Wednesday, 20 February 2019

DAY 3 - Chiang Rai : White Temple & Golden Triangle

White Temple

Budha statue next to Mekong River

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni tepat jam 8 pagi,selepas check out dari Hotel Ratana,Chiang Mai...kami bergerak menuju ke Bandar Chiang Rai..dalam mana-mana aturcara lawatan ke Chiang Mai,memang tak sah kalau tak pergi ke Chiang Rai ni.

Kedua-dua wilayah Chiang Mai dan Chiang Rai ni sebenarnya terpisah sejauh 200 km..dan perjalanan melalui jalanraya mengambil masa 3 jam lebih...malah lebih lama ketika musim perayaan atau jika musim hujan kerana banjir lazim berlaku.Jalan pun hanya single lane..kalau kenderaan yang anda sewa mengekori lori muatan berat,ha..siaplah! Bertabahlah..ntah bila dapat overtake..

Jadi kami cadangkan agar sesiapa yang berkunjung ke Chiang Rai silalah bermalam di sana.Day trip sangat meletihkan.Kebanyakan travel agents dari Malaysia atau pun dari Chiang Mai hanya menawarkan day-trip tour...

Mae Kachan Hotspring

Kolam air panas ni terletak di Wiang Pa Pao County,dalam wilayah Chiang Rai...sangat strategik sebab terletak di tepi jalan,on the way dari CM to CR.

Oklah kolam air panas ni..kecik jer..

tapi bagus untuk stretch out & rendam kaki after long hours dalam kereta / bas.

Tak thrill sebab telur-telur dah siap direbus




Betul-betul bersebelahan dengan hotspring,ternampak ghostly abandoned building.
Ingatkan temple..tapi menurut our guide,ia sebenarnya adalah hotel and spa yang terbiar sebelum sempat beroperasi.

White Temple / Wat Rong Khun

Opening hours ;6.00 AM-6.30 PM
Entrance fee;Thai Nationals-FOC
Foreigner : 50 baht
Kuil ni memang unik..sebab ia berwarna putih.Biasanya kuil Budha yang selalu kita tengok tu warna kuning emas,kan?





Ada jugak golden temple bersebelahan dengan white temple

Tak pasti hantu penanggal apa ni?
To enter the main chapel,you have to cross a bridge over a sea of sufferings (lautan kesengsaraan) personified by hundreds of ghostly hands reaching out in eerie desperation...

Main chapel-bridge-sea of sufferings
Image credit to Helen

Image from Pinterest

Bagaimana keadaan kita di akhirat nanti...setelah dihisab,kita akan berjalan meniti Siratul Mustaqim iaitu jambatan yang terbentang di bawahnya neraka.Titian sejauh 5000 tahun perjalanan.....lebar jambatan adalah seperti sehelai rambut dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang!Ya Allah..Kau jadikan kami di antara orang mukmin yang dilebarkan titian dan dimudahkan menyeberanginya..aminnn

Lunch at Sareeneen Food & Sweet,Chiang Rai (Halal)

Opening Hours:   Daily 10.00 AM–9.30 PM



Kue teaw telo pecah!

Ice cream vanilla with strawberry sauce

Golden Triangle

Selepas lunch dan solat di Restaurant Sareeneen,kami bergerak menuju ke Golden Triangle.



Golden Triangle ni adalah sempadan 3 buah negara iaitu Thailand,Laos dan Myanmar (dulu Burma).Dulu-dulu kat sini merupakan kawasan penanaman dan perniagaan candu dan dadah yang sangat popular.Mereka trade in candu /dadah dengan emas.Sekarang aktiviti ni telah pun diharamkan dan dihentikan.



Nasib baik our boat privately chartered for us aje..kalau tak jenuh nak menunggu boat penuh untuk perjalanan balik.Ye lah..kalau yang leka bershopping tu..


Boat ni ramai ahli jemaahnya..


