outdoor di Jonker Street dan kakaknya di Botanical Garden,KL.Lagi pun,ada baby..takut dia meragam pulak panas-panas.

Few snaps from pre convo shoots..




Teruslah mengejar impian dan jadilah insan yang memberi kebaikan kepada orang lain..Aminnn.

From First Steps to Graduation Steps

1 comment: