Sunday, 26 March 2023

MOH LER KE PERAK - TRIP TO LUMUT & TAIPING

Selepas trip ke Johor sebulan yang lalu,kami berkesempatan bercuti ke Perak pula.Alhamdulillah,kali ni kami bawa kid #2 & #4 …kedua-duanya dah abis exam.Si kakak tengah cuti semester manakala adik bongsu baru abis SPM.

Kami memilih untuk bercuti ke Lumut & Taiping..he he,kenapa bukan Ipoh?Pertamanya kami memang plan nak ziarah kawan di Manjung dan keduanya memang suka Taiping.We love the laid back atmosphere and old charm of Taiping.Dah lebih 10 tahun tak datang kedua-dua bandar ni.

Kami memulakan perjalanan dari kampung di Semenyih.Singgah breakfast kat gerai tepi jalan (tak sure nama) di Kuala Selangor.



TELUK BATIK

Kami sampai di Manjung pukul 12 tengahari.Awal lagi untuk check in ke Damai Laut.Jadi kami singgah dulu ke Pantai Teluk Batik.

Pantainya masih putih bersih seperti 20 tahun yang lepas.Perghh..lama betul tak ke sini.Kami just lepak-lepak & ambik gambar.Nak lunch..masih kenyang sebab breakfast lambat .




Pastu ternampak ada brother ni sewakan tuk tuk...wah rare ni.Tak penah lagi cuba bawak sendiri tuk tuk ni.Kalau kat Thailand atau India..biasalah naik.

Kita kasi budak lepas SPM jadi supir.Lesen keta pon takde lagi..try praktis bawak tuk tuk dulu..he he.


Dari Teluk Batik,kami drive ke Marina Island Jetty Complex..tak jauh pun dari Teluk Batik..dalam 5 km macam tu

MARINA ISLAND JETTY COMPLEX

Tujuan kami ke sini nak meninjau tempat ni..Marina Island ni man made island,dah ada sejak tahun 2012.Tapi sebab kami dah lama tak datang ke Lumut (dalam 20 tahun),belum lah sempat kami berkunjung ke sini

Taking the Marina Island- Pangkor Ferry is an alternative way to reach Pangkor and faster than old Lumut-Pangkor Ferry.





Kalau dari Marina ke Pangkor cuma 10 mins ride jer,berbanding dari Lumut ke Pangkor - makan masa dalam 30-45 min (depends pada keadaan laut).

Ok,dah survey..kita gerak ke penginapan kami di Double Tree by Hilton,Damai Laut untuk check in.Cerita lanjut di entry seterusnya.

Tuesday, 21 March 2023

TEMPAT MAKAN BEST DI MELAKA YANG KAMI REKEMEN (AS LOCALS)!

Dining Masa PPN (Pelan Pemulihan Negara) Fasa 2


Sebelum tu korang kena baca dulu part 1 - Tempat Makan Best di Melaka,Tak Viral Tapi Sedap!

Disebabkan views yang amat baik untuk previous related post,kita sambung part 2.Tq for support 💗💗

As usual - disclaimer,tempat-tempat ni ikut citarasa kami ya,masing-masing ada tastebuds berbeza.Ni suggestion dari kami yang dah menetap di Melaka hampir suku abad..

NASI AYAM APOLLO


Ni gerai je..kat Taman Cheng Perdana.Tapi,kedai ni sangatlah underrated & only known to locals.

Uniknya ayamnya dibakar dalam 'apollo' ni

Jadi,nasi ayam ni considered healthy (but delicious) meal




Selain dari tu,ada rojak,laksa,tauhu begedil & masakan goreng-goreng.

Bukak every weekdays 10 pagi sampai 6 petang.
Sayangnya,gerai ni tutup hari Sabtu & Ahad daaa..tu agaknya tourists kurang tau kedai ni.

MALAQAT BARKAT ROTI JOHN

Kedai ni kat Pantai Puteri,Tg Kling,tak jauh dari Qasrina Chalet.

