1st family trip cukup korum - dengan semua anak-anak & menantu |
Syukur kami telah berjaya merancang percutian dengan kehadiran ahli keluarga yang lengkap.Kali ni kami gi bercuti ke Janda Baik & Lenggeng,Negeri Sembilan.Ni kali ketiga kami ke Janda Baik - sebelum tu kami stay kat Happy Paradise pada tahun 2018 dan Zaini Guest House pada tahun 2014.
All of us bertolak dari Melaka..pas tu kami pick up anak #3 dari kolej di Gombak on the way.
First stop..kami lajak ke atas sikit untuk lunch kat Lemang To'ki,Bentong - our favourite place.
Ramai betul orang,as always...the following weekend dah cuti sekolah,mestilah lagi ramai nanti.
As usual,lemang,rendang dan ayam bakar cicah air asamnya tidak mengecewakan.. |
Kenyang...happy! |
Pas tu kami bergerak ke Janda Baik.Oleh kerana belum masa untuk check in...kita singgah dulu kat Kopi Ladang,Janda Baik untuk mengopi.
Sedap betul ice cream Malaysia perisa caramel ni |
Kopi Ladang special..rasa kopi kampung yang kaw kaw |
Kat sini takde makanan yang heavy-heavy.Lebih pada snacks -western and traditional.Kami dok kat tingkat atas sebab kat bawah dah penuh.
Tibalah masa untuk check in ke resort milik Aliff Syukri iaitu Sugeh Hills Resort.Awalnya,kami ingat harga bilik-bilik di resort ni mahal..ye lah kan,sebab Aliff Syukri punya branding...rupa-rupanya sangat affordable.
Anak sulong dan wife pernah menginap kat sini sebelum ni...jadi dia yang rekemen tempat ni kat kami.
Check in di kaunter,dia bagi kunci dan remote control TV |
Kami book 2 rumah,sebelah menyebelah.Rumah Belalai Gajah untuk abah,mama & anak-anak perempuan..dan rumah Semalu untuk anak sulong dan wife.
Kat depan Belalai Gajah..
Ada balkoni |
Dalamnya..
Bilik tidur utama |
Bilik tidur kedua |
Petangnya,kami ke sungai yang ada dalam Sugeh Hills Resort sendiri.Port yang kami pegi-air agak deras dan kurang sesuai untuk kanak-kanak kecil.Tapi sebenarnya,tak jauh dari situ,ada kawasan landai yang selamat untuk mandi-manda.
Ni yang kami sangat suka dengan Janda Baik - alam semulajadinya masih terpelihara terutama sungai-sungainya...memang best!We would always choose Janda Baik over Bukit Tinggi or Genting..
Dari kejauhan...sayup-sayup terlihat sosok seseorang berbaju merah...
Let's zoom in...
ha ha..abah tengah membidik lensa..capturing the beauty of river...dan aksi isteri & anak-anak..
Habis berendam kat sungai,pindah ke swimming pool pulak..
Malamnya acara kemuncak...barbeque 🔥🔥Barang-barang mentah kami beli kat Wangsa Walk Mall selepas jemput anak di Gombak.Tapi,kat kampung Janda Baik ni ada je beberapa kedai yang menjual ayam,ikan & seafood...cuma harganya kami tak sure macam mana..
Lama gak nak menghidupkan api...berpeluh-peluh abah & si abang mengipas...
Kemudiannya diselamatkan oleh portable mini fan adik bongsu! |
Yeayyyy...alhamdulillah! |
Dinner malam ni..berbaloi!
Malamnya kami tidur lena...takde nyamuk..tapi banyak kelkatu..maklumlah musim hujan.
Pagi esok,mama dan abah keluar untuk breakfast berdua (anak-anak biasalah..lebih prefer tido).Kami singgah ke Pulau Santap.
Masa kecik-kecik,anak-anak mandi kat sini |
Infrastruktur bertambah baik..dengan pondok-pondok untuk disewa..
Lepas tu kami singgah sarapan kat D' Chemperoh Corner
On the way back to Sugeh..we spotted a place that looks sooo familiar.Rupanya Zaini Guest House yang kami penah stay 11 tahun yang lalu..
Now rebranded as Jungle Zen..
Titian yang sama..merentasi sungai ke ZGH |
It reminds us of our humbled years.Pondok kecik tu kami sewa dengan harga RM30 je,sedekad yg lalu
Back to SHR...jom ronda-ronda kat dalam..Istimewanya,ruang bawah ni ada pangkin untuk lepak-lepak & makan-makan
|
No comments:
Post a Comment