Monday, 21 December 2015

Day 5 New Zealand-WANAKA--MOKE LAKE-PART 1


Wanaka-Puzzling World-Cromwell...



Wanaka Lake..where Ethan Hunt (Tom Cruise of Mission Impossible III) & his wife had honeymoon..



Pagi yang indah dan nyaman di Lake Outlet Holiday Park..Kami checked out pada pukul 8.00 pagi.Feeling fresh and new,we were all set for a day full of activities.

Few pics of around the campsites..

Destinasi pertama adalah Puzzling World of Wanaka yang terletak hanya 6 km (13 mins drive) dari campsite kami.Ini adalah aktiviti pertama kami di NZ yang tidak melibatkan alam semulajadi.Kesian jugak anak-anak...bosan diorang,asyik nak mengadap lake,mountain,sheeps... lake,mountain,sheeps  ..Sebab tu,kami cuba buat itinerary yang kids / teenagers-friendly as well.


Dari kejauhan dah boleh nampak signage Puzzling World ni,betul-betul terletak di tepi jalan.You wouldn't miss it..



Kami adalah visitors pertama pada hari tersebut.Senang hati sebab takde masalah nak parking 2 motorhomes 

Parking yang luas..
 Bau roti bakar dan pastry menusuk hidung setibanya kami ke ruang dalam Puzzling World.Kami terus beli tiket di kaunter pendaftaran.Actually,bukanlah ada kaunter khas..sebab petugas yang sama jugak mengambil order kalau kita nak beli apa-apa dari café situ.

Aktiviti di Puzzling World ni dibahagikan kepada 2 kategori iaitu The Great Maze (outdoor) dan Illusion Room (indoor).The Great Maze ni adalah ni adalah  laluan / lorong-lorong 3-D pertama di dunia (macam real life-sized puzzle)..Laluan ni sepanjang 1.5 km (you may end up walking more if you are lost!).Manakala ,Illusion Room pula mempamerkan berbagai pameran dan aktiviti yang melibatkan mind-trick.

Kami beli combo deal family pass $61 (2 adults + 2 childrens for both Great Maze & Illusion Room admission) untuk anak-anak kami.Dan tambahan 2 adults for Illusion Room admission ($16 x 2 pax=$32).Total damage..$93.Mama dan abah tak join Great Maze..atas sebab "belanjawan berhemah'.He he..(NZD...bukan RM ,ok?)Children age adalah dari 5-15 tahun.Under 5 years-FOC.
Takyah tiket..stamping kat tgn jer..
Jom masuk..
Lepas dapat stamping kat belakang tangan,kami diminta masuk ke Illusion Room dulu.Memang patut masuk ke sini dulu,sebab Great Maze tu melibatkan aktiviti fizikal yang tinggi..nanti kalau dah penat dan berpeluh-peluh,dah tak boleh nak enjoy Illusion Room.

Inside the Illusion Room..bermula dengan..

Hologram Hall

Koleksi  hologram 3 dimensi yang mencabar persepsi minda dan penglihatan anda..antaranya buah pisang yang nampak seolah-olah popped out of the picture..seorang clown dengan berbagai facial expression menoleh ke kiri dan ke kanan ke arah kita..Marilyn Monroe dengan pelbagai pose. It's unbelievable as we were actually looking at flat picture frames on the wall

Hall of Following Faces.

1Wajah-wajah famous (antaranya Elbert Enstein,Ghandhi,Mother Theressa..)seolah-olah berpaling dan mengikut saja arah mana kita bergerak..left and right,up & down.Nampak macam diorang muncul dari dinding..

168 giant models of faces

I can feel that...somebody watching me...

Tilted Room

Tempat paling seronok.!Bilik ni telah dicerunkan pada sudut 15 degree.Sebaik-baik kita masuk dalam bilik ni,kita akan start rasa mual dan pening-pening sikit.Oleh kerana ,kesemua benda dalam bilik ni nampak senget,otak kita akan bekerja keras untuk "mengimbangi dan meluruskan keadaan"

Video tak dapat upload sebab tunggang-langgang.File pun besar..layan vids dari you tube




pancuran air mengalir ke atas..
bola snooker bergerak ke penghujung meja yang lebih tinggi...
kerusi di sepanjang kelek (banister) mengelungsur ke atas bila dilepaskan

If you suffer from motion sickness...please do not enter the room..Drivers jugak tak digalakkan berlama-lama dalam bilik ni.Nanti pening dan terhoyong-hayang bila nak drive nanti..

Ames Room

Ada video camera di luar Ames Room yang merakam sebaik saja kita masuk dalam bilik tu.At one corner,the room looks tiny and you look huge (macam gergasi) that you have to bend down.Dan bila kita bergerak ke other corner ,the room is now huge and you appear tiny (macam hobbit).Teknik ni digunakan dalam penggambaran filem Lord of The Rings.

Naurah The Giant vs Kak Fatin The Hobbit...
Sculpt Illusion Gallery antaranya...

The Plastic Fantastic Girl..
Macam air terjun..
Floating tap
Sharing the floating bench
Hey..This uncle isn't real!

Selesai Illusion Room..rehat di luar pulak

The café
Dozens of puzzles & brain teasers here..
Puzzle Shop

Pelbagai cenderahati ..antaranya replica barang-barang yang dipamerkan dalam Illusion Room

The Famous Roman Toilet-di luar Gents & Ladies
The famous Roman Toilet
Dare to do 'business " here?

Anak-anak dah bersemangat nak start The Great Maze 
Macam ni cara nak main...
Jom..dah ready ni..
Jangan stress...be happy!

Our youngest kid,dah start demam dan dapat asthmatic attack masa ni...Kalau rasa-rasa dah malas dan give up,keluar je ikut emergency exit yang disediakan.

Mercu Tanda-The Iconic Leaning Tower of Wanaka.
Check out the backwards running clock!
Rated by Travelcyclopedia as having the World Most Inclined Tower
Selesai bergumbira di Puzzling World of Wanaka,dalam jam 10 pagi..kami meneruskan perjalanan..Mungkin kerana light breakfast dan banyak energy dihabiskan di Puzzling World,kami dah kelaparan sangat-sangat.Kami putuskan untuk lunch awal hari ni,pukul 12.30 tengahari..

Lunch di Dunstan Lake yang tenang.


Menu lunch hari ni-ayam percik dan omelette.


Dah makan...sila kemas..
Terjumpa seorang policeman,Paddy yang sedang berjalan-jalan dengan anjingnya..

Usai makan,kami bergerak menuju ke Bandar Cromwell.Singgah makan fruit ice cream yang yummy..
$4.50 for a small cone..

Ladang Apricot




Seronok dan kenyang...destinasi seterusnya...Kawarau River...more happening here!









No comments:

Post a Comment