Kami ni oldschool..memang suka roti john yang simple & legend ni..tak minat  sangat roti john versi modern yang melimpah ruah dengan cheese & mayonaise tu.


Tapi jangan risau..kalau nak yang cheesy meleleh tu..tetap ada..kalau tak silap namanya Roti John Jebat Derhaka..memang derhaka betholl!

Ayam golek as pendamping roti john..memang terbaiklah.


Kedai ni pon ada jual masakan goreng-goreng dan set asam pedas.


BREAD AND OLIVE

Gambar ihsan Google

Ni kedai masakan Arab,cooked by Arabians..portion besar & kalau nak dibandingkan dengan kedai masakan Arab yang lain,saya rasa harga dia lebih reasonable.

Kedai kat tepi lebuhraya AMJ (but not very visible)..dekat-dekat Hospital Melaka & Masjid Al Azhim..so,regular customer biasanya staff Hospital Melaka (masa lunch) & jemaah Masjid Al Azhim (after solat Isya')

Nasi ayam Mandy
Nasi lamb haneeth


Arabian tea with mint


PERHENTIAN KUIH KAMPONG

Yang ni actually cawangan yang kat Ujong Pasir tu..kedai yang sama.Kedai asal masih wujud.
Perhentian Kuih Kampong ni memang tak asing lagi bagi mereka yang berkunjung ke Melaka.

Yang baru ni terletak kat Semabok,tepi Lebuh AMJ...bertentangan dengan Petronas & KFC Semabok. 
Cuma parking limited sebab tepi jalan highway.

Asam pedas - sedap



Ada macam-macam kuih tradisional Melayu.Selain dari tu,ada nasi ayam,nasi set asam pedas,kari nyonya dan lain -lain.

HOMEMADE KUIH BAKAR MELAKA

Gambar ihsan Google

Ni betul-betul sebelah Perhentian Kuih Kampong.

Boleh buat buah tangan dari Melaka..kuih bakar sedap & tak terlalu manis

Sebelum ni kami selau beli kat HQ dia kat Kg Seri Jeram,Alor Gajah...tapi sejak dia buka cawangan di Semabok,lagi mudahlah sebab lebih dekat dengan rumah dan tempat kerja.

Ni HQ dia kat Kg Seri Jeram..stall je kan?Tapi jangan nak walk in kat sini,
takkan dapat merasa kuih kalau tak pre-order!

1 lagi cawangannya kat Pulau Sebang,Alor Gajah.

BABY CAKOI

Ok,yang ni kira pencuci mulut lah..atau snack.

Ada 15 pieces sekotak / RM6.Dia kasi 1 sos cili & 1 sos pandan FOC.
Kalau nak sos coklat- kena add RM2


Tapau je..ada limited kerusi untuk dine in

Cakoi biasa je..tapi saiznya comel,rangup di luar tapi lembut kat dalam.

Kedai ni terletak kat Taman Lagenda.Taman Lagenda ni opposite AEON Melaka Bandaraya Melaka.Taman Lagenda ni bukan taman perumahan.. kat sini banyak shoplots

ROTI2U

Kedai ni,speciality nya adalah roti bezlama (roti dengan resepi asalnya dari Turki).Ada 2 jenis roti bezlama - plain atau cheese.

Ikut resepi asal,roti ni dimakan dengan kuah menemen (telur,tomato,capsicum dan rempah ratus yang dimasak dengan olive oil).Tapi kami selalunya makan dengan rendang daging atau kari ayam- sesuai dengan tekak orang kita..hu hu

3 keping roti/hidangan & kari ayam

Lasagna pon sedap

Kedai ni kat Pulau Melaka...otw nak ke arah Masid Selat (masjid terapung).

RAHMAT SUP

Mengakhiri list - kedai yang sejengkal dengan rumah kitorang.Kedai kampung je..tapi penangannya luar biasa.Kedai kat Rumah Awam 2 Pulau Gadong,sebelah dengan Tadika JAIM Klebang


Kalau dulu kedai ni adalah port lepak orang-orang kampung Klebang.Tapi lately banyak pulak kereta plate luar yang singgah

Speciality - tentulah sup dia ; ada sup ayam,sup daging,sup tulang,perut & kambing.Biasanya makan dengan roti potong..boleh gak makan dengan nasi.

Gambar ihsan Google

Ada juga makanan goreng-goreng - kue tiau & mihun goreng sedap tapi 'pemurah' dengan tauge & timun!Kalau tak suka,please customize..mintak kurangkan atau takyah add.

Otak-otak pun best

Satay pun sangat sedap - RM1/cucuk

Oklah..tu je 8 dalam senarai kedai makan kali ni..selamat datang ke Melaka & menjamu selera (suka nau korang dengan Melaka eh?ha ha..)



 

Tuesday, 14 March 2023

MOHAMMAD CHOW - RESTOREN TERSOROK DEKAT UIA GOMBAK


Salam semua!

Hari ni nak share 1 restoren yang dah masuk carta favourite kami setiap kali hantar anak balik belajar.Restoren ni mungkin dah dikenali ..tapi bagi yang datang dari luar KL or Selangor,mungkinlah ada yang belum pernah tau..

Nama restoren - Mohammad Chow - chinese muslim,terletak di tepi Karak Highway atas Bukit Guling Ayam!

Dia ada cawangan kat Ampang & Damansara Perdana jugak

Tak lama lagi,budak-budak SPM akan abis exam & maybe ada yang bercita-cita nak melanjutkan pelajaran ke UIA Gombak?Hopefully,perkongsian ini boleh dijadikan panduan untuk parents yang pertama kali menghantar anak ke U ni..& lepas pendaftaran tak tau nak makan kat mana..restoren ni memang sesuai lah sebab lokasinya cuma 3 km dari UIA.

Kami jumpa restoren ni pon secara tak sengaja...

Landmark untuk ke sini adalah Petronas or Shell Lingkaran Karak..perasan tak nak dekat-dekat masuk UIA Gombak tu..kat sebelah kiri ada 2 petrol station ni?

Macam kami yang datang dari selatan,lepas Plaza Tol Sentul..dalam 7 km kita akan jumpa pintu gerbang ni.

Pintu Gerbang Kuala Lumpur

Tak jauh selepas pintu gerbang..akan nampak Shell-->McDonals-->Petronas -->Starbucks sederet!Ha..macam-macam kan pilihan kalau lapar..memang kawasan ni considered as kawasan 'Rawat & Rehat' yang selesa dan sering jadi tumpuan.

Selain dari fast food..ada banyak gerai-gerai makanan di kiri kanan..

Pada hari kejadian (terjumpa restoren)..kami rasa lapar nak makan nasi & not keen for fast food..pastu ternampak signage Mohammad Chow

Nampak tak sayup-sayup signage Mohammad Chow?

Kami redah je naik ke lereng bukit..follow je signage..masa tu dah senja..agak seram & tak confident sangat ada ke restoren kat atas bukit yang cerun ni?

Tapi memang ada!

Konsep open air

Pada saya,makanan kat sini sangat reasonable harganya,food portion ..dan yang penting sedap!

Ramai yang review serving lambat,tapi dari pengalaman kami,waiting time still acceptable..boleh layan lagu-lagu rock kapak dulu sambil menunggu makanan.

Boleh order sup kosong as kuah- yg ni tak tulis dalam menu (kalau tak nak order tomyumla - langkah berjimat sebab kami tak ramai).1st visit diorang caj RM1..tapi kali ni dapat FOC

Ni yang kami order..tak banyak sangat sebab bertiga.

Lemon chicken & sweet & sour fish fillet 

At our previous visit,kami order..

Salted egg sotong goreng tepung & lemon chicken

Kami nampak rider Foodpanda pon sampai ke atas bukit ni..student UIA boleh jugak order food delivery dari Restoren Mohammad Chow ni.

Sekian,review tak berbayar dari kami..semoga bermanfaat 😊😉..