Monday 3 July 2023

HARI PALING SANTAI DI BANGALORE

Traffic..as viewed from hotel above

Hari keempat di Bangalore.

Apa berita hari ni??

Actually,bila kami plan untuk datang bercuti ke Bangalore,kami takde pon complete itinerary untuk 6 hari di sini.Cuma ada few checklists - places to visit & what to eat.As WHERE to eat,we did a reseach & listed 23 halal eateries in Bangalore..and guess what?We didn't go to ANY of that 23 listed places..sebab last2 kami gi makan kat tempat-tempat suggested by locals...atau kedai-kedai makan yang kami terjumpa incidentally..which turned out very delicious & murah.So,jangan risau pasal makanan halal kat sini..banyak dan mudah nak dapat.

Complimentary hotel breakfast at room - aloo paratha,puri bhaji,masala dosa,
bread omelette & egg Maggi noodle

Hari ni kami plan nak repeat Commercial Street & MG Road..masa pegi on 2nd day ari tu,kami datang awal pagi-kedai pon tak bukak lagi.Lebih banyak window shopping dari actual shopping.

Garuda Mall

Jadi kami decide untuk pergi ke Garuda Mall dulu.This mall is one of the oldest & biggest mall in Bangalore.Personally,kami suka mall ni.Walaupun besar,5 tingkat - tapi tak crowded sangat

Percubaan mengeluarkan duit melalui ATM tak berjaya..ntah mana silapnya.
Maybe tak familiar dengan instruction


Mall ni ada grocery store..tempat favourite mama

Cineplex pon ado

Tapi takde citer hindustan.Ada cerita Malayalam tajuk 'Kerala Girls'..cerita berat,tak naklah

Commercial Street & MG Road

Lunch - McD

Sebabkan dah tengahari,kami lunch dulu kat McD.McD kat India particularly in Bangalore- adalah halal (This was as of June 2023).Boleh check halal certification & verify with their staff.Sebenarnya ni kali kedua kami makan McD di Bangalore.First time,kami makan on 1st day kat Forum Mall.

Ayam goreng cuma ada spicy & super spicy..takde originals.Takde sos cili.. lagi ngam makan dengan sos tomato sebab ayam dah pedas 
 
Chicken burger..
Mind you..takde beef burger kat India..

Jalan-jalan...shopping sikit-sikit

We realized that as we travel more,we shop less now.

Bole chudiyan bole kangana (the bangles are saying,the bracelets are saying)..

Mission accomplished!

Menunggu cab..dah penat berjalan dah masa ni

Dinner at Savoury Restaurant

Petangnya,kami pulang awal ke hotel.Malamnya,kami plan nak repeat makan kat Savoury Restaurant.Terbayang-bayang kesedapan masakan pada hari pertama kami sampai ke Bangalore.

Hujan lebat & banjir kilat depan hotel masa kami nak keluar dinner.Namun misi tetap diteruskan

Tapi tu lah - waze dah bawak kami ke cawangan Savoury Restaurant yang lain pulak.Tapi takpe lah..food was equally delicious

Mutton bamboo biryani,Hyderabad chicken biryani & mutton rogan josh (yg ni repeat)



Shawarma

Sugar coated mukhwas (after meal breath freshener)..biasanya dari buah pelaga atau jintan manis

Lepas makan..sila basuh tangan dengan air suam & hirisan lemon.Teringat masa mula-mula sampai ke Madras 30 tahun dulu,ada member yang teguk air ni..ha ha

One of the few moments that we will cherish forever...bamboo biryani



Alhamdulillah..2 more days to go.



No comments:

Post a Comment