Saturday, 8 July 2023

GOODBYE INDIA..FOR NOW!

Vidhana Soudha

Bangalore Palace

Esok adalah hari terakhir di bumi Bangalore,kami pon tak tau nak jalan-jalan ke mana lagi.Pastu teringat,eh tak bergambar kat Vidhana Soudha lagi..ni kira bangunan ikonik Bangalore.Macam tourist datang Malaysia..singgah KL..wajibla ambik gambar kat Petronas Twin Tower.

Jadi,kita set Ola utuk panggil cab ke sana.Kami dapat driver Navaneethan,yang sangat friendly,quite talkative and can speak descent English.Kami deal dengan dia,mintak bawak kami pusing-pusing bandar Bangalore.Alhamdulillah,he charged us very reasonable price...memang perancangan Allah - kami jumpa driver ni on 2nd last day.

So..here's our quick tour around Bangalore

The State Library (Sir Seshadri Iyer Memorial Library)

Library ni berusia lebih 100 tahun.Terletak dalam Cubbon Park.

Dikatakan terdapat 3 juta lebih buku kat dalam ni.

This is a referance library..so,jangan expect gi sana nak pinjam buku pulak..ha ha

Vidhana Soudha

Vidhana Soudha means Legislative House.Popularly known as Taj Mahal of South India.Senang citer,ni adalah bangunan kerajaan yang grand kat Karnataka.

Statue Mahatma Gandhi boleh dilihat di merata-rata di Bangalore ni

Yang ni dipanggil Mini Vidhana Soudha

Yang ni dipanggil Grand Vidhana Soudha (info dari our drebar a.k.a pemandu pelancong of the day)




PM Jawaharlal Nehru letakkan batu asas pada tahun 1951.Bangunan ni mengambil masa 4 tahun untuk disiapkan,menggunakan tenaga kerja 1500 sculptors (pengukir) dan 5000 orang banduan.

Selesai pembinaan,banduan-banduan tu diberi pembebasan..al kisahnya.

Statue of Dr B.R AmBedkar,1st Minister of Law ketika pemerintahan PM Jawaharlal Nehru

Attara Kacheri

Dikenali juga sebagai High Court of Karnataka.Bangunan berwarna merah ni betul-betul berhadapan jalan dengan Vidhana Soudha.Dibina pada tahun 1864...dah lebih 100 tahun bangunan ni.

Ni dari sisi bangunan...tak dapat capture  dari depan.Ni pon polis tak bagi turun ambik gambar

Cubon Park

Tak masuk..

Keadaan traffic..

Okla tu..✌

Bangalore Palace


Merupakan kediaman peribadi keluarga di raja Wadiyar (ruler of Mysore Kingdom),bangunan ni diinspirasi dari Windsor Castle di United Kingdom.Asalnya,property ni milik Reverend J.Garret,school principal - yang kemudiannya dijual kepada British Guardians of Maharaja Chamarajendra Wadiyar dengan harga ₹40,000.


Kali ni kami tak masuk ke dalam palace.Entrance fee untuk adult - local ₹230/pax & foreigner ₹460/pax (4 x ganda harga tiket Mysore Palace).Mahal sangat..



So,ambik gambar dari luar je..

Jadi lah..

UB Mall

Lepas dah jalan-jalan visit all the touristy places,kami mintak Navaneethan dropped kami ke UB Mall.

Sebelum tu,kita bagi rating baek punya kat driver nih..

UB Mall is the only luxury mall with a portion dedicated to over 40 international retailers.

Luar mall

Oh ya..most malls kat Bangalore ada scan beg kat entrance..dah macam kastam pulak check

Besar mall ni

Ada banyak restaurants..food court dia serves Indian,Italian,Mexican,Thai and continental dishes.Okla..after 4 days of overdosed Indian food,boleh dah beralih arah ke citarasa lain pulak (Masa ni dah mula rindu makanan Malaysia dah..he he)

Hasil tangkapan

Foodcourt kat  tingkat atas sekali

Kami tanya beberapa eateries kat foodcourt - tentang kehalalan makanan yang diorang serve.Kedai Wow Chicken,Kedai Sizzlers, Naga's (Cuisine of Andhra & Hyderabad ) & Tiger Thai - semuanya ada halal certificate.Jadi jangan risau nak dapatkan makanan halalan thaiyiban - even kat mall pon tak susah. 


Puri tu kembang & gebu betul.Tapi,cukuplah Indian food buat masa ni..

Kami dah mabuk biryani..hold on dulu


Mama & abah 

Fried rice & chicken chop sizzling...kongsi dengan kakak

Leaving India

Next day,Ranjith- the hotel driver took us to airport.


Syukriya Ranjith!

Sebelum fly..santapan terakhir di bumi India..Mysore Masala Dosa..buat kesekian kalinya😋😋



Syukur sangat kerana misi kami kembali melawat Bangalore dah jadi kenyataan..walaupon perancangan dibuat dalam masa sebulan sahaja.Terima kasih ya Allah.Semoga ada rezeki kami ke sini lagi,insya Allah




No comments:

Post a Comment