Sambungan dari Bandung-Day 2 Part 2
Seperti biasa..awal-awal lagi saya dah bangun.Plan hari ni,nak pergi ke Tebing Keraton bersama supir Mas Jaka.Wife and anak-anak tak nak join...sebab 1.harga tiket masuk sangat mahal 2.kena naik gojek (motor) -dari tempat masuk ke atas tebing-yang dibawa oleh kaum lelaki
Waktu operasi 0900-1700 (daily)
Tiket Rp 11,000/pax .(WNI/warganegara Indonesia) Rp 76,000 (mancanegara/foreigner) Gojek Rp 50,000- 80,000/pax
Pemandangan di atas Tebing Keraton ni dikhabarkan sangat memukau...and spectacular.
Apakan daya kita hanya merancang Allah yang menentukan...Pagi pagi lepas Suboh gerak berdua dengan MasJaka....masuk sahaja pintu Gerbang Tebing Keraton setelah sejam lebih perjalanan..adA kAIN RENTANG....Tebing Keraton ditutup untukkerja kerja penyelenggaraan....huhuhu..sabau ajalah...So tukar plan.....on the way balik ke Hotel singgah Pharmacy untuk beli ubat sikit..untuk anak yang having food poisoningsikit....Alhamdulillah...
0850 AM-CURUG (AIR TERJUN) CIMAHI / AIR TERJUN PELANGI
Tiket Rp 15,000/pax .(WNI/warganegara Indonesia) Rp 25,000 (mancanegara/foreigner)
Dekat sangat air terjun ni dari hotel...lebih kurang 4 km saja.Pintu gerbang dan kaunter tiket pun terletak betul-betul tepi jalan.So,jangan risau...tak perlu masuk ke ceruk hutan pun untuk sampai ke sini.Sebelah pintu masuk tu..ada terminal untuk angkutan-angkutan dan warung-warung makan.
Nama Cimahi ni berasal dari nama sungai yang mengalir di atasnya iaitu Sungai Cimahi.Air terjun setinggi 87meter ni.... berada pada ketinggian 1050 meter dari aras laut.Suhu di sekitar kawasan ni antara 18-22 degree...kira nyaman dan sejuk bila berada kat sini.
Kenapa namanya Air Terjun Pelangi? Karena..menjelang sore hingga malam hari,terdapat fitur lampu hias yang menyala di belakang air terjun...dan cukup indah untuk dinikmati.Gitu dong!
Tempat ni dibuka pada waktu malam sehingga pukul 10...tapi waktu malam,kita tak dibenarkan turun sampai ke bawah...setakat pelantar yang kedua saja.
Kami turun perlahan-lahan...tangga-tangganya berada dalam keadaan baik.
Jumlah anak tangga Curug Cimahi...Credit to nativeindonesia.com |
Kawasannya nampak dijaga dengan baik |
Viewing deck |
Jauh lagi kena turun |
Sambung perjalanan selepas rehat kejap |
Jap...snap gambar dulu sini |
Akhirnya...sampai jugak ke bawah.Subhanallah...cantik sungguh air terjun ni..
Ni lah dia Mas Jaka@supir kami |
Selepas seketika...kita mendaki semula...menuju puncak..
Dah lesu masa ni.. |
Tetap ceria..walau pun tak breakfast pagi ni |
Ok...rehat dulu |
Mission accomplished!Tepuk tangan untuk diri masing-masing..(.turun naik 1000 lebih anak tangga tu!)
Ok,rasanya dah cukuplah kami menjelajah Lembang untuk 2 hari 1/2 ni.Kita bergerak menuju ke bandar Bandung..
Destinasi kami seterusnya...
1130 AM-RESTOREN SEDERHANA
Hari ni lunch di Restoren Sederhana...beralih citarasa dari masakan Sunda ke masakan Padang pula..
1230-MASJID RAYA BANDUNG
Nak ziarah dan solat di Masjid Raya Bandung...
Dataran yang luas depan masjid |
Rumput sintetik |
Panas sangat masa ni.. |
Alun-alun (Dataran) Bandung |
Sebelum masuk masjid,simpan dulu kasut di locker khas.Tak dikenakan bayaran,tapi kita boleh derma seikhlas hati kepada penjaga kasut tu
Dalam masjid...
Selesai solat..kami berjalan menuju ke Jalan Asia-Afrika.
Kawasan ni memang historical...Semua bangunan sepanjang jalan ni dibina oleh koloni Belanda
The first large-scale Asian–African or Afro–Asian Conference—also known as the Bandung Conference(Indonesian: Konferensi Asia-Afrika) —was a meeting of Asian and African states, most of which were newly independent, which took place on April 18–24, 1955 in Bandung, Indonesia.
Highlight of the day....seeing people with costumes / cosplays along the road!Yeszzza..
Choose your fave heroe.. |
Transformers.. |
Hantu penanggal...tapi muka doll tu comel je
|
Ya Allah...selamatkan hambaMu
|
Selepas tu,kami singgah membeli jajanan di Toko Tiga Rasa
Happy dapat free tasting.. |
Dodol dan kacang bandung |
Kami pulang ke hotel untuk segarkan diri....sebelum mengakhiri malam terakhir di Lembang dengan romantik dinner di tengah sawah.Restoren Sapu Lidi.Awesome!
No comments:
Post a Comment