Friday, 7 August 2026

DAY 2 YUNNAN - DALI : EVERYWHERE AWAITS

Dali Santorini menghadap Erhai Lake & pergunungan Cangshan

Hari kedua kami di Dali..

Hari ni kami plan nak visit beberapa attractions di Dali..cuaca pun baik,sejuk & nyaman.

Sebelum tu,kami naik ke rooftop hotel untuk tengok view..


Then book Didi untuk ke Dali Santorini..

Kami tanya staff kat information counter Dali Santorini pukul berapa  boleh naik buggy...sebab dah google translate semua signage,takde info.. 


Staff tu tulis kat tapak tangan dia gini...adoi😂!

So,kami menyeberang jalan dan decide untuk jalan-jalan tepi Erhai Lake dulu...

Erhai Lake

Erhai Lake adalah tasik air tawar,walaupun 'hai' tu membawa maksud laut.Tasik kedua besar di Yunnan selepas Dianchi Lake.Erhai Lake ni besarnya 3.5 kali Pulau Langkawi..besar kan?



Dali Santorini

It is pronounced as Shèng tuō lī ni in Chinese.Ia juga dikenali sebagai Lixiangbang Ideal Town Resort. 

Dali Santorini ni diilhamkan dari Santorini Island di Greece...dengan bangunan berwarna putih bertingkat,pintu gerbang,tangga dan teres yang menghadap laut (Erhai Lake).Kami belum ada rezeki nak jejak Santorini yang ori.so,tak dapat nak komen sama ke tak...ha ha.

Untuk masuk ke Dali Santorini ni free je.Dari pintu utama ke spot bergambar,anggaran ketinggian 50-80 meter.Kalau nak menapak boleh je..cuma laluannya berbukit,banyak anak tangga dan cerun...sampai kat atas,takut dah penat.Ditambah dengan few stops untuk bergambar..it would take 15-30 minutes.Kami tak nak buang masa..so,plan nak naik atas dengan buggy dan turun nanti baru jalan kaki.

10 yuan/pax

Sampai kat atas anak-anak ajak masuk ke dalam Flomis Garden..plan asalnya nak jalan-jalan tepi-tepi kedai je.Entrance fee 98 yuan sorang.

Mulanya rasa agak mahal lah jugak..tapi bila tengok attractions kat dalam garden ni,sangat-sangat berbaloI

Wefie depan giant mirror..wajib

Pakaian dengan teknik tie-dye (ikat celup) etnik Bai sangat popular kat sana

The garden is extremely well constructed and maintained..with lots of cabins and spots overlooking the seas with great photos..










Spot wajib untuk OOTD..

Terserempak dengan group wargaemas..maybe besties tengah jalan-jalan ..Diorang pakai pakaian tradisional etnik Bai...topi tradisi dan cardigan bersulam bunga emas,beserta apron.

Selepas selesai,kami turun semula ke bawah..


Boleh jugak masuk ke Flomis Garden dari bawah

Lunch & solat di Chang'er Avenue

Actually ada satu masjid popular kat Dali ancient city (south gate),tapi kami tak jumpa pulak malam tadi.So,hari ni kami nak visit Masjid Nanwuliqiao di Chang'er Avenue.Kat Chang'er Avenue ni banyak halal restaurants...tapi kami tak sempat survey any restaurant in particular. 

So,kami set kan Didi terus ke Masjid Nanwuliqiao..biasanya mestilah ada tempat-tempat makan halal sekitar masjid kan?Carian di Didi keluar 'Democratic Management Comittee of Nanwuliqiao Mosque..haaa,betullah tu.Kat China,masjid selalu listed kat app dengan nama jawatankuasa pengurusannya.

Alhamdulillah..ni lah Masjid Nanwuliqiao

Jumpa nenek ni..dia tunjukkan tempat solat lelaki dan wanita.Jap nek..kita makan dulu..lapau!

Belum masuk waktu zohor lagi...ternampak bangunan ni kat sebelah masjid...kedai makan ke?Kami tak pandai baca tulisan China,jom redah!

Restoren Rèn Yà Xī Féi Niú Wάng 

Jumpa sekumpulan locals tengah makan..ada seorang perempuan boleh cakap English & dia yang confirmkan ni memang restaurant Muslim.

Staff restoren kasi menu..of cozlah semua tulisan China..lepas scan & translate..antara menunya beef hotpot,mi sup daging lembu,dumpling dan sate/skewer daging.Kami decide nak makan hotpot.

