Salam...trip ke Bandung sampai juga ke penghujung.Hari ni...last day kami di sini..
Overall,memang kami enjoy kerana dapat menikmati percutian anti-mainstream di Bandung.Maksudnya,dapat pergi ke
off-the-beaten tracks di sini,bukan sekadar tempat-tempat yang selalu ada dalam itinerary.
Walau bagai mana pun,perancangan Allah yang menentukan segalanya.Seorang demi seorang anak-anak kami dijangkiti food poisoning,ntah mana silapnya..Jadi,di penghujung percutian masing-masing macam dah takde mood dan tak berdaya..
Last day ni..we tried to accomodate everyone's need according to the best.Ya lah,orang tak sihat..
Layan gambar saje...
 |
Hari ni breakfast nasi goreng pula...okla rasanya
 |
Bergambar kenangan dengan manager Scarlet Dago Pakar (3 dari kanan) dan Pocen si supir (paling kanan)
|
|
Singgah membeli ole-ole di Amanda Bakery.Kartika tak pergi..
 |
Tenkiu anak-anak kerana bersabar.. |
Pas tu singgah di Paris Van Java untuk berehat...sebab ada aircond..Dah takde kudrat (dan ongkos jugak) untuk jalan-jalan dan bershopping.
 |
A mall with a mixture indoor & outdoor theme
 |
Budak-budak request nak tengok wayang sambil berehat-rehat dalam panggung.Ok,setttt..
 |
All three levels ada panggung...maybe more...sebab kami tak explore all the floors |
Beli tiket tengok movie Geostorm.
 |
Jom tengok Geostorm.. |
Tiket datang dengan pakej makanan lah pulak.Bukan setakat soft drinks and popcorn.Masuk dengan french fries dan popcorn chicken.Siap dengan sos tu..dan delivered to us ke dalam panggung!
 |
Popcorn medium size...bapak besar!Kami order 2..tak abis..sedekah kat geng-geng budak sekolah kat situ
 |
Panggung wayang yang sangat spacious...Dengar cerita ada panggung yang siap ada katil lagi..
Habis nonton,2 of the girls muntah sebanyak-banyaknya.Aduiiii
 |
Tandas yang hipster...eh,kebelet tu hapa? |
Selesai wayang,kami terus ke airport...makan dan solat..sebelum terbang ke tanah air.
 |
Last soldiers down...rebah di pangkuan mama! |
Selamat tinggal Bandung...ada rezeki datang kembali..
No comments:
Post a Comment