Thursday, 5 December 2024

DAY 4 SWISS - SNOWY ESCAPE TO JUNGFRAU VILLAGES

Stunning Mürren

Kita sambung coretan untuk hari keempat.

Semalam,kami dah experience mountain excursion at Gornergrat,which is a cheaper alternative to Jungfraujoch - Top of Europe.Jungfraujoch is located between the Jungfrau and Mönch peaks.

Jadi,hari ni kita nak pergi visit kampung-kampung dalam Wilayah Jungfrau pulak,di antaranya Lauterbrunnen,Mürren,Gimmelwald dan Grindelwald.

Seperti biasa,selepas breakfast - mama akan pack bekal.

Nasi putih & rendang Minang ayam / daging

Airbnb yang kat Spiez ni,kami stay selama 3 malam - jadi,agak relax sikit sebab tak payah nak load and unload luggage.Jarak di antara airbnb ke tempat attractions yang kami pegi

Day 2 -30 km dari Iseltwald & 20 km ke Lake Blausee
Day 3 - 90 km ke Tasch (sebelum naik train ke Zermatt,seterusnya ke Gornergrat
Day 4 - 30 km ke Lauterbrunnen

Bergerak keluar dari airbnb jam 7.46 pagi 

View at Interlaken on the way to Lauterbrunnen..amazing!

Interlaken

Nak masuk Lauterbrunnen
View yang menanti di Lauterbrunnen..



Spot wajib bergambar..di depan Staubbach Falls (dust creek falls) setinggi 297 meter.


Friedhof Lauterbrunnen,the village cemetery near waterfall...just be respectful.Ada rumah-rumah orang dan gereja juga berhampiran.


Hampir sejam jugak kat sini.Lepas bayar parking bermeter (6 CHF),kami bergerak ke destinasi seterusnya -Stechelbergh.

On the way to Stechelbergh

Ok,let me explain plan untuk aktiviti hari ni.

Kami akan pergi ke Stechelbergh - Schilthorn Gondola Station.Plan untuk naik cable car.Tapi kami tak naik sampai ke Schhiltorn..sila rujuk gambar 👇


Kami naik cable car dari Stechelbergh ke Mürren station
Turun kat Mürren station - kami hike down (menapak) ke Gimmelwald station
Dari  Gimmelwald station - naik cable car,turun semula ke Stechelbergh station.

Tiket untuk route mcm ni 54.60 CHF untuk 3 orang.Kalau ambik full return trip Stechelbergh - Schilthorn 23.60 CHF/pax (3 orang dah 70.80 CHF)

Amacam,aci tak😀?Begitulah teknik penjimatan kami...Yang penting,naik cable car dapat..hiking dalam snow pon dapat 💃

So,let's explore!

Full glass screen gondola...(sibuk betul 2 beranak ni)

Oh ya..just walk in & beli tiket kat kaunter je

Ok,kejap je sampai ke Mürren station...so,kita turun.

Mürren

First time masuk kampung bersalji ni..cantik sungguh!Dianggarkan populasi di Mürren hanya 450-500 orang saja. 


Agaknya rumah tu dari kayu jenis apa ya..sebab kalis salji

Mana orang kampung semua?

Seperti Zermatt,Mürren is car free too.


Ada Coop supermarket jugak kat atas ni..


Mencuba brezels (macam Auntie Anne's pretzel - cuma salty & chewy)

Pemandangan yang sungguh mengasyikkan.Indah sungguh ciptaan tuhan.


Awas...trek menuruni bukit agak slippery dengan salji yang mencair.



Gimmelwald

The smallest Swiss village (populasi 100- 150 orang je)..with undeniable charm!

Mountain Hostel ni penginapan yang agak popular di kalangan tourists


Kami jumpa ni..

Traditional wooden toboggan..untuk winter sledding

The Swiss Alps in your laps...the hidden gem locals don't want you to know


Untuk gambaran lebih jelas rupa gondola yang kami naik,kami share video clip ni..sempat snap masa tengah hiking.


Jauh abah mendahului mama dan anak..eh,ada orang naik paragliding lah!Sayup-sayup nampak..