Part order plak masalah...last-last staff bawak anak-anak ke dapur dia.

Pilih sendiri bahan mentah kat dapur untuk hotpot..dapurnya bersih & tersusun!

Sementara tunggu makanan ready,minum teh dulu..

Staff nyalakan arang untuk hotpot..tak mainlah dapur gas..he he

Panas kaki tengah makan..

Bila dah siap masak,banyak pulak menunya..yang tak order pon ada..tak sure lah complimentary atau salah komunikasi.Takpe laa😋

Anak-anak tukang pilih..kami tukang bayau

As expected,tak habis makan...

Tapau..jangan membazir

Terima kasih atas hospitality & ukhwah

Lepas makan,abah sempat solat Jumaat kat masjid


Diorang berdiri /duduk atas carpet...sujud dahi sentuh lantai kayu.

Sementara mama n anak-anak tunggu di wakaf ni.


Selesai solat ada jualan halal food kat depan masjid..

Roti dan pastri...nampak gebu & sedap


Ada jugak kek & desserts


Kami balik ke hotel untuk rest..

Petangnya kami ingat nak visit Erhai Lake..Erhai Lake ni sangat luas.Actually,kawasan tasik yang paling dekat dengan hotel kami cuma 600 meter saja.

Tapi kami plan nak gi ke kawasan berdekatan Longkan Wharf,sebab kat area tu lebih scenic & happening.Tapi,dah lewat petang masa tu..takut plak balik lepas pukul 7 malam.

Lagipon anak #3 tak nak ikut sebab dia terpaksa settle kan assignment dia,macam tak best pulak nak ke sana tanpa dia.

Xingsheng Bridge

Small picturesque harbour beside Xingsheng Bridge offers one of Dali's scenic waterfront view. 


Xingsheng Bridge (a.k.a Thrive Bridge) ni merentasi kawasan selatan Erhai Lake..



Macam London pon ada ni..

Ok,dah settled kami balik hotel




Malamnya,kami dinner di bilik je..makan baki lunch yang ditapau plus 2 nasi goreng dan sate ayam,beli kat restoren berdekatan hotel..


Esok kami gerak ke Lijiang pula..



Sunday, 2 August 2026

DAY 1 YUNNAN - SET FORTH : KUNMING TO DALI


Beautiful Wuhua Tower at Dali ancient town

Sebelum continue dengan cerita hari pertama Yunnan,you might want to take a peek at the trip overview first.

Setelah sebulan merencana trip..akhirnya sampai juga hari perjalanan..

Kami fly ke Kunming dengan China Eastern Airlines.Ni first time kami cuba airlines ni,masa ke Guangzhou hari tu kami naik China Southern Airlines.Seperti mana China Southern Airlines,untuk China Eastern Airlines ni...kami tak berjaya buat online check in atau pre book moslem meal sehinggalah hari berangkat.Ni disebabkan online service untuk check in & meal booking not available.

Jadi,kami check in kat kaunter je...tak risau sangat sebab airlines dah allocate free seats & kita boleh view seats number before fly.

Part moslem meal tu,memang dah tak boleh book less than 48 hours before fly.Kami dimaklumkan untuk sebarang international flight dari Malaysia,semua meal insya Allah halal sebab caterer dari Malaysia memang certified halal...cuma flight dari China,kalau tak pre book moslem meal...sebaiknya elakkan makan sebab syubahah. 

Prepared and certified halal at Malaysia

Kami fly pada 9 July jam 3 pagi..we booked a red-eye flight so we would NOT MISS A DAY of vacation.Sampai di Kunming Changshui International airport jam 6.35 pagi hari yang sama.

Flght tak penuh pon..rasanya kami je muka Melayu kat atas tu.Even staff kat kaunter pelik kami travel ke China time ni...musim apa sekarang ni,dia tanya?Kami cakap summer..ha ha

Arrival

Urusan kastam cepat je..masih terngiang-ngiang.."sila letakkan empat jari kiri anda...sila letakkan empat jari kanan anda'.If you know you know😎

Kastam dah clear..luggage belum keluar lagi

Selesai angkut bagasi..kami bergegas untuk cari Didi...kami perlu ke Kunmingnan (Kunming South) railway station..dah book train ke Dali jam 11.38 pagi.Banyak masa lagi...cuma betterla sampai awal ke tempat yang kita tak familiar.

