Tuesday 30 July 2024

KRABI DAY 3 - FIRE SHOW & DAY 4 - BALIK KE MSIA

DAY 3

Balik dari Din Daeng Doi,kami spend time kat Entertainment Room hotel.Kat sini ada free flow fruit juice,snacks (kerepek-kerepek,biskut dan popcorn) dari jam 10 pagi hingga 5 petang.Ada lounge area yang besar dan ada 2 PC.


Di sebelah petang,kami mandi kat pool je.Swimming pool dia tak berapa besar.Yang uniknya tiles swimming pool tu berwarna merah..so nampak macam air pool pon warna merah.





Kids pool ada slide.Sumber- booking.com

Selesai swimming abah n mama jalan-jalan kat bandar Aonang..anak-anak tak nak join,nak lepak kat bilik je.

Menjelang senja,kami naik tuk tuk menuju ke Aonang Beach untuk menonton fire show.Fire show ni memang ada setiap malam kat sini.Pada jam 9 malam,performers akan buat fire show kat Aonang Landmark Night Market pulak.



Awalnya tak ramai orang yang duduk di tangga menunggu persembahan...makin lama makin ramai yang datang.

Free je show ni,cuma diorang ada edarkan donation box as appreciation.

Performers terdiri dari anak-anak muda berumur antara belasan ke awal 20 an.Nampak sangat profesional mereka ni..termasuklah sorang performer yang duduk atas wheelchair tu.

Usai persembahan,kami berjalan ke Aonang Street Market untuk dinner.Malangnya banyak kedai tutup,katanya sebab public holiday.

Ada 1 kedai ni bukak - May & Zin restaurant.Lama jugak tunggu,baru makanan sampai.Lepas dinner kami pulang ke hotel.

DAY 4

Pagi ni,mama and abah cycling ke arah Aonang Landmark Night Market.Ada basikal percuma yang disediakan oleh pihak hotel.


Ok jugak bandar Aonang ni,..ada laluan untuk pejalan kaki dan penunggang basikal.

Kami request untuk check out late at 1 pm.Hotel allowed tanpa sebarang caj tambahan.Sementara kami keluar lunch,beg-beg kami disimpan di storage room.

Last lunch kat Rezeki Halal Restaurant




Sempat beli bekal kat 7E 

Kami pulang ke Malaysia menaiki AA (delay setengah jam -nasib baik tak lama).

Demikianlah percutian singkat serba santai di Krabi.Alhamdulillah.


Sunday 28 July 2024

KRABI DAY 3 - VIEW MEMUKAU DI DIN DAENG DOI

Masuk hari ketiga di Krabi.

Hari sebelumnya,kami ingat nak gi ke Emerald & Blue Pools.Tapi,jaraknya agak jauh dari Apple A Day Resort - dalam 70 km (1 jam 30 min).Pas tu entrance fee sekarang dah naik ke 400 baht sorang (x 4 adults = 1600 baht).Tu belum masuk lagi transportation ke sana.

Kami juga dapat tau di antara bulan May hingga October,Blue Pool ditutup  supaya tidak mengganggu musim mengawan /membiak  burung-burung dan unggas yang mendiami kawasan ni.Kiranya ,macam tak berbaloi if we come all the way just untuk visit Emerald Pool saja.

Lepas menggoogle,terjumpa this attraction -Din Daeng Doi (Doi dalam Bahasa Thai bermaksud gunung).Jaraknya cuma 14 km dari hotel kami.Entrance fee murah dan hiking trail,short and easy.

Minivan untuk ke Din Daeng Doi datang pick up kami di hotel

Kami dapat deal dengan sorang Muslim driver,Abdullah - 850 baht untuk transport pegi balik.Plannya,selepas Din Daeng Doi - kita akan singgah kat Elephant Shelter pula.

Kami gerak dari hotel jam 7.50 pagi.Kejap sangat dah sampai ke base Din Daeng Doi.Kalau nak hiking - dalam 100 meter to the top,dalam masa 10-15 mins.

Kami decide tak hiking,tapi naik 4 wheel car ke puncak.Harga entrance fee ke DDD cuma 50 baht/pax & harga naik jeep 30 baht/pax.

Melompat-melompat jugakla dalam jeep sebab jalan yang berliku dan agak rough.

Turun dari jeep,kena mendaki sikit..

Sampai ke puncak...memang tak sia-sia...cantik giler!

Ada small cafe run by Muslim family..& tentunya halal.Tapi kami masih kenyang sebab baru breakfast kat hotel pagi tadi.

View dari cafe


Thai tea & crispy rotee cicah susu pekat

Ada pondok-pondok kecik..boleh makan minum kat sini (kalau tak nak kat cafe)

We spent about one hour plus kat atas ni..pas tu kami turun semula dengan jeep.

Ok,jom balik

Abdullah bawak kami ke Elephant Shelter..

Sampai kat situ, kami decide tak masuk sebab walaupon 'free entrance',kita tak dibenarkan masuk melainkan kita pilih aktiviti-aktiviti yang nak dibuat di situ.Setiap aktiviti ada kos berasingan dan cheapest aktiviti ialah memberi makan gajah - 300 baht /person.Kami rasa macam tak berbaloi..sangat berbeza ketika kami melawat Mae Taeng Elephant Camp di Chiang Mai dulu.

We skipped aktiviti gajah ni.Abdullah menyarankan kami brunch kat local restaurant.

Kami singgah kat Jah Sai Rice Noodle Restaurant - makan goreng-goreng je.Alhamdulillah,untuk makanan yang sedap ni,harganya cuma 410 baht.

Nasi goreng tomyum



Complimentary ulam-ulaman

FYI - trip kat Krabi ni kami cuma makan kat restoren-restoren mana yang jumpa je.Kami tak pegi pon restoren-restoren yang di listkan / direkemenkan oleh orang-orang Malaysia yang dah ke Krabi.Walau bagaimana pon,semua kedai yang kami makan tidak mengecewakan.

Kami balik hotel untuk rehat (ha ha ..actually takde buat apa-apa yang penat pon).Saja lah nak mengoptimakan our stay kat hotel..