Assalam
Impian kami sekeluarga ke tanah suci untuk menunaikan umrah tertunai dengan izin Allah s.w.t pada 15-24 Dec,2014 (24 Safar-2 Rabiul Awal 1436)
Tahun 2014 adalah tahun mencabar bagi kami sekeluarga especially anak-anak kerana..3 anak-anak kami melalui peperiksaan yang besar iaitu SPM,PT3 (batch perintis) & UPSR (yang tertunda beberapa kali kerana soalan bocor...Subhanallah).
Setelah melalui jerih perih tersebut,kami berhasrat membawa anak-anak ke satu percutian yang sangat bermakna...menjadi dhuyufur Rahman (tetamu Allah).Alhamdulillah,perjalanan kami dipermudahkan Allah.
Pemergian kami melalui pakej Andalusia melalui penerbangan Air Asia-X (RM5190 /pax.).
Coming next is overview di sana..
Masjid Nabawi
Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan
mencelakainya racun dan sihir dihari itu”.
Barangsiapa yang keluar (daripada rumahnya) sehinggalah
sampai ke masjid ini iaitu masjid Quba’ lalu bersolat di dalamnya maka
pahalanya seperti pahala umrah (berkatanya Az-Zahbi)
Oleh kerana kami bergerak dari Madinah, maka miqat kami ialah di Dzulhulaifah Abyar 'Ali (ﺫﻭﺍﻟﺣﻠﻴﻔﻪ ﺍﺑﻳﺎﺭ ﻋﻠﻲ) atau Bir Ali.
Impian kami sekeluarga ke tanah suci untuk menunaikan umrah tertunai dengan izin Allah s.w.t pada 15-24 Dec,2014 (24 Safar-2 Rabiul Awal 1436)
Tahun 2014 adalah tahun mencabar bagi kami sekeluarga especially anak-anak kerana..3 anak-anak kami melalui peperiksaan yang besar iaitu SPM,PT3 (batch perintis) & UPSR (yang tertunda beberapa kali kerana soalan bocor...Subhanallah).
Setelah melalui jerih perih tersebut,kami berhasrat membawa anak-anak ke satu percutian yang sangat bermakna...menjadi dhuyufur Rahman (tetamu Allah).Alhamdulillah,perjalanan kami dipermudahkan Allah.
Pemergian kami melalui pakej Andalusia melalui penerbangan Air Asia-X (RM5190 /pax.).
Coming next is overview di sana..
Masjid Nabawi
"Pahala sembahyang di Masjid
ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid
kecuali di masjid Masjidil Haram.(Sahih Al-Bukhari No.1190,Sahih Muslim
No.1394)
Perkuburan Baqi'
Perkuburan Baqi’ ini menempatkan 10,000 jenazah termasuk para Ahlul Bait iaitu isteri-isteri dan anak-anak Rasulullah saw, para sahabat dan para tabien
Rasulullah
saw pernah bersabda,“Aku adalah orang
pertama yang keluar daripada Bumi(ketika hari kebangkitan), kemudian Abu Bakar,
kemudian Umar, kemudian giliran penghuni Baqi’ yang akan berhimpun bersamaku.
Kemudian aku menunggu penduduk Mekah sehingga penuh di antara dua Masjidil Haram”.
Penginapan di Mubarak Silver Hotel,Madinah
1.6 km dari Masjid Nabawi (20 mins berjalan kaki)
Sekitar Kota Madinah
"Sesungguhnya Ibrahim telah
mengharamkan Mekah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sepertimana
Ibrahim mengharamkan Mekah dan aku berdoa untuk (keberkatan) cupak dan
gantangnya sepertimana Ibrahim as berdoa untuk Mekah.
Ladang Kurma Andalusia
Masjid Quba'
Masjid Quba’ merupakan
masjid yang pertama dibina oleh baginda nabi s.a.w ketikamana baginda berhijrah
daripada Mekah ke Madinah
Barangsiapa yang keluar (daripada rumahnya) sehinggalah
sampai ke masjid ini iaitu masjid Quba’ lalu bersolat di dalamnya maka
pahalanya seperti pahala umrah (berkatanya Az-Zahbi)
Bukit Uhud
Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah
bersabda :
"Sesungguhnya Uhud adalah satu
gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya."
(Disetujui oleh Al-Bukhari dan
Muslim)
Miqat di Dzul Hulaifah (masjid Bir Ali)
Bir Ali ni terletak lebih kurang 9km dari kota Madinah.
Dalam perjalanan Madinah Munawwarah ke Mekah Mukarramah
Jarak antara Madinah ke Makkah adalah lebih kurang 424km. Jauh, memang jauh. Perjalanan lebih kurang 6-7 jam
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ
Alhamdulillah..selamat memasuki Kota Mekah
Tunggu entry Part 2...
~bythewife~
No comments:
Post a Comment