Saturday, 24 January 2026

A FLAVORFUL TRIP TO HISTORICAL HYDERABAD

Golkonda Fort

Salam & namaskaram!

Kami baru pulang dari bercuti di Hyderabad,India.A'ah..kami ke India lagi😉..previous trip was Bangalore 3 years ago.

Jika ke Bangalore dulu,kami bawak anak #2 dan #4,kali ni kami bawa anak #3 yang baru saja graduate.

Trip kali ni cuma 4 hari 3 malam.Kami fly dengan AirAsia dari KLIA2 pada 16 Jan,2026 jam 7+ malam dan pulang dari Hyderabad pada 19 Jan,2026 jam 11+ malam.Penerbangan mengambil masa 4 jam sahaja.

Waktu di Hyderabad 2 jam 30 minit lebih awal dari Malaysia.

Moving about in Hyderabad

Uber app

Kalau di Bangalore,kami guna Ola app untuk book transport..di Hyderabad,kami guna Uber..Kalau tempat tu dekat-dekat,kami naik auto (atau tuktuk) je,kalau jauh (lebih dari 5 km),baru kami book kereta.Yang bagusnya,the fare is fixed and tak payah nak nego..



Kadang-kadang kami naik jugak auto (tak guna Uber app)..kami compare dulu harga dengan harga by Uber..kalau driver mintak lebih sikit tu,anggap je sebagai sedekah..

FLAVORFUL

Actually,Hyderabad ni memang dah lama masuk wishlist kami.Hyderabad is our top destination for culinary travel.Hyderabad biryani stands among the finest biryani in the world!Cubalah try test satu kali..gerenti kecanduan macam kami 😋😋

Shadab Biryani

We tried this authentic,slow-cooked Hyderabadi dum biryani at legendary Shadab Hotel ('Hotel' in India doesn't necessarily mean accomodation, most of the time it refers to a restaurant).

Bermula pada tahun 1953 (dah 73 tahun!) restoren ni menggunakan resepi beratus tahun..sebab tu Shadab Biryani dikategorikan sebagai 'heritage biryani'.

Biryani nya sangat aromatic dan kuat rempah.

Mutton biryani 1,chicken biryani 1,fried prawn 1
(Actually 1 portion biryani dah cukup untuk 3 orang) 

Shadab Biryani..memang syedapppp!

Bawarchi Biryani

Biryani favourite kami.Mula beroperasi pada tahun 1994,so bukan paling tua..tapi paling popular especially among tourists.Harga lebih murah dari Shadab.

Mutton biryani,chicken 65 & mutton curry

Rasa rempah dia seimbang,tidak terlalu kuat.Locals & tourists approved!

Punjabi cuisine

Kami try jugak masakan Punjabi & North Indian di Punjab Grill,Inorbit Mall.

Fine dining is quite affordable here

Masakan Punjabi & North Indian ni lebih identik kepada berlemak dan creamy,masam manis dengan tomato-based gravy dan tahap kepedasan yang sederhana.

Mutton Laal Maans (mutton on bone) - left
Chicken Tikka- right

Biskut Osmania dan Irani chai 

Kunjungan ke Hyderabad tak lengkap tanpa mencicipi biskut Osmania dan Irani chai (teh).Kombo biskut dan chai ni dijual merata-merata di Hyderabad.

Irani Chai,Osmania biscuits & Maska Bun from Nimrah Bakery,

Charminar in the background

Kenapa Irani?

Pada abad ke 16 sehingga 1687 (Dinasti Qutb),Hyderabad diperintah oleh sultan-sultan yang berasal dari wilayah Persia (kini Iran).Komuniti orang Iran dan keturunan Persia telah tinggal dan bekerja di Hyderabad sejak beberapa abad lalu dan membuka Persian-style cafe yang kemudiannya menjadi terkenal di zaman penjajahan British.

Irani chai + Osmania biscuits

Makan biskut Osmania yang dicicah ke dalam Irani chai is made famous by Hyderabad (not Iran or Britain)

HISTORICAL

Disamping menikmati kuliner yang lazat,kami  sempat juga menelusuri sejarah Hyderabad.

Hyderabad sangat unik dari segi sejarah

📑Hyderabad pernah menjadi pusat pemerintahan empayar besar- Qutb Shahi dan Nizam of Hyderabad.Ada gabungan senibina Islam,Parsi (Iran),Mughal dan India tempatan.

📑Pernah jadi negeri terkaya di India

📑Budaya diraja (Nizam) sangat kuat.

