Saturday, 11 November 2017

Karimun Island, Indonesia -Day 1

Pantai Pelawan yang Indah


Alhamdulillah...semua dah dapat bilik...dapatlah lelap sikit dan bersihkan diri....Janji semua berkumpul dibawah pukul 12.30 tengahari. Dekat Hotel ni ada 2 jam..satu waktu Malaysia...Satu lagi waktu Karimun...untuk memudahkan visitor...guna je waktu Malaysia...Tapi saya pakai waktu Karimunla...Once you dah pakai simcard Indonesia..secara automatic jam akan ikut sini....

Cikgu pesan...anak anak jangan keluar mana mana sehinggalah jam12.30pm..Maklumlah bawah ni semua kedai kedai shopping....

Maaf Cikgu...saya terpaksa pi bawah kejap nak cari simcard sini...takut roaming Celcom mahal....Selang 5-6 kedai jumpa kedai Oppo...dan ambil package 55000 Rupiah untuk 8 GB murah tu....~Rm17....Eh eh ...ada juga cikgu cikgu kat situ heheheh......

Lopas tu...memandangkan baru jam 10am....perut lapaq ...lunch lambat lagi....so jalan jalan sikit kat bawah.....Haritu masa kat Bandung....anak ada kena food poisoning...makan kat Street macam  ni la.....Tapi dengan berbekalkan Bismillahirrahmanirrahim....den makan Nasi Goreng Kampung dengan Air mineral sejuk....Alhamdulillah,,,habis separuh....kira bolehlah alas perut.....Saya bagi markah 5/10.tahap kesedapan...9/10 layanan.........

Masa jalan jalan...ramailah orang menyapa....ajak naik Go-Jek... Nak tahu apa tu Go- Jek...tunggu esok pagi.....termasuklah di sapa oleh Tok Sidang yang jalan sorang sorang,,...bosan katanya hehehehe.



Tepat jam 12.30pm..Selepas Solat Jamak takdim Zohor dan Asar....semua dah ready kat bawah...Wangi wangi semua...Murid murid diwajibkan pakai tag nama yang telah disediakan.....



Adik ni dah excited nak gi lunch...



Macam cikgu Hasri je tu dengan selfie stick dia...


Guru dan Murid posing...





On the way singgah Money Changer untuk sesiapa nak tukar duit...Pegang baik baik dik...macam nak melayang duit tu...


Akhirnya selepas bergerak dengan bas dalam 20 minit, sampailah kami ke destinasi Makan Tengahari....Hidangan Nasi Padang Karimun yang sedap sekali...Maklumlah sedang lapar...

Alhamdulillah...hidangan Nasi padang tersedia...Banyak sangat menu ayam dia...Kuah...kuah mana???
Murid murid bersedia untuk menikmati makanan padang yang unik

Murid murid satu row....Salah seorang baca doa makan untuk semua...Alhamdulillah.....




Antara My favourite dish...sedap
Ikan kering Sambal---semua kering sini......

Air Sirap memang membuka selera..dengan pisang tu...Ayam mana ayam mana...En Azam tanya.....hehe

Dah siap makan....kita bergerak.....
Mem posing untuk kenang kenangan...Malaysia takda ni...
Beg sama...senang nak cam.....



Destinasi seterusnya adalah MASJID AGUNG KARIMUN



Masjid ni memang cantik...kami singgah sebentar...untuk bergambar...Terdapat replika Kaabah disebelah sana untuk mereka buat training tawaf sebelu mengerjakan haji...macam kat Malaysia juga....





Panas terik ketika ni...matahari betul betul atas kepala...Kami abadikan gambar kenag kenangan untuk semua...kecuali tukang ambil gambar ni huhu....



Cantik sebenarnya bas ni

Selfie time dan ada yang serious berbincang hehehe...Program malam ke?



PANTAI PELAWAN KABUPATEN KARIMON

Dari situ kami singgah di Pantai Pelawan...boleh tahan jauh juga dekat 1 jam....Boleh tahan Cantik juga pantai ni sesuai untuk beristirehat...banyak pondok pondok untuk berehat...dan Chalet untuk disewa....Apa lagi ada yang pekena Air Kelapa 15000 Rupiah....Ubi Goreng dan dicampur Serbuk lada....sedap....Ais Krim dan macam macam lagi....


