Monday, 7 November 2022

STAYCATION AT HOTEL TRADERS,KUALA LUMPUR

 Assalamualaikum

Lama tak 'on air'...ada ni ha,busy dengan kehidupan seharian.

Untuk pertama kalinya,kami gi KL & menginap di salah satu hotel kat sana.Memang tak pernah stay kat hotel di KL (untuk tujuan bercuti) ,melainkan untuk tujuan kursus,conference dan seumpamanya..lagi pun keluarga ramai di Selangor & KL.

Kali ni kami ambik peluang untuk ziarah anak di Gombak & ajak dia sekali beristirehat di KL.

Kami bertolak dari Melaka jam 8.30 pagi hari Jumaat (ambil cuti).Singgah breakfast di Restoren Firdaus Maju di Alor Gajah.Saya ada mention  restoren ni dalam entri tempat makan yang best di Melaka.

Semestinya puri bhaji

Kami sampai awal,jadi terus ke hotel untuk early check in...kalau-kalau dibenarkan.Alhamdulillah bilik dah pun ready pada jam 12.15 tengahari.

Dari parking hotel,masuk ke lobi ikut entrance ni

Staff very hospitable..oh ya,diorang berdiri masa layan customer