📑Gabungan budaya Timur Tengah & India

Charminar

Char = empat,Minar = menara.Sebenarnya ia merupakan monumen dan juga masjid.
Ikon utama Hyderabad,terletak di Old City.

Bangunan berusia 400 tahun+ masih teguh berdiri

Di tingkat atas charminar,ada masjid kecil yang masih digunakan untuk solat

Golkonda Fort

Kubu pertahanan Empayar Qutb Shahi di kawasan barat Hyderabad.



Chowmahalla Palace

Istana rasmi Nizam of Hyderabad di Old City (dekat Charminar)



Mecca Masjid

Dibangunkan pada 1614M oleh Sultan Muhammad Quli Qutb Shah.So,dah 400+ tahun usianya.

Dikatakan batu bata utama dibuat dari tanah yang dibawa directly dari Mekah - sebab tu namanya Masjid Mekah.Wallahua alam.

Antara masjid terbesar di India,boleh menampung 10,000 jemaah

Tengah renovate masa kami kat sana

Ok,cukup sampai sini dulu.Nanti kami kongsi journey kami di Hyderabad.Kami rasa trip ke Hyderabad agak 'rare' jugak bagi Malaysians.Selama 4 hari kami kat sana,tak jumpa sorang Malaysian pun..Melayu apa lagi.

So,stay tuned!





    
















Tuesday, 20 January 2026

A CAP THROWN HIGH: CELEBRATING OUR DAUGHTER'S CONVOCATION DAY -9th December,2025

She did it!

Convo Day!

Alhamdulillah,selepas pulang dari trip ke Jepun,kami telah berkesempatan untuk merayakan hari konvokesyen anak ketiga kami pada bulan Disember,2025.

Ni adalah post tertangguh,bagi memberi laluan kepada trip ke Jepun.

Kami stay di airbnb di KL East Mall sehari sebelum hari konvokesyen,jaraknya cuma 7 km dari U.Ini penting untuk mengelakkan kelewatan pada hari konvo,takut jammed..kalau stay jauh-jauh susah pula.

As usual,seat dalam dewan hanya membenarkan 2 tetamu - abah dan mama.Anak-anak yang lain akan join kat luar dewan nanti.

Seramai 100 orang graduan tamat pengajian sebagai Bachelor of Human Sciences - English Language and Literature (Honours).Graduan lelaki hanya 15 orang,manakala graduan perempuan 85 orang..hu hu.

Our proud moment..

Few snaps around U..sama je tempat macam kakak dia 


Sokongan dari adik-beradik tu penting!

Alhamdulillah,cukup korum.Kali ni ada cameo..1st appearance by menantu lelaki dan si cilik,cucu sulong kami👶

A day of pride,joy & achievement

Lepas tu,kami semua lunch di Soi 55 Thai Kitchen di Taman Melati,KL.Sedap..

Pre convo photoshoot at Astaka Morocco,Putrajaya on 30th November,2025

Yang ni,dia gi photoshoot dengan kawan-kawan..baru balik dari Jepun.Jet lag pun belum hilang🤣

Caps,gowns and countless memories


Pre convo photoshoot at studio in Melaka on 6th December,2025

Pada weekend sebelum actual konvo,kami ada buat Pre-Convo photoshoot..di Melaka je.First time shoot indoor,dalam studio.Untuk abangnya,kami buat outdoor di Jonker Street dan kakaknya di Botanical Garden,KL.Lagi pun,ada baby..takut dia meragam pulak panas-panas.

Few snaps from pre convo shoots..




Teruslah mengejar impian dan jadilah insan yang memberi kebaikan kepada orang lain..Aminnn.

From First Steps to Graduation Steps

Thursday, 15 January 2026

ITINERARI 7 HARI 6 MALAM - TOKYO & ROAD TRIP TO NEIGHBOURING CITIES

Jangankan Gunung Fujiyama 𝆕𝆔.. (Yama=Gunung😉)
Iyashi-no Sato

Berjumpa kembali..untuk post penutup trip ke Jepun iaitu itinerary!Yeayy🕺💃

Sebelum tu,let us clarify..walaupun 7 hari..trip sebenar cuma 5 full days je - sebab hari pertama kami sampai tengahari dan tiada aktiviti pada hari terakhir (departure day).

Seperti ramai orang,kami pun bercita-cita untuk menjejakkan kaki ke Jepun.Kami confident sebab ramai je Malaysian yang travel sendiri (without agent) ke negara ini.Thankfully,resources and references for visiting Japan are incredibly plentiful.

