Friday, 9 January 2026

JAPAN LAST DAY (PART 2) - SAYONARA,ARIGATOU GOZAIMASU!

Naritasan Omotesando=Bandar kuil tradisional Jepun

Naritasan Omotesando

Dari Naritasan Temple,kami naik kereta ke arah Naritasan Omotesando.

Omote= front,Sando=approach.This refers to an approach or road leading to a Shinto Shrine (Naritasan Temple) 


Tenang dan damai..bagus diorang preserve town ni

Orang kata town ni vibe Kyoto..ntahla,kami belum sampai Kyoto lagi

Naritasan Omotesando is a long traditional street from Narita Station leading up to the main Naritasan Temple.

Jalan ni masih mengekalkan suasana bandar kuil tradisional Jepun dengan bangunan-bangunan dan architecture yang menyerupai zaman Edo (1603-1867).

Banyak kedai-kedai yang menjual souvenir,manisan dan jajanan Jepun.Ada banyak cafe dan restoren kat sini.Narita terkenal dengan hidangan belut (Unagi) - kat sini banyak restoren menyajikan menu ni (tapi takde yang halal lah).

Kami berhenti untuk lunch di Narita Kebab & Curry Kingdom,kedai halal,kecik je yang menjual Turkish kebab.Selain dari tu,ada juga menu briyani di sini.

Semua order kebab rice,kecuali abah order kebab wrap.




Bersebelahan dengan kedai wagyu burger (non-halal)

Selepas selesai makan..sambung shopping (kecil-kecilan😼)


Boleh sewa kimono jugak kat sini




AEON Narita

Hari sebelumnya ,kami shopping dan solat di AEON Makuhari.Kali ni gi AEON Narita pula.AEON Narita tak lah sebesar AEON Makuhari,dalam half size.Ni maybe AEON yang kelima atau keenam kami masa trip ke Jepun kali ni.AEON Jepun memang lain vibe nya dari AEON di Malaysia.

Prayer room kat 1st floor...

Signage Bahasa Melayu


Shopping terakhir...top up mana yg kurang..ha ha

Semua malls dah ada Christmas festive vibe masa ni

Japanese stand out because they think about convenience..not just necessity...

Kat AEON Mall...roti bole beli a whole loaf,atau nak beli 3,4,5,8 slices pun boleh..

Selepas tu kami drop anak-anak kat hotel dan drive untuk pulangkan kereta.

Checking out on 28th Nov,2025

Hari terakhir di Jepun.Kami menaiki shuttle bus (free) provided by Hotel Nikko Narita.


Alhamdulillah,flight tak delay..

Lunch dulu di La Toque,Narita Airport.



Pulang dengan Philippine Airlines,sekali lagi...makanan dalam flight tidak mengecewakan.

We finally ticked Japan off our bucket list.✓✓💃💃

Syukur alhamdulillah dengan izin Allah semuanya telah dipermudahkan.Sayonara🗾🏯

Monday, 5 January 2026

JAPAN LAST DAY (PART 1) - WALKING THROUGH EDO-ERA JAPAN IN SAWARA & NARITA

Beautiful trees at Naritasan Temple

Di persisiran Sungai Ono di Sawara

Salam semua,akhirnya entry trip ke Jepun sampai ke penghujung episod.

Hari ni hari kedua di Narita,esoknya dah nak balik Malaysia.Kami plan nak visit Little Edo of Sawara.Sawara ni dalam 20-25 km dari Narita City.Kalau naik kereta dalam 30-40 minit,bergantung pada trafik.

Zaman Edo (1603-1868 iaitu 250 tahun) adalah satu tempoh ketika negara diperintah oleh shogun (ketua tentera).Maharaja masih wujud sebagai simbol,tapi takde kuasa sebenar.Pusat pemerintahan adalah Edo (Tokyo sekarang).
Antara ciri khas zaman Edo adalah - shogun,budaya samurai,geisha,kabuki (teater) dan Ukiyo-e (ukiran kayu).
Zaman Edo berakhir  pada 1868 apabila Keshogunan Tokugawa digulingkan dan kuasa dikembalikan kepada Maharaja.

Little Edo of Sawara.

Sawara ni macam bandar lama yang masih terpelihara di mana rumah,kedai dan gudang masih mengekalkan ciri-ciri Zaman Edo.Rasa macam time travel ke zaman Shogun & Geisha.

Kami park di Mitsuinoripaku Sawarachukeibashi Chushajo,300¥/hour (RM7.80).Memang takde caj sen-sen kat sini 😉Bayar apabila selesai parking.Cara parking,kami dah explain kat post Pemanduan di Jepun.

Lepas bayar parking,baru palang kuning tu turun (flat)

Suasana pagi tenang dan sunyi..

Public phone yang masih berfungsi,bukan sekadar hiasan

Aktiviti paling famous kat sini - naik boat menyusuri Sungai Ono mengelilingi kampung.Dapat tengok kampung dari angle yang berlainan.
Lebih kurang macam naik Melaka Cruise dan jalan-jalan keliling Kg Morten (but Melaka punya dah too commercialised)
Kami tak naik boat sebab boat tour beroperasi only after 10 am.

So,kita sight seeing je kat area ni..free!

Ni je boat diorang

Cantik dan bersih sungai diorang..

Ramai budak-budak sekolah buat lawatan..

Team topi merah & putih

Topi kuning..semua jalan dalam barisan

Kami juga berpeluang melawat rumah lama ahli kartografi dari zaman Edo iaitu Inō Tadataka.



Inō Tadataka adalah juruukur dan cartographer yang membuat peta pertama Jepun yang lengkap.

Inō Tadataka was 55 years old when he set out to methodically survey the entire coastline of Japan,a task he would spend the next 17 years of his life completing.

Keluarga Inō adalah pedagang yang kaya,diorang buat urusniaga kat area ni.

Han-en Hōnban,a semi-circular quadrant- tool yang digunakan oleh
Inōtadataka untuk mengukur bila buat peta

Kamado - Japanese traditional wood / charcoal-fired cooking stove mainly untuk masak nasi

Mizugame - tempat takung air

Outside residence..



Naritasan Temple

Seterusnya,kami pegi ke Naritasan Temple - salah satu kuil Budha (aliran Shingon) yang famous kat Narita.
Free entrance

Kat belakang tu,adalah Shakadō,bangunan berbentuk oktagon dengan warna merah hijau.


Signage kat luar dewan tu ,setelah kami Google translate - tempat isi borang untuk keuntungan and buang sial..hu hu.Terus tak jadi nak rapat.

Kawasan Daishidō - dewan yang dikaitkan dengan doa pelindungan

Temizuya - tempat bersuci sebelum berdoa di mana penganut membasuh
kedua-dua tangan dan berkumur 

Kiri - Sanju-no-tŏ (Pagoda 3 tingkat)
Kanan - Dainondō (dewan utama Naritasan Temple)



Cantik betul view masa autumn


Tangga utama menuju ke Peace Pagoda

Bangunan tinggi merah adalah Peace Pagoda

Setelah settle jalan-jalan kat area Naritasan Temple,kami turun tangga menuju ke Naritasan Ometasando  untuk lunch..bersambung..