Monday, 14 September 2015

UMRAH 2014-Spiritual Journey of a Lifetime Part 2

Memasuki Kota Mekah dengan perasaan teruja dan bersyukur yang amat sangat...


Menginap di Hotel Al Nada Al Khalil


700 km dari Baitul Haram.Alhamdulillah,kami diberi kekuatan untuk berulang-alik dari hotel ke Masjidil Haram.





Dari hotel ke Baitullah...banyak burung merpati..

Si bongsu yang gagah melangkah...

Sekitar Kaabah

Masjidil Haram ialah masjid yang keempat dibina oleh umat Islam di dunia ini selepas Masjid Quba, Masjid Nabawi dan Masjid Qiblatain.



”Sesungguhnya rumah (ibadah) pertama yang dibangun untuk manusia (ialah) Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi seluruh alam” (Surah Al Imran ayat 96)



Gigih bersolat seorang diri,tanpa ditemani mama & kakak2 yg mendapat cuti pelepasan

Selesai saei....bermula di Safa , jarak perjalanan antara safa dan marwah 420m.
 


Firman Allah: Sesungguhnya Bukit al-Safa dan al-Marwa itu adalah dari syiar-syiar Allah. Oleh itu, sesiapa yang mengerjakan haji atau mengerjakan umrah, maka tiada apa-apa kesalahan baginya untuk berkeliling pada keduanya dan sesiapa yang mengerjakan dengan sukarela amalan yang baik, maka sesungguhnya Allah berterima kasih dan Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 158)


Jabal Thur

5-6 km dari Masjidil Haram, Jabal Thur menjadi tempat Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar berlindung dari orang-orang kafir yang cuba membunuh Baginda ketika Baginda dalam perjalanan untuk berhijrah dari Mekah ke Madinah.


Surah At Taubah (09) : Ayat 40 : 
La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana 
“Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita”



Jabal Rahmah

Di Jabal Rahmah inilah diriwayatkan

1. Tempat bertemunya Nabi Adam dan Hawa setelah berpisah 100 tahun diturunkan dari langit ke bumi.

2.Nabi Ibrahim, menerima perintah untuk menyembelih anak nya Nabi Ismail apabila beliau bermimpi tiga malam berturut turut agar melaksanakan perintah Allah ini.

3.Khutbah Wada' (Khutbah Terakhir) mengambil tempat, di mana di katakan RasulAllah telah menyampaikan amanat terakhirnya kepada umat islam sambil duduk di atas pelana untanya.




Perkuburan Maala

Menempatkan kubur isteri Nabi Muhammad SAW, Saidatina Khatijah R.A serta anaknya Qasim. Kubur Ma'ala juga menjadi tempat jemaah-jemaah haji yang meninggal dunia dikebumikan




Rasulullah tidak melakukan solat jenazah terhadap jenazah isterinya itu kerana pada saat itu perintah untuk solat jenazah belum disyariatkan
Namun baginda sendiri turun ke dalam makam untuk menguruskan persemadian terakhir Khadijah
Baginda juga menimbunkan tanah pada makam Khadijah

Gua Hira'di Jabal Nur

Mendaki Gua Hira' setinggi 2500 kaki pada pukul 1 pagi.Walau pun tiada lampu atau cahaya bulan,suasana terang.Inilah keajaiban Jabal Nur (Bukit Cahaya)

Check point terakhir. sebelum sampai ke Gua Hira


Di belakan sana tu lah gua Hira...


Naik dalam 1 jam lebih.Turun dalam 45 mins.

Masjid Jaranah

Kampung Ja'aranah,kira-kira 24 km dari Masjidil Haram adalah miqat Rasulullah setiap kali Baginda pulang dari berdakwah di Taif.





Perpustakaan Mekah

Perpustakaan ini telah diakui oleh ramai ahli sejarah bahawa ia merupakan rumah kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam. Namun fakta ini telah dinafikan oleh Kerajaan Saudi dengan menyatakan tiada bukti jelas ia merupakan rumah Nabi.

 Mungkin untuk mengelak tempat tersebut dijadikan tempat ibadah atau pemujaan melampaui dari hanya sekadar sebuah rumah, dengan alasan untuk mengambil berkat dan sebagainya.



Masjid Tana'im

 Miqat di Tan’aim iaitu Masjid Saidatina Aishah ...




Tawaf widha'
(لا ينفرن احد حتى يكون آخر عهده بالبيت)
Maksudnya:"Janganlah seseorang itu meninggalkan (baitillaharam) sehinggalah diakhiri dengan baitillahilharam(tawaf wada')".

Setelah selesai menunaikan tawaf wida',kami check out dari hotel...dan dengan perasaan sayu meninggalkan tanah suci.Kami berdoa agar diberi kesempatan untuk menginjakkan kaki ke sini lagi.Inshaa Allah..

~bythewife~









No comments:

Post a Comment