Pemilihan destinasi lawatan

As the first-timers,we had been considering - which cities in Japan would we like to explore first?Tokyo,Kyoto,Osaka,Mt Fuji,Nara,Hokkaido or Sapporo?These are most iconic destinations most Malaysian travellers would go.

Last-last,kami plan untuk visit Tokyo & Osaka.Tokyo dan Osaka..atau Tokyo je,atau Osaka je?🤔

Selepas kaji selidik..heart-to-heart discussion dan 'bedah siasat' laki bini..kami putuskan Tokyo je lah.🤣🤣Plan 'neighbouring cities' tu muncul bila kami decide nak drive kat Jepun.

Kiranya overview trip Jepun 2025 kami adalah seperti ni

22nd-24th Nov - ⏩Arrival & Exploring Tokyo prefacture (city tour by public transport)

24th- 26th Nov - ⏩Road trip to  Mount Fuji & Gotemba (Shizuoka Prefacture)  

26th - 28th Nov - ⏩Road trip to Hakone & Yokohama (Kanagawa Prefacture) → Makuhari & Narita (Chiba Prefacture) ,then departure for Malaysia.

Prefacture adalah pembahagian pentadbiran wilayah di Jepun,lebih kurang negeri dalam konteks Malaysia.Maksudnya,kami dah explore 4 negeri lah..Emmm..not bad👍!

Summary itinerari kami adalah seperti berikut (klik pada font merah untuk setiap entry)

Sebelum tu,baca intro dulu to get a glimpse of our trip.

Arrival & Day 1

Ketibaan di Narita Airport,naik train ke airbnb di Sumida City dan exploring neighbouring area pada waktu malam

Tokyo Skytree  adalah menara tinjau yang merupakan menara penyiaran yang tertinggi di Jepun..hanya beberapa langkah dari airbnb kami.

Tokyo Skytree

Sumida River - jalan-jalan di persisiran sungai,ramai yang berbasikal,main kasut roda,skate board ..dan berfoto-fotoan.Ada river cruise jugak.

Day 2 (Part 1) 

Healing kat Ueno Park,taman rekreasi awam dengan beberapa muzium dan taman bunga yang cantik.Ada zoo juga..

Explore Harajuku yang happening  (Takashita Street & Omotesando Avenue)

Takashita Street

Day 2 (Part 2)

Lunch & berhuru-hara kat Shibuya Crossing (lintasan pejalan kaki paling busy di dunia).



Night walk to Asakusa - Shenso-ji Temple (Tokyo oldest temple and a major Buddhist centre,famous for its Kaminarimon Gate.

Get a feel for old-school Tokyo at one of Japan's oldest shopping streets,Namikase Street- which dates back to 17th century.

Day 3

Road trip to Gotemba  bermula.

Penyaksian Mount Fuji dari Yamanakako.


Yamanakako

Feast on authentic Indian food at Gotemba India restaurant 

Window shopping di Gotemba Premium Outlet (GPO)..macam JPO tapi much bigger.

Gotemba Premium Outlet (GPO)

Check in ke Fujizakura Airbnb,Gotemba.

Day 4

Melawat Chureito Pagoda (5 storied pagoda on the mountainside overlooking Fujiyoshida and Mount Fuji)

Chureito Pagoda

Quiet moment near Lake Kawaguchi.Solat at Masjid Kawaguchiko

Admiring beautiful gardens at Oike Park and Oishi Park

Oishi Park

Donning kimono at Iyashi-no-Sato (reconstructed traditional Japanese village).

Day 5

Stop by Hakone Owakudani Ropeway.

Enjoying stunning views of smoking Owakudani Valley,serene Lake Ashinoko and Majestic Moint Fuji You might want to hop aboard on Hakone Railway gondola (which we didn't do).

Singgah di Mirato Mirai,Yokohama which means harbor of the future.

Shopping at AEON & Mitsui Outlet Makuhari

Checking into Hotel Nikko Narita

Last Day (Part 1)

Walking through Edo-Era Japan at Little Edo of Sawara and Naritasan Temple.

Little Edo of Sawara

Naritasan Temple

Last Day (Part 2)

Strolling down the traditional and historical street of Naritasan Omotesando

Last kopek shopping at AEON Narita.💸💸

28th Nov- Babai Jepun.✋✋

Oh ya..ada special post pasal Driving di Jepun

Accomodation

1st 2 nights at airbnb at Sumida City
2 bedrooms - 1 queen bed & 2 single tatami matresses
Separate toilet and shower (ada bath tub jugak) rooms
Kitchen with utensils,cooking stove,fridge,microwave,washing machine and dryer

Pro

Dekat dengan Honjo Azumabashi Station 150 meter & bus stop.Dari Honjo Azumabashi Station,ada train terus ke Haneda and Narita Airport.
Dekat dengan Tokyo Skytree (500 meter) & Asakusa.
Banyak convenient stores around airbnb.