Besar jugak airport Kunming ni


Turun ke level B2 untuk book n tunggu Didi

Didi akan pick up kat sini

Train Kunming ke Dali

Kalau korang DIY,kami nasihatkan naiklah high speed train untuk ke semua destinasi (Kunming /Dali /Lijiang /ShangrLa) sebab sangat selesa,affordable dan menjimatkan masa.

Biasanya,kalau travel ikut agent,agent akan bagi 1 atau 2 kali (max) naik train..selebihnya naik bas express.

Untuk gambaran mudah,Kunming ke Dali ni jaraknya macam dari KL nak ke Penang..kalau naik high speed train,perjalanan ambik masa 2 jam saja.Kalau naik bas expess,makan masa 5 jam.Harga tiket train (2nd class) mahal sikit je (less than RM20) dari bas express.

Untuk train Kunming ke Dali pada 9 July,kami dah reserved via Trip.com pada 9 Jun lagi (sebulan awal).Tickets wiould go on sale only on 25th Jun...malangnya,Trip.com tak berjaya belikan sebab tickets untuk slot masa tu dah sold out..tapi kemudiannya kami cancel reservation dan dapat beli slot masa lain..mujurlah tak lari sangat masa.

Awas kalau beli ticket...pastikan tiket yang anda beli ada tempat duduk...sebab walaupon seats dah sold out,diorang MASIH JUAL tickets TANPA SEAT...dengan HARGA YANG SAMA.Tak pasal-pasal kena berdiri 2 jam dalam train.Nanya!!

Sampai di railway station,masuk ke manual channel untuk discan passport.Tak perlu print tiket train...cukup passport sebagai bukti.


Cepat jugak lane manual ni

Kemudian tunggu di platform 23A.


Alas perut dengan maggi cup Msia (lum jumpa halal local instant noodle masa ni)

Coach 03...seat numbers 17D,17F,18D,18F.Dalam train..

Boleh letak luggage kat sini

atau letak kat overhead rails (macam dalam flight)

View dari tingkap train...hijau  sebab summer


Kalau tak silap ada 4 perhentian sebelum sampai ke Dali

Dali Qianning Inteligence Hotel 

Sampai di Dali Railway station,kami ambik Didi ke hotel.Dali Qianning Inteligence Hotel ni cuma 1.5 km dari railway station..Didi cuma 12 yuan je.Kalau sampai lewat petang atau malam,pihak hotel boleh pick up free je.

Susah jugak nak jumpa hotel ni...sebab dia terletak kat celah-celah lorong.

Vibe traditional

Tekak kering..disajikan pula hot Chinese tea..

Bilik kami..

2 bilik...each 1 queen bed

Small living area
Small shower head attached to pipe...berfungsi sebagai bidet

Oleh kerana kami belum makan proper sejak dari Kunming Railway station,kami decide untuk makan ready to eat food..bekal dari Malaysia.Perut dah lapar sangat..

Nasi,kari daging & sambil bilis rangup...sedap yak amat.Alhamdulillah

Lewat petang,kami naik Didi ke Dali ancient city..

Hotel ni dekat jalanraya utama..senang dapat Didi,biasanya less than 7 minutes dah sampai

Didi drop kan kat South gate



Orang China memang obsessed betul dengan durian..

Even restoren McD pon nampak klasik di bandar purba ni..



Perut kenyang sebab lunch lewat tadi...tapi terjumpa pulak restoren halal ni.Jom makan ringan-ringan

Signage kat luar restoren..killer menu diorang

Diorang bakar sate kat luar restoren,siap letak exhaust duct...so,takde lah asap melekat kat baju orang yang lalu lalang..datang China wajibla try sate kambing

Lidi kemain tebal dan panjang



Antara roti daging yang sedap sepanjang trip kali ni

As dusk falls,the streets come alive with glowing shopfronts..


Menara Wuhua di tengah-tengah Dali ancient town..

Bangunan ni dibina pada zaman kerajaan Nanzhou sekitar abad ke 9 sebagai bangunan untuk menerima tetamu diraja.


Sebelum balik hotel,kami sempat jugak beli buah strawberry dan peach yang fresh dari penjaja jalanan..

Semua pakai QR je

Lepas tu,kami balik ke hotel dengan Didi..penat betul hari ni ..dari KL ke Kunming dan akhirnya ke Dali..nak rest dulu..

Pulang marilah pulang..

Esok full day adventure di Dali..insya Allah.