Enjoy depa...makan ais krim.....
yang ni pun sedap...tak pasti nama dia...



Anak anak Karimun tangkap ikan pakai tshirt.....



Tak tahu ni Foreigner ke Local hehehe...Gaya zaman lepas SPM...



Mi Sedap di mana mana......


Sate Ayam...1 batang 1 ribu Rupiah...tak berani den....

Yang ni Ok...Yang tak ok kelapa dia keras sampai nak bengkok sudu.......
Di Malaysia...buat benda ni tak da BDS ( Bachelor in Dental Surgery) boleh kena penjara...Di Indonesia...mana mana boleh...banyak mulah....tanggung sendiri ya.....

Alhamdulillah....Selepas lebih kurang 1 jam setengah...kami semua balik Hotel...Ada Program pada malam ni...Iaitu Penyerahan Sumbangan ASurah Yassin dan Kuliah Maghrib.....
Sebenarnya Masjid 30 meter je sebelah Hotel Paragon......



Pada sebelah malam kami menghadiri Kuliah Maghrib bersama sama penduduk tempatan di Masjid Besar Baitul Karim Kacamatan Karimun ( terimakasih for the info Cikgu Lela) ini dan selepas solat Majlis Penyerahan Surah Yassin disempurnakan di antara Tuan GB SK Malim En Rosmie dan Imam Masjid
Karimun.



Ni lah Masjid Besar Baitul Karim Karimun.menjelang Maghrib..terletak bersebelahan Hotel Paragon




Penyerahan Sumbangan Surah Yassin kepada Imam Masjid

 

Walaupun penat dan mengantuk semua peserta rombongan hadir di Masjid dan mengerjakan solat Maghrib dan Isyak berjemaah...serta dapat mendengar Kuliah Maghrib ....

Alhamdulillah ....

Selesai solat Isyaq...Semua pelajar dan Ibubapa berkumpul di perkarangan Hotel dan bergeraklah kami unyuk makan malam  yang agak lewat di sebuah restoran terapung SeaFood di Coastal Area.






Ikan Terbang masak macam 3 Rasa, Udang Goreng Sambal, ayam..dan macam macam lagi....




Sampai di Hotel Paragon, kami berjalan sekejap ke Pasar Malam...lebih kurang 200 meter sahaja...
Barangan yang dijual lebih kurang sahaja dari yang kita sentiasa lihat di Malaysia...Harga pun ada yang mahal ada yang murah...bergantung pada kepandaian menawar....






Lepas dah selesai, semua balik ke Hotel. Sebelum naik ke atas taklimat diberikan tentang Program untuk esok hari.....Iaitu Agenda Utama...Program Pengantarabangsaan Silang Budaya dengan Sekolah Dasar 001, Karimun....Nak tengok Boria, Silat, dan macam macam lagi especially suasana semasa di Sekolah DS001...kita tunggu Next Entry....
Alhamdulillah.......

p/s: Banyak juga Gambar Gambar di sini hasil ketikan Handphone Guru Guru dan Sahabat.yang saya perolehi dari Whattsapp Gp...





Wednesday, 8 November 2017

Karimun Island-Perjalanan



Alhamdulillah...Bertemu kembali kita...
Belum hilang penat pergi Bandung 2 minggu lepas ke seberang lagi kami kali ni..tapi ke mana ya?
Dekat sahaja... 

PULAU KARIMUN (5-7 November 2017)

A adalah Pulau Karimun Riau; Image courtesy Google.
Nak tahu pasal Pulau Karimun ni boleh google untuk detail yang lebih jelas..

Karimun yang dimaksudkan ini adalah sebuah pulau kecil yang terletak di Kepulauan Riau,Indonesia.Berada di Timur Sumatera,di selatan bahagian Selat Melaka dan di sebelah Barat Pulau Batam dan tidak jauh dari Singapura dan Semenanjung Malaysia.

Macammana boleh sampai sini pulak..?
Sebenarnya kali ni kami bertiga (wife dan Naurah Aqilah) mengikuti program yang di anjurkan oleh PIBK Sekolah Kebangsaan Malim yang bertema:


Program ni memang julung julung kali diadakan melibatkan Sekolah Kebangsaan Malim.Ianya dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling SK malim dengan kerjasama PIBG dan PIBK SK Malim.Sebagai keluarga (AJK) SK Malim sejak 13 tahun lalu...di mana kesemua 4 orang anak kami belajar di sini...invitation dari YDP En Nasri utk menyertai program ni di terima dengan besar hati (terimakasih YDP). Terimakasih juga pada GB En Rosmie(sporting betul), Guru Penyelaras merangkap Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling( Puan Nordahlela), Guru Pengiring - Cikgu Azura, Cikgu Hasri dan Norhaizah, Tok Sidang Yusop,Puan Maslina dan Rozita (orang kuat PIBK) dan juga barisan  AJK-AJK dan murid murid SK Malim yand  mewakili PRS dan pasukan Boria SK Malim... seramai 23 orang.

ALHAMDULILLAH....Kita mulakan perjalanan ya.........

Pukul 12.30pagi 5 November (tarikh Keramat)-kami semua berkumpul di SK Malim. Parking kat Perkarangan Sekolah (terima Kasih Pak Guard yang menjaga)-dan berlepas dalam pukul 1 pagi rasanya menaiki Bas yang di sewa khas. Selesa bas ni...murid murid excited sangat ..tak tidur layan cerita seram ..Lebuhraya ke Neraka..Awie pelakon utama hehehe...Setelah di beri taklimat oleh Tour Leader kami En Mohd Arzaain...kita akan berhenti rehat di R & R Machap....tapi baru 45 minit dah berhenti di Sungai Rambai....aik apasal lalu sini...Rupa rupanya Bas punya sensor minyak hitam menyala dan ada masalah...So permulaan yang adventure untuk kami...Terpaksa tunggu 2 jam untuk dapat bas replacement.... Sementara tu ada yang pergi toilet, sembang sembang dan ada yang terlelap juga....Mujur dalam 3.30am Bas replacement sampai,,,Dalam suasana hujan Gerimis kami pun pindahkan luggage bersama sama dan sambung terus perjalanan ....Alhamdulillah semuanya ok lepas tu berkat doa semua.....

Dalam Bas-Head Count by Cikgu Lela

Sampai Machap...berhenti selama 45 minit dan seterusnya berhenti di Masjid Kota Iskandar,Iskandar Puteri berdekatan dengan jeti Puteri Harbour untuk solat Suboh...

Subhanallah..Masjid Baru ni sangat cantik dan moden.








Seterusnya...sampailah kami ke Puteri Harbour International Ferry Terminal. Semua passport dikumpulkan dan urusan check in sangat mudah. Ferry berlepas jam 8:00 pagi.



Gambar gambar sepanjang perjalanan dengan Ferry::::::











Orang Kuat PIBK SK Malim-atas ferry berani diorang naik...




Alhamdulillah...selepas 1 jam20 minit perjalanan dengan feri akhirnya kami sampai....ke Pulau Karimun, Indonesia.

Inilah kenderaan kami selama 3 hari di sini....

Adik adik ceria menunggu bilik masing masing di Hotel Paragon


Inilah Kenderaan kami...Bas Kayu yang antik...ada lebih kurang 52 biji di sekitar Karimun. Taada Petrol station...Beli minyak pakai botol...taada Tol...jalan kebanyakkan sehala....taada tali pinggang kaledar....taada aircond....windscreen depan boleh buka......Canggih Pak.....Best.



Jetty Karimun

Tu dia what an experience

Savouring moment

Chit Chat dengan Ketua Pengawas

Hotel Paragon~ 800 meter dari jeti

Ni lah Tok Sidang Yusop dan Cikgu Hasri

GB in action


pick your key

Ni lah YDP kita yang Handsome Bangat; En Nasri

3 orang sebilik ni

Alhamdulillah....semua dah dapat bilik...dan perut masing masing masih kenyang sebab dah bersarapan di Machap dan jetty tadi....Jadi agenda pagi ni...rehat dan bersihkan diri...tidur dan berkumpul pukul 11.30am utk program seterusnya....lunch dan apa ya?.....

Tunggu Next Entry........

Alhamdulillah...