Cons

It's a 3 stories apartment (airbnb ni kat 2nd floor).Takde lift,tapi tangga taklah tinggi sangat.

𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇

The next 2 nights at Airbnb Fujizakura di Gotemba

1 bedroom.The living area can be converted into 2nd sleeping area,separated by a curtain
2 single beds & 2 single tatami matresses
Separate toilet and shower (ada bath tub) rooms
Kitchen with utensils,cooking stove,fridge,microwave &washing machine 

Pros

Boleh nampak view Mount Fuji dari balkoni (kalau kena weather & season)- ni BONUS
Free parking for compact car 
Ada manual heater (sebab Gotemba malam-malam sangat sejuk)
Quiet neighbourhood

Cons

Airbnb kat tingkat atas,tangga besi kat luar (can be slippery)

Luar AirBnb
Toilet takde bidet (suprisingly)
Tak boleh on banyak electrical items serentak,nanti electric tripping.

𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇

Last 2 nights at Hotel Nikko Narita

Kami book Japanese style family room
Studio room with 4 tatami matresses,1 Japanese table with 4 chairs
1 shared bathroom
Fridge & kettle provided

Pro

Dekat dengan Narita airport 2.3 km,ada free shuttle bus ke airport.6 km dari Narita city
Ada 24 hour Lawson kat ground floor
Ada water & ice cubes dispenser kat setiap tingkat
Ada 4 pyjamas 😍

Cons

Takde cooking facility
Parking kereta berbayar 500¥ per day😒

Total expenses revealed...

Alhamdulillah tripTokyo → Gotemba → Hakone → Yokohama → Makuhari → Narita berjaya👏👏
Total expenses for flight,accomodation,train,car rental,petrol,toll and parking...🥁🥁🥁RM13k for 4 pax!
Shopping & makan excluded..

Trip hacks?💡

Trip ni memang jimat sebab kita customise with our needs and kemampuan poket.Affordable trip sebab

i) most of our activities are free or minimal fee.We didn't go to Disneyland or DisneySea (7900-10900¥ per adult iaitu RM203-RM280 per adult) atau lain-lain aktiviti yang mahal.

ii) we ate out once daily masa lunch.Breakfast and dinner with food yang bawak dari Malaysia.Snacking from convenient stores like lawson or 7E.

Onagiri dari Lawson

Kos makan di restoren halal lebih kurang 1000-1600¥ (RM40-RM60) untuk 1 portion.Ni untuk makan berat seperti nasi,udon atau ramen.Kalau wagyu atau yakiniku (grilled meat) boleh cecah sampai ratusan ringgit..


Mahal,jadi tak boleh lah nak makan pagi petang siang malam kat luar..hu hu

iii) kami tak shopping high end products kat sana (maybe sikitttt🤫)

Tapi nak pukul rata ni trip jimat cermat sangat..pun tak jugak sebab

i- kami guna public transport untuk first 2 days in Tokyo,the rest 4 days kami sewa kereta.

Road trip to Yokohama city

ii- kami tak ikut toll-free route untuk menjimatkan kos ETC (toll) sebab nak kejar masa (banyak beza distance and hours of driving)

iii- kami parking kat parking berbayar jugak.Bila tak de pilihan,memang terpaksa parking kat tempat berbayar..dah memang cam tu kos parking kat sana.Cuma,maybe kos parking di luar Tokyo tidak semahal kat city.

Travelling makes you more patriotic 💌💌

Bila kita travel,kita nampak apa negara lain buat lebih baik..kadang-kala bila balik,baru rasa "Oh,benda ni sebenarnya bagus kat negara kita".

Tak pun..kadang-kadang baru kita sedar,negara kita sebenarnya tak seteruk yang kita sangka

Sayang pada negara tanpa menafikan kelemahan.Kritik dengan niat membaiki,bukannya membenci.
Malaysia bukanlah most developed..most canggih.But,we think most convenient..at least for us!

Travel yang reflektif boleh menumbuhkan cinta pada negara yang mendalam.

Semoga kita semua mengambil ibrah dalam setiap permusafiran di bumi ini.Insya Allah.

Sharing captured beautiful travel moments in Japan..🎎🏯🗾