Willkommen in Gimmelwald...oh welcome..orait!


Uniknya rumah ni..tempat simpan kayu api rasanya.



Gambar kanan - self service souvenir shop.Letak duit,bukak pintu kaca & ambik souvenir idaman

We spotted this self operated honesty shop..very interesting.Kami ada nampak beberapa kedai layan diri..termasuk home made  ice cream shop.

The Honesty Shop

Akhirnya,kami sampai ke Gimmelwald Gondola Station..nampak children playing area..ada few kanak-kanak bermain.


Jom naik cable car turun ke Stechelberg semula.


View dari atas cable car...sewaktu turun ke Stechelbergh Station.

Aerial view of Stechelbergh / Lauterbrunnen

Bayar parking dulu 11 CHF guna Wise card (masuk pukul 9.53 pagi,keluar jam 1.15 tengahari).


Rate parking 11 CHF tu (5 CHF and 2 CHF every hour).
Ada parking murah sikit jauh sikit...kat luar tu tapi menapak jauhlah...Dan kena masuk syiling and kalau terlepas waktu takut kena fine pulak

Last destination..Grindelwald

Kami tak naik ke Grindelwald First - kami cuma nak gi tengok base kat Grindelwald je...



Kami bayar 5 CHF untuk park kat sini..pas tu baru tau mesin rosak!Aduss..


Oleh sebab dah lapau,kami makan dalam kereta je (kat tempat parking)

Kemudian,kami pulang ke airbnb untuk rest dan solat..sementara tu abah gi meronda kat kawasan kejiranan airbnb.


Malam ni kami dinner ready to eat spaghetti..

3 perisa- aglio olio,carbonara & salty egg

Pastu ke Migros Supermarket pulak untuk top up roti dan telur..ni lah kelebihan travel sendiri.Kalau ikut travel agent,takde itinerary masuk supermarket.,betul tak?
Winter attire mur mur..selagi tak di convert ke ringgit😉

Ada Xmas sale!

Balik dari Migros..rebah di katil..bagi melegakan kaki yang menapak lebih 10,000 langkah hari ni.Esok kami akan check out dari airbnb ni..

Menyusul cerita seterusnya..

























Monday, 2 December 2024

DAY 3 SWISS- Matterhorn Magic: A Perfect Day in November.

Alhamdulillah...bertemu kembali di sini. Hari ini maybe one of the highlights of our trip. We are going to Zermatt. Waktu ini, daytime is very short. Subuh dalam 5.36am with sunrise around 7.30 am and Maghrib 4.56 pm. After checking with the weather apps, Zermatt and Gornegrat are expected to be sunny most of the day.

Most people yang datang ke Switzerland biasanya ada option untuk experience samada Jungfraujoch-Top of Europe (TOE) atau Gornegrat.Dua-duanya adalah mountain excursions..anda boleh study and research pasal Jungfraujoch-Top of Europe dan Gornegrat.Kami pilih Gornegrat kerana tiketnya yang lebih murah..separuh dari harga TOE.Bagi yang ada rezeki lebih,boleh cuba kedua-duanya.

Jungfraujoch Top of Europe (TOE)

Jungfraujoch Mountain Railway will take you to JungfraujochTop of Europe (TOE) from either Lauterbrunnen or Grindelwald.Total journey by train 1- 1.5 jam

Gornergrat

Gornergrat Trail Route.Total journey by train 30 minutes

Besides,Gornergrat is less touristy and less crowded.

Selepas solat Subuh , seperti biasa kami bersiap and sarapan awal 

Breakfast cekodok pagi ni.Malam tadi dah beli sunflower oil dari Coop

Mama dah prepare food utk lunch nanti. 

Nasi putih,ikan sambal & sambal telur puyuh

Perjalanan ke Zermatt memerlukan kami drive sejauh 96 km ke Tasch. Lalu tempat semalam Lake Blausee hingga ke Kanderstaag / Lotschberg Tunnel untuk naik car train selama 15 min. Di mana kereta kita akan drive to railway path and from there, turn off our engine and the train will carry us to Goppenstein for about 20minutes. 

