Wednesday, 8 November 2017

Karimun Island-Perjalanan



Alhamdulillah...Bertemu kembali kita...
Belum hilang penat pergi Bandung 2 minggu lepas ke seberang lagi kami kali ni..tapi ke mana ya?
Dekat sahaja... 

PULAU KARIMUN (5-7 November 2017)

A adalah Pulau Karimun Riau; Image courtesy Google.
Nak tahu pasal Pulau Karimun ni boleh google untuk detail yang lebih jelas..

Karimun yang dimaksudkan ini adalah sebuah pulau kecil yang terletak di Kepulauan Riau,Indonesia.Berada di Timur Sumatera,di selatan bahagian Selat Melaka dan di sebelah Barat Pulau Batam dan tidak jauh dari Singapura dan Semenanjung Malaysia.

Macammana boleh sampai sini pulak..?
Sebenarnya kali ni kami bertiga (wife dan Naurah Aqilah) mengikuti program yang di anjurkan oleh PIBK Sekolah Kebangsaan Malim yang bertema:


Program ni memang julung julung kali diadakan melibatkan Sekolah Kebangsaan Malim.Ianya dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling SK malim dengan kerjasama PIBG dan PIBK SK Malim.Sebagai keluarga (AJK) SK Malim sejak 13 tahun lalu...di mana kesemua 4 orang anak kami belajar di sini...invitation dari YDP En Nasri utk menyertai program ni di terima dengan besar hati (terimakasih YDP). Terimakasih juga pada GB En Rosmie(sporting betul), Guru Penyelaras merangkap Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling( Puan Nordahlela), Guru Pengiring - Cikgu Azura, Cikgu Hasri dan Norhaizah, Tok Sidang Yusop,Puan Maslina dan Rozita (orang kuat PIBK) dan juga barisan  AJK-AJK dan murid murid SK Malim yand  mewakili PRS dan pasukan Boria SK Malim... seramai 23 orang.

ALHAMDULILLAH....Kita mulakan perjalanan ya.........

Pukul 12.30pagi 5 November (tarikh Keramat)-kami semua berkumpul di SK Malim. Parking kat Perkarangan Sekolah (terima Kasih Pak Guard yang menjaga)-dan berlepas dalam pukul 1 pagi rasanya menaiki Bas yang di sewa khas. Selesa bas ni...murid murid excited sangat ..tak tidur layan cerita seram ..Lebuhraya ke Neraka..Awie pelakon utama hehehe...Setelah di beri taklimat oleh Tour Leader kami En Mohd Arzaain...kita akan berhenti rehat di R & R Machap....tapi baru 45 minit dah berhenti di Sungai Rambai....aik apasal lalu sini...Rupa rupanya Bas punya sensor minyak hitam menyala dan ada masalah...So permulaan yang adventure untuk kami...Terpaksa tunggu 2 jam untuk dapat bas replacement.... Sementara tu ada yang pergi toilet, sembang sembang dan ada yang terlelap juga....Mujur dalam 3.30am Bas replacement sampai,,,Dalam suasana hujan Gerimis kami pun pindahkan luggage bersama sama dan sambung terus perjalanan ....Alhamdulillah semuanya ok lepas tu berkat doa semua.....

Dalam Bas-Head Count by Cikgu Lela

Sampai Machap...berhenti selama 45 minit dan seterusnya berhenti di Masjid Kota Iskandar,Iskandar Puteri berdekatan dengan jeti Puteri Harbour untuk solat Suboh...

Subhanallah..Masjid Baru ni sangat cantik dan moden.








Seterusnya...sampailah kami ke Puteri Harbour International Ferry Terminal. Semua passport dikumpulkan dan urusan check in sangat mudah. Ferry berlepas jam 8:00 pagi.



Gambar gambar sepanjang perjalanan dengan Ferry::::::











Orang Kuat PIBK SK Malim-atas ferry berani diorang naik...




Alhamdulillah...selepas 1 jam20 minit perjalanan dengan feri akhirnya kami sampai....ke Pulau Karimun, Indonesia.

Inilah kenderaan kami selama 3 hari di sini....

Adik adik ceria menunggu bilik masing masing di Hotel Paragon


Inilah Kenderaan kami...Bas Kayu yang antik...ada lebih kurang 52 biji di sekitar Karimun. Taada Petrol station...Beli minyak pakai botol...taada Tol...jalan kebanyakkan sehala....taada tali pinggang kaledar....taada aircond....windscreen depan boleh buka......Canggih Pak.....Best.



Jetty Karimun

Tu dia what an experience

Savouring moment

Chit Chat dengan Ketua Pengawas

Hotel Paragon~ 800 meter dari jeti

Ni lah Tok Sidang Yusop dan Cikgu Hasri

GB in action


pick your key

Ni lah YDP kita yang Handsome Bangat; En Nasri

3 orang sebilik ni

Alhamdulillah....semua dah dapat bilik...dan perut masing masing masih kenyang sebab dah bersarapan di Machap dan jetty tadi....Jadi agenda pagi ni...rehat dan bersihkan diri...tidur dan berkumpul pukul 11.30am utk program seterusnya....lunch dan apa ya?.....

Tunggu Next Entry........

Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment