Friday, 10 March 2017

Reviews on Accomodation (Apartment & Campsites) at West Australia

Semasa road trip kami ke West Australia (2nd-11th Dec,2016),kami telah menginap dalam motorhome selama 7 malam dan bermalam di motel Perth untuk 2 malam pertama .Rasa teruja nak share what we thought about each accomodation.

Moga-moga  review ni boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang mencari-cari penginapan (terutamanya pada sesiapa yang plan nak bermotorhome) di WA.

Tapi,harus diingat jugak...campsite atau caravan park ni bukanlah untuk parking motorhome semata-mata.Park ni juga menawarkan banyak nice kabins dan hostel untuk disewa (at reasonable price).Maknanya,jika readers menyewa kereta...boleh juga menyewa accomodation di campsite ni. They are definitely the alternative options...rather than staying in 'typical' apartments!

Kan best menginap di kabin-kabin atau lodge comel ni?Terasa macam ala-ala country feeling gitu..

Pengalaman ketika menginap di campsites di NZ pada 2015,kami jadikan pengajaran.Bukanlah menyesal ke apa....cuma ralat kerana most of the times,kami tiba di campsites pada lewat petang atau malam hari.Jadi,kami tak betul-betul enjoy setiap campsite yang kami pergi.Sampai je kat site...top up power (caj motorhome) & air...dan membuang hasil kumbahan.Mandi...mendobi..makan dan tidur...esoknya pagi-pagi lagi dah bergerak ke tempat baru.

So,trip kali ni,kami cuba untuk memanfaatkan setiap campsite.. Bak kata omputeh,really savoured our moment,ahaks!

So...let's start with..
(Boleh klik each link untuk survey harga ya?)

CITY WATERS PERTH    
118 Terrace Road. Perth. 6000

Checked in-2 Dec 2016 5.15 PM
Checked out- 4 Dec 2016 8:00 AM (2 nights)

Location

Motel / apartment yang kami inap for the first 2 nights in Perth.3 star je..tapi,dari segi location..Nora bagi 5 bintang!he he..

Kami naik teksi dari Perth Airport...sebab 6 orang,mengheret 3 beg yang besar.Untuk 17km,rate adalah AUD60+..boleh check kat Swan Taxis  Fare Estimator untuk estimate rate.

Nak naik bas pun boleh.Tiket AUD4.60/pax.Kalau dari Perth Terminal 1,naik bas no 380 dan bagi tau driver bas nak turun kat Hotel Novotel (landmark).City Water kat belakang Hotel Novotel tu.


3-tingkat..takde lift (Gambar ihsan Google)


Lynn..the friendly staff at reception

Our room kat 1st floor (heret beg naik tangga)
Slope untuk OKU




Dapur serba lengkap
2 bilik interconnected...1 queen & 4 singles untuk kami berenam

The hotel is located in the heart of Perth, close to Swan River (few minutes walk) and touristics places like Kings Park, Barack Street, Bell Tower & Northbridge!


Nampak tak perkataan 'Motel'...tu lah City Water Apartment !

From apartment to Swan River..
Swan River
Sunset at Swan River
Walking distance to Red CAT free shuttle bus (dalam 10 minit), close to Barrack St jetty for Captain Cook Cruise / Rottness Island ferry
Jalan kaki..12 mins ke Bell Tower
Wifi

Free Wifi is available to all guests .Best best!

35 Ocean Parade, Iluka WA 6028

Checked in-4 Dec 2016 6:00 PM
Checked out- 5 Dec 2016 7:45 AM

Location

Lokasi campsite ni lebih kurang 30 km dari bandar Perth.Very peaceful and secluded spot..bagi anda inginkan yg inginkan privacy.It sits on Burns Beach.

Actually,Burns Beach Sunset Village ni letaknya on the way ke Pinnacles / Lancelin.
Kami pilih campsite ni sebab dari Perth City,kami lajak ke utara untuk ke tengok Pinnacles & main sandboarding di Lancelin Sand Dunes.
No Wifi (sob..sob)


Ada playground...sangat sesuai untuk family dengan anak-anak kecik

Dari playground menuju ke reception office


The Reception Office


Ni lah site kami...dengan own toilet /shower room

Our ensuitte site

Nice kabins..untuk disewa
Had dinner & breakfast here....with angin sepoi2 bahasa..

The campsite overlooking the beach
 




Wouldn't you kill for this kind of view?Sooo breathtaking!


PO BOX 22 Yallingup WA 6282

288 km dari Burns Beach Holiday Village.

Tempat persinggahan terakhir kami untuk road trip pada hari ni ialah Busselton Jetty & Cape Leeuwin Naturalist Lighthouse.Jarak dari lighthouse ke Yallingup Beach Holiday Park ni cuma 22.5 km.

Checked in-5 Dec 2016 5:45 PM
Checked out- 6 Dec 2016 7:40 AM

Location

Park ni pun terletak kat pantai... close to the boat ramp.So,kira anda dapat bonus...dapat menginap and main kat pantai sekali,kan? 

Pantai Yallingup terletak betul-betul berhadapan dengan holiday park





Redup..banyak pokok-pokok besar
Santai-santai
A greaaattt playground..budak-budak mesti suka
Tangga untuk ke pantai


Selamat untuk mandi
Excellent place to watch the sunset / sunrise 
Kalau nak sewa kabin..

The amenities were clean and accessed using a code

Showers with hot water
Bilik dobi
FONTY'S POOL CHALETS AND CARAVAN PARK
699 Seven Day Road,Manjimup 

151 km dari Yallingup Beach Holiday Park


Checked in-6 Dec 2016 2:30 PM
Checked out- 7 Dec 2016 6:30 AM



Campsite yang paling unik dan tersendiri.Famous for majlis wedding & family day.
Yang paling special..tentu lah,kolam semulajadinya yang dah berusia 100 tahun ni..


Lots of large trees for shade, spacious and grassy caravan and camping sites


Incredibly beautiful gardens
Shower and bathroom are excellent and spotless

Natural fresh water pool  berusia 100 tahun..
Pandalela Renong..
Seronok sakan!

Open air kitchen

Dinner


Rest Point Holiday Villag
e
     
PO Box 4 WALPOLE WA 6398

123 km dari Fonty's Pool Chalets and Caravan Park

Checked in-7 Dec 2016 2:30 PM
Checked out- 8 Dec 2016 6:30 AM
Kedudukan RPHV

The famous jetty..great spot for fishermen




Great giant air cushion for jumping on (Google Image)


A couple of Kangaroo's came to visit to have their photo taken.


Wifi-strong around the registration office / jumping pillow area..losing connectivity nearing our site..


8 Medcalf Parade, ALBANY, WA, 6330

130 km dari Rest Point Holiday Village

Ensuite Powered Site

Checked in-8 Dec 2016 4:40 PM
Checked out- 9 Dec 2016 7:40 AM


The entrance

Our ensuitte campsite..
Modern..cantik & tersususn 

Playground for kids

Walking distance to Emu Beach
Perth Vineyards          
91 Benara Road CAVERSHAM WA 6055

Ensuite Powered Site

423 km dari Albany Emu Beach Holiday Park

Checked in-9  Dec 2016 6:00 PM
Checked out- 11 Dec 2016 9:00 AM (2 nights)

Destinasi terakhir kami sebelum berangkat pulang.Sebenarnya,kami sangat recommend tempat ini jika anda hanya nak berjalan-jalan di Perth sahaja (tak buat road trip ke WA).Sebabnya,tempat ni sangat strategik lokasinya.Just rent a car & sewa kabin kat sini.

Dekat dengan..

Perth Airport-15.9km.
Britz Motorhome-8 km (in case sewa motorhome..dekat jer nak pulangkan) 
Caversham Wildlife Park-8 km
Margaret River Chocolate (West Swan branch)-4.2km
Yahava Koffeework-4 km
Swan Valley Tourist Park-5.9 km
Danish Patisserie-6.3 km

Nearest Coles Supermarket is only 1.7 km! Senanglah nak top up barang dapur & kudap-kudapan..


Kids pool
Cabins for rent

Hopefully..dengan serba-sedikit explaination dan reviews...readers dapat membuat pilihan.
Nanti bila dah try...jangan lupa share pengalaman ya?Mungkin berbeza

Wassalam..

No comments:

Post a Comment