Pengalaman dalam tunnel atas car train ni memang rare


Harga one way tiket per kereta,bukan ikut bilangan penumpang

Tickets one way adalah 28CHF so pi balik 56 CHHF Boleh guna Wise Card , tapi jangan masuk salah lorong like me...

Masuk kat lane 'Kasse' tu..unless dah beli ticket online,baru masuk lane 'Online Ticket"

Patutla bila tap,card tak valid..



Nasib baikla operator at the next lane helped us (Kebanyakan sign di sana in Swiss Germany). Jadi always prepare your journey and rujuk nota lama sebelum travel.

Anda akan selalu jumpa perkataan 'Kasse" tu kat Swiss ...kat road signage,kat parking area atau pun kat supermarket.Actually, the meaning depends on the context

i- at store / supermarket,Kasse means check out kaunter or cash register
ii-at train station / tourist attraction,it refers to ticket kaunter where you buy tickets

Area ni adalah Sankt Niklaus sebelum sampai Tasch terminal.

After that, kena drive another 59 km utk ke Tasch terminal, di mana inilah last stop utk kenderaan berengine petrol or diesel. Because Zemmatt is a car free area. Sampai di Tasch , follow jer sign P and park dalam Terminal Parking kat basement (ambil ticket and balik nanti baru bayar). Alhamdulillah, kami sampai sebelum kol 10.00 pagi.

Lepas tu kami walk sikit dan ikut sign ada gambar Train, dekat jer dan terus pi kaunter. We were very lucky during this month, sebab dapat tiket train to Zermatt and Gornegrat pada harga 107 CHF sahaja. Normal price Tasch to Zermatt 17 CHF and Zermatt to Gornegrat 114 CHF, a total of 131 CHF. So kami dapat save (24x3=72 CHF) kat situ utk 3 org...lebih kurang RM362...Itulah kelebihan travel off season.

Beli ticket pun tak beratur, And bila nak naik train boleh tahan juga org kat situ tapi semua dapat seat.Train dari Tasch kena turun di Zermatt, jalan sikit 40 m naik train to Gornegrat.


Untuk Gornegrat Bahn ni dia ada 5 stops, where you can stop and roam around,take photographs and take the next train up to the following stations -Findelbach, Riffeelalp,Riffelberg, Rotenboden and Gornegrat. 

Mula mula kami plan nak stop kat every station to prevent mountain sickness, in the end kami decide naik terus ke Gornegrat dan balik nanti baru singgah station yang lain. Sebab view every station to memang awesome and breathtaking. Cuma setiap station selain Gornegrat, dia takda closed indoor building utk rest or escape from cold weather outside (-4C) and the next train biasanya datang every 30 min either way.

33 minutes of scenic train  journey - a pure bliss for photographers,influencers and anybody who loves beautiful landscape



View di luar train- kiri kanan

Gornegrat Station (ketinggian 3089m)

As soon as you exit the train,you will be greeeted with panoramic view! - 29 surrounding peaks including Dufourspitze (highest mountain in Swiss) & the Matterhorn.


Nasib baik sempat beli coklat ni kat Coop malam tadi

Happy dapat main snow

After 30 mins interval,kami naik train semula untuk turun kat next station

Rotenboden Station (2815m)

Kat sini paling lama kami lepak-lepak.

Ok,lastly bila dah penat kami turun semula ke Zermatt.

Zermatt

Kami jalan-jalan kejap je kat bandar Zermatt ni.Actually,Matterhorn can be viewed at any angle from down here at Zermatt. 

Pastu kami naik train semula ke Tasch parking terminal..parking 12 CHF.Then bertolak balik ke airbnb kami di Spiez...kami makan bekal kat airbnb je,tak sempat nak makan atas snow tadi..he he!

It was indeed a memorable journey..a feast to our eyes!

Esok kami akan pergi melawat kampung-kampung di wilayah Jungfrau - Lauterbrunnen,,Gimmelwald ,Mürren and Grindelwald..nantikan,insya Allah😊😊