Tuesday, 26 August 2025

PORT DICKSON - UNTUK KESEKIAN KALINYA

Gegurl's trip 💕

Ni adalah posting Port Dickson kami yang ke 7!!😄

Punyalah regular visitor ke PD..maklumlah,sepelaung je dari Melaka..

Balik je dari Langkawi ...bulan berikutnya kami ke PD pulak.Boleh dikatakan ni adalah girls' trip - mama & anak2 pompuan.Abah datang join malam kejap sebab ada urusan lain.

Let's go!

16th August 2025

Perjalanan bermula dari Melaka - 3 beranak..pas tu pick up kid #2 kat rumah sewa di Senawang.

Kami decide untuk lunch kat Senawang dulu..banyak restoren & cafe-cafe best kat Senawang.

First stop - Lunch at Kak Ngah Little Cafe

Kami dah lapar sebab tak breakfast.Lapar - so nak makan heavy tapi nak tempat beraircond So kid # 2  suggest KNLC ni..

Alhamdulillah,price berbaloi sebab portion besar.Dan lagi best sebab kakak yang belanja 😋..

Alas perut dengan hazelnut tart sebelum main meals sampai


Chicken Chop

Smoked duck spaghetti carbonara

Nasi goreng daging

Tukang bayau!

Check in to Tasik Villa International Resort

Kali ni kita try stay kat TVIR.Kami akan try accomodation yang berbeza setiap kali datang ke PD.So,boleh lah refer semua post PD kami untuk cadangan penginapan.

Yang penting kena ada swimming pool..ha ha..dan bilik yang sesuai untuk anak-anak kami yang dah besar panjang.

Kereta dapat parking kat porch betul-betul depan bilik

Kami pilih Family Villa - rumah teres 2 tingkat with private pool.Family villa ni 2 tingkat.

Tingkat bawah - ruang tamu dengan TV,toilet (no shower),kitchenette - ada microwave,fridge dan sink (pinggan mangkuk takde) dan pool.Tingkat atas 2 bedrooms dan shared bathroom.

Tiada partition di antara 2 bilik tidur.

Petangnya..mandi pool je.Pool dia agak dalam jugak,jadi kanak-kanak kalau mandi kena supervised by adults. 

Pool viewed dari tangga

Dari tangga bilik kami..boleh nampak 'jiran sebelah' mandi pool.So,kami pun pakailah tudung..

Dinner di Rezeky Tomyum 3

Sebelum maghrib,abah sampai ke TVIR..pas maghrib kami keluar cari makan.

Awalnya,kami plan nak try Embok Village Steamboat & Seafood.

Ramai sangat umat..tak jadilah
Waiting time - nak dapat meja & tunggu makanan disediakan dalam 1 - 1 1/2 jam

So,kami cari alternatif lain..makan di Rezeky Tomyum 3 (kedai ni on the way,tepi jalan je).Kami pernah singgah makan kat sini few years ago masa datang PD.

Kalau tak silap,ada 7 Rezeky Tomyum ni kat PD


Udang butter

Daging black pepper

Sotong goreng tepung

Tomyum campur

Alhamdulillah..

Balik dari dinner,kita sambut birthday si bongsu di villa.Birthday nya pada 17 Ogos,the following day..



Selamat tinggal alam belasan..

17th August,2025

Pagi esoknya breakfast kat bilik je..kami tak ambik pakej breakfast.

Check out & headed home

Kami cuma bermalas-malasan kat villa...borak-borak dan nonton Neflix (internet ok..tapi asyik kena relog in berkali-kali)

Pukul 12,kita check out..

Kat PD ni memang banyak kedai-kedai makan tengahari yang sedap-sedap.Cumanya,sekarang cuaca panas betul..

So,kami try google tempat makan yang beraircond...tapi yang ada nasik!

Lunch di Dinda & Sons

Thanks a lot to tiktok..pencarian tempat-tempat sangat mudah & visual sangat membantu.Kedai ni bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Port Dickson.

Dinda & Sons - nice and cosy ambience and lots of seatings.Waiting time pun tak lama.

Kami order set nasi + asam pedas dan set nasi + masak lemak daging salai,and add on telur dadar & nasi putih extra.


Walaupon cafe,masakannya rasa authentic kampung..yummy!

Alhamdulillah..kenyang perut senang hati.

Sebelum pulang ke Melaka,kami singgah di Zus Coffee di PD Waterfront.


Ada indoor & outdoor seatings

Coffee nya macam Zus biasalah..yang win nya view lah,sebab overlooking the sea.Kami dah siap-siap order untuk pick up jer.Sebab dah tau betapa susahnya nak dapat parking kat PD waterfront tu.

Expectedly,memang sangat ramai orang kat Zus Coffee tu..

Okey..tu je lah,short trip ke PD..episod lepak-lepak dalam hotel je 😆😆





No comments:

Post a Comment