Basically,takde apa yang menarik sangat...cuma in 40 minits ride,kita boleh tengok ketiga-tiga negara.Tapi,tak singgah pun kat Myanmar tu..lalu jer.Boat menyeberangi Sungai Mae Khong (dulu kalau belajar Geografi,kita tulis Sungai Mekong).Kira boat trip ni...lalu Myanmar & singgah di daratan Laos..
Dah sampai Laos!



Kedai-kedai di Dataran Laos- taklah murah sangat pun
Laoatian whiskey with snake

Murah kot rokok nih...duty free lagi
Sebenarnya,salah satu dari misi kami ke Chiang Mai adalah untuk memburu bunga sakura,yang katanya akan blooming end of Dec- February...Malangnya,ketika kami di Chiang Mai...semua pokok sakura masih togel.
Tapi.
Red Silk Cotton Flowers bloomed in Laos..

Cantiklah jugak..


Our verdict?;this trip can be skippable..nothing much to see...it's just a I-have-been-there trip!

Choui Fong Tea Farm

Opening Hours:   Daily 8:30 AM–5.30 PM

Lawatan ke ladang teh ni tak termasuk dalam itinerary asal.Tapi,our tourist guide beriya-iya nak bawa kami ke sana sebab katanya sangat cantik...sekurang-kurangnya boleh tengok sunset kat ladang teh tu.











Ntah macam mana..dia pun boleh tersasar dan sesat.Kami sampai ke Choui Fong Tea Farm tu dah pukul 6.Matahari pun dah tebenam.Pintu pagar ladang pun dah ditutup sebab melepasi waktu operasi.

Tham Luang Cave

On the way back from tea farm,we passed by this cave.Kat gua ni lah 12 orang kanak-kanak (11-17 tahun) dari pasukan bolasepak junior dan coach mereka terperangkap selama 18 hari (23 June- 10 July,2018) sebelum diselamatkan.Tak dapat nak ambil gambar sebab dah senja.. 

Check in ke Hotel Green View Place,Mae Sai (Halal)

Betul-betul kepenatan,kami minta our tour guide bawa kami ke hotel saja untuk merehatkan badan.Betul-betul keletihan dengan perjalanan dalam kereta yang panjang dan aturcara lawatan yang packed..



Hotel  Green View Place ni terletak di daerah Mae sai...3 km dari sempadan Myanmar...tapi sangat jauh (60 km) dari bandar Chiang Rai.
Alhamdulillah,dinner di hotel saja.Kami betul-betul tak larat nak keluar hotel lagi..


Dinner di hotel..yummy!

Road trip to Chiang Rai

Kesimpulannya- trip ke Chiang Rai ni boleh jadi menarik dan santai jika kami ada buat sikit 'homework' & tidak menyerahkan 100%  kepada agent.This was not kind of trip yang kami nak..kami lebih prefer yang santai-santai yet enjoyable,bukan yang rushing macam ni.

Anyhow,takpelah..dah selamat sampai ke hotel ni,dah syukur Alhamdulillah.


Travel Guide: Mr Masukree Kueteh
Contact No; +66810228406










Sunday, 17 February 2019

DAY 2 - Up Close & Personal With Pak Belalai & Si Leher Jinjang


Mae Taeng Elephant Camp

Karen Long Neck Village

Hari ke -2 lawatan..

Selesai breakfast di hotel,kami bergerak ke destinasi lawatan hari ni...iaitu ke Mae Taeng Elephant Camp & Karen Long Neck Village...sejauh 54 km dari hotel.Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih.

These 2 are must-see-attractions in Chiang Mai.We were quite skeptical initially...as most animal & human activists are actively campaigning against the trips to such places.They strongly believe that elephants are tortured during the training process...and Karen tribal people are exhibited in a place like 'human zoo.'
Jadi kami putuskan untuk melihat sendiri..

Mae Taeng Elephant Camp 

Opening Hours:   Daily 8:00 AM–5:00PM




Kami tak pasti berapa entrance fee,memandangkan semuanya diuruskan oleh travel guide...tiada info berkenaan harga tiket pada website rasmi.Yang kami tau..tiket yang kami bayar dah termasuk untuk elephant show,elephant ride,oxen cart ride dan buffet lunch.



Makanan gajah

Elephant show




Belajar anatomi gajah


Main muzik

It takes 4 months for elephant to learn how to paint
Hasil lukisan yang dijual



Elephant backriding tu...dari elephant camp ke Karen Village (bersebelahan kem)..melalui jalan dalam hutan.Kami tak naik gajah...rasa kesian pulak tengok gajah-gajah tu membawa penumpang atas bakul yang diikat..to and fro,non-stop.
From readings...we came to know that elephat's spine is not meant for backriding.

Cuma ada 2 pilihan ke Karen Village...naik gajah atau naik kereta lembu.Dek kerana kesian kat gajah..kami terpaksa pilih kereta lembu.

Bila naik..kesian pulak dengan lembu yang dipukul...dari apa yang kami faham (sebab pemacu kereta lembu tak pandai berbahasa Inggeris)...lembu yang membawa kami perlu dipukul,kerana ia tak bergerak lurus & cenderung untuk bergerak ke tepi jalan(masuk longkang).Ntahlah ...wallahu alam.



Berulang kali kami mintak pemacu kereta lembu supaya berhenti memukul lembu tu


lembu-lembu lain..steady jer tak kena pukul

Karen Long Neck Tribal Village

Puak orang asal Karen atau unofficially di panggil long neck tribe datang dari Burma. 

Mereka melarikan diri ke Thailand untuk meloloskan diri dari peperangan dan keganasan di tanah air mereka.

Sangat mahir menenun..

Hasil tenunan.

Kanak-kanak seawal usia 5 tahun dipakaikan gelang pada leher

Bukan hanya di leher..




Buffet lunch




Dari Karen Village,kami diangkut oleh Hilux truck balik ke elephant camp.Laaa..ada truck rupanya.Tapi,takde service Hilux yang membawa pelancong dari camp ke Karen Village..memang ada 2 option jer..naik gajah atau kereta lembu..

Selepas tu,kami dibawa untuk menikmati buffet lunch...kat sebelah elephant show tu jer.As we mentioned earlier,lunch ni dah termasuk dalam pakej.


The premise is halal,certified by Thailand's Central Islamic Council

Sedap mee ni ...walaupun rencah hanya sayur-sayuran


Sedap sangat popia ni..



Usai lunch,kami solat di musolla elephant camp tu..

Surau unisex


One thing yang kami suka about Chiang Mai / Chiang Rai ni..walau pun di sini penduduk muslimnya minoriti..mana-mana restaurant atau kedai makan (walau sekecil mana pun) yang kami singgah..ada menyediakan ruang solat...dan telekung yang disediakan semuanya bersih dan tak berbau kepam!(sounds familiar kan?)

Kami pulang semula ke city untuk city tour &lawatan 'wajib'.Ni lah yang tak bestnya bila guna khidmat agent..terpaksa akur bila dibawa ke tempat-tempat wajib ni.Kedai handicraft,barangan kulit,kain sutera,barangan logam,jade,makanan / ubat berasaskan madu....dan sebagainya.Macam kat China jugak lah..

Antaranya...perusahaan kain sutera..




Pembuatan payung kertas di Bor Sang Umbrella Village







Nasib baiklah,kami cuma bertiga...so,memang singgah fast and furious jer...langsung tak beli apa-apa..just to tick the list.Zainab,our tour guide okey jer

Hari ni kami dinner awal di Le Spice Indian Thai Restaurant (700 meter dari hotel kami je)


Ayam Tandoori etc

Tomyam-menu wajib

Malam keluar lagi..meround ke night bazaar..diakhiri dengan supper di Prikthai (restoren Muslim di Halal Street)..2 minit berjalan kaki dari hotel.

Esok kami akan ke Chiang Rai city pula..dan bermalam di sana.so,.tidur awal malam ni..esok long journey..

fan-dee-na-krab / ka!(Sweet dream) 😄😄😄

Travel Guide ; Mr Masukree Kueteh
Contact no;+66810228406