Monday, 6 March 2023

TRIP TO JOHOR - DAY 3 ; JB & BACK TO HOME

Somewhere on the way back...kat Pontian

Hari terakhir di JB.

Kami checked out very early pagi ni,dalam jam 8.30 pagi.Jauh perjalanan balik ke Melaka.

BREAKFAST AT MEDAN SELERA MAHSURI

Sebelum meninggalkan bumi Johor ni,ada 1 tempat wishlist yang dicadangkan oleh 1 of our alumni..iaitu makan puri di salah satu warung di Medan Selera Mahsuri yang terletak di Bandar Baru Uda.Ikutkan ni kali ke tiga kami ke BBU in the last 2 days - 1st & 2nd - visit abang dan sepupu..kali ketiga ni untuk cari makan

Medan Selera Mahsuri

Nama kedai..Gerai Shamiera

Alhamdulillah..sedap puri kat sini.Owner dia rasa happy bila kita bagi tau ada org rekemen kedai dia.Terus dia kasi diskaun & free kuih vadai..ha ha

MENCUBA JAMBATAN SUNGAI PULAI

Atas saranan my abang,kami cuba merentasi Sungai Pulai menggunakan jambatan yang baru saja dirasmikan..jambatan ni menghubungkan Gelang Patah ke Pontian.

Jambatan ni baru dirasmikan akhir tahun 2022..

Jambatan sepanjang 7.5km (gambar ihsan Google)

Dengan adanya jambatan ni,perjalanan ke Pontian yang biasanya memakan masa 1 jam lebih dapat dipendekkan kepada 30 minit sahaja.

Sepatutnya dari JB kami perlu menelusuri Tanjung Bin ..tapi ntah macam mana boleh tersasar..we missed Tanjung Bin!

Sayangnya..dengar citer pantai Tanjung Bin sangat cantik & awesome.Takpelah..takde rezeki.

Masa kat PONTIAN..terjumpa 1 spot..?jeti..ntahlah..tapi cantik

Disebabkan masih kenyang lagi..kami tak singgah mana-mana lagi..terus drive balik ke Melaka.

Singgah kat MITC Air Keroh,Melaka untuk makan Asam Pedas Ani Parit Jawa - masih vibe Johor,tapi di bumi Melaka..he he


Alhamdulillah..syukur trip yang simple yet meaningful ini dipermudahkan.....dan dijauhkan dari kesulitan (banjir besar di Johor,parts of Pahang & Sarawak happened 1 week after our trip).





No comments:

Post a Comment