Tuesday, 14 July 2020

POKDEKSEN LAI - CUTI-CUTI PKPP DI LEXIS HIBISCUS

Bersua kembali...


Ketika rakyat Malaysia 'dikurung' masa PKP,PKPD dan PKPB...rata-rata dari kita memang terasa 'dipenjara' di rumah sendiri & keinginan untuk travel memang meluap-luap.

Tapi,apabila PM TSMY mengumumkan peralihan fasa ke PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) di mana merentas negeri dibenarkan...wishlist pertama yang ingin kami tunaikan adalah berjumpa ibu bapa dan adik-beradik.. 

Setelah dapat berjejak kasih dengan yang tercinta,barulah kami mempertimbangkan plan untuk jalan-jalan dalam negeri (sebab sempadan ke luar negara belum dibuka).Walaupun fasa PKPP dikira sebagai fasa kebebasan..sebenarnya kami masih agak terikat ,maklumlah 'frontliners'...dan jadual pembelajaran (online) anak-anak agak packed jugak.Jadi,kalau nak jalan-jalan tu,weekend sajalah yang free..tapi tau-tau je lah...hotels & homestays were all fully booked & sold out masa weekdays..weekends apatah lagi! 

Ntah macam mana..usaha untuk book Lexis Hibiscus,Port Dickson berjaya jugak after few attempts.Saya rasa most people booked Grand Lexis or Lexis Hibiscus...sebab ada indoor pools.Masa awal-awal PKPP,SOP di hotel agak ketat...mandi di public swimming pools tak dibenarkan,gym & karaoke room tak boleh buka,hidangan buffet dilarang...malah perlu dielakkan berkumpul ramai-ramai di hotel lounge untuk urusan check in / check out.

Menjelang hari kejadian...anak sulong kami di Penang pula tidak sihat.Jadi,saya telah terbang ke Penang untuk meninjau keadaan dia....plan ke PD tetap diteruskan oleh isteri & 3 anak perempuan.Nak kensel dah tak boleh..nak let go,sayang pulak.

Pompuan only..

Kami dapat book bilik Skypool Villa...alhamdulillah.. 42% cheaper dari usual rate..dapat offer & voucher dari airbnb.Voucher still available & valid till end of Dec,2020.Apa kata korang skodeng kat sini & sini?Mana tau rezeki korang pulak kali ni?

Team mama & anak2 pompuan datang awal..as advised by our Airbnb host.He said that a day earlier (on Thursday),his customers had to wait fo an hour and half untuk check in!Mak aii....tu weekdays.Baca kat reviews booking.com...memang ada yang beratur sampai 3 jam time PKPP ni.

Beratur untuk scan check in & check temperature kat pak guard

Masa sampai hotel..memang berbondong-bondong umat manusia kat lobi.Alhamdulillah,urusan check in selesai within 10 minutes only...settled everything before 2 pm..Maybe ramai yang belum sampai lagi untuk check in masa tu (official check in pukul 3 petang...ada yang kata pukul 4?) 

Kat kaunter..depa dah bagi tau siap-siap!

Bilik Skypool Villa ni paling luas..96sqm... terletak dalam blok yang sama dengan lobi hotel.So,lepas check in..terus naik lift sebelah lobi ke bilik.Tak perlu nak queue naik buggy...sebab buggies tu untuk bilik-bilik di water chalets seperti executive pool villa ,premium pool villa & panorama pool villa.Keadaan kat buggy station tu mengalahkan stesen bas ...punyalah ramai orang menunggu!

Skypool Villa room -situated onshore within the hotel’s tower block

Susur gajah ke water chalets


Tips- untuk Skypool Villa..do request for level 9 or above...room numbers 7 or 8 (central) for best views.Kami dapat bilik nombor 7 aras 8...good deal!Alhamdulillah

Skypool Villa -gambar google

Reality...still as good.Cuma cadar & pillow cases plain white..Covid-19 theme!





From the balcony,you can view....

...sky..sea..beach..fountain & hibiscus structures (leaf/daun = executive pool villa ,petal /kelopak = premium pool villa  & stigma = panorama pool villa ).

Lepas tu,kami keluar untuk lunch di Ayam Bakar Station which is only 1.5 km dari hotel.We've been here a couple of times before.



Petang lepak-lepak di bilik & berendam..


Sunset from balcony..



Malamnya...team gegurls dinner dalam bilik je,malas nak keluar.Lagi pun kereta parked kat level 6-multistoreys parking building..seram nak pegi memalam..hu hu.

The same night,saya yang berada di Penang telah fly ke KLIA (sebab keadaan anak dah improving a lot) to join the PD team...sampai ke hotel dalam 12.30 pagi.

Paginya,sempat saya berjogging di laluan depan water chalets.Saya jogged sampai ke penghujung stigma bunga raya tu..






 

Seterusnya..ronda-ronda sekitar hotel (kami book 1 malam je)..

Man-made beach...cantik..ada orang mandi-manda




 



 



 











Hibiscus Walk...tapi takde food stalls di kiri kanan laluan,macam sebelumnya..



Ada retractable rope barrier dipasang sekeliling public pool...tapi,ada 1 couple (tak snap gambar depa ler) ni mandi dalam kolam.So,we're not sure pool ni dibuka untuk public or tak?Sebab pool guard tu pun tak melarang...



 


Orait..tepat jam 11 pagi,kami check out..


Sebelum bergerak pulang ke rumah,kami lunch dulu kat tempat makan wajib kami...Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place (dah berpindah ke lokasi yang ketiga sekarang)


Bertolak balik ke Melaka..2 kereta.Sempat singgah di favourite stall saya..somewhere di Masjid Tanah..beli kuih bakar.Memang sedap kuih bakar dia...homemade..jual depan rumah jer.

 

 














 






Tu je lah percutian singkat kami..pasca PKP..pelan-pelan kayuh...Alhamdulillah..


1 comment: