Friday, 10 March 2017

DAY10;11 Dec-DEPARTURE DAY


Assalamualaikum...

Alhamdulillah...hari terakhir di bumi kangaroo.Suasana pagi di Big4 Perth Vineyard








Sebelum check out from Perth Vineyard...pastikan motorhome dipulangkan dalam keadaan bersih,ok?


Ikutkan agreement penyewaan motorhome,kita kena pulangkan semula tong LPG penuh.Puas kami cari...campsites yang kami inap sebelum ni takde service isian semula LPG.Nasib baiklah kat Perth Vineyard ni ada LPG gas refill...

Actually tak banyak pun gas yang kami pakai..

Ada banyak masa lagi sebelum berangkat pulang ke Malaysia.Flight kami pukul 4.50 petang.Jadi kami bercadang ke Margaret River Chocolate cawangan West Swan.Dekat sangat dari Perth Vineyard campsite ni...cuma 4.2 km.

Actually,the original factory tu ada kat Margaret River region.Tapi,memang kami tak singgah hari tu.Oklah jugak..branch dia ni...serves the same purpose..boleh beli coklat and free tasting!

Buka setiap hari...9 to 5...except Xmas



Macam-macam pilihan..boleh bawak balik as ole-ole

The seller knows which flavours yang halal for muslims..which one yg kosher
(8 out of 12 flavours are halal)
Tak order apa-apa makan sebab masih kenyang breakfast.So...cannot comment about halal food kat sini.Just ask them


 

Kat luar kedai..very green


Selesai lawatan ringkas di Margaret River Chocolate....sekarang jom terjah Yahava Koffeeworks!

Actually,kami tak pernah tau pasal Yahava Koffee ni...so memang tak masuk dalam itinerary pun.Tapi,on the way ke Margaret River Chocolate tadi,kat sebelah kanan jalan..nampak kereta berderet-deret kat sini.Apa yang havoc sangat tu?

So..to feed our curiousity,kami teruskan edisi siasat..

Drive through coffee


Parking lot luas...senang nak park motorhome


Sebelum masuk...there's a lovely outdoor area with views of lake and vineyards







Bila melangkah masuk...Wow..What an ambience!Dan aroma kopi menusuk hidung.

Cafenya sungguh hipster sekali!

All coffee-related nick nacks and gift ides to browse!

So,kita stop kat tasting table...pura-pura dengar dengan khusyuk pasal sejarah dan speciality of Yahava Koffee...demi secangkir kopi free!Hu hu..


This young barista...seriously knowledgeable & passionate about coffee
There...6 cups for us!


Bila disuruh pilih coffee apa nak tasting?Kami yang not coffee-lovers ni terkial-kial...so,kami mintak cappucino,latte,moccha....and yang biasa-biasa kami dengar.Tapi,memang sedap coffee dia...


Hasil rembatan..

Selesai di Yahava Koffeeworks...kami terus menuju ke Britz untuk pulangkan motorhome.Sepatutnya,dekat jer Britz ni dari Perth Vineyards...dalam 8 km.Tapi,ntah mana silapnya,GPS tersasar dan kami berpusing-pusing kat highway...sebelum jumpa Britz.Panic attack jap!

Urusan pemulangan motorhome cepat dan ringkas.Orang kat Britz tu langsung tak masuk dalam motorhome buat pemeriksaan ...kira dia trust jer kita akan pulang dalam keadaan baik.

Our Iraqi driver,Abdullah dah siap menunggu kami di Britz.Dah book dia untuk hantar kami ke airport..Lega rasanya dapat jumpa reliable driver kat Oz ni.

Pas tu si Abdullah tanya....have you taken your kids to see 'city bear'?Apaa??Ada bear in the city ke?Kalau kangaroo in the city memang dah jumpa masa Day 2 Perth.
Oleh kerana departure time lama lagi,Abdullah offer us to take city tour in his taxi FOC!Kami pun apa lagi...kecik tapak tangan,nyiru kami tadahkan lerr..Lagi pun,excited nak tengok city bear kan?Bear betul ke...or replika??

Ni lah dia 'city bear'...rupanya he had mispronounced 'city bay'...Wakakaa.







King's Park...the spot where locals have picnic n BBQ





Besar & ceria hospital ni..

Perth Children Hospital

The city..which we explored by foot earlier

Perth Underground

Perth Arena

City tour by taxi took us 1 hour plus!!Seronok dari melihat Perth dari sisi berbeza...dari view local people and not tourist view..Banyak gambar tak dapat capture kerana asyik melihat sekeliling saja...

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Allah kerana dipertemukan seorang saudara yang sangat budiman seperti Abdullah ni.Through out the ride,tak habis-habis dia bercerita about Perth City..and his life..in Iraq & in Australia!

Akhirnya sampai ke Perth Airport.(Perth Airport dari Britz hanya 8 km)

Semoga berjumpa lagi Abdullah..
Coin machine untuk trolley

Bawak bekal makan kat airport
Jam 4.50 petang...we boarded....meninggalkan bumi Australia..
Bersyukur kerana Trip Down Under ni dipermudahkan Allah..

Sayup-sayup..

Selamat tinggal Perth...ada rezeki datang lagi!



No comments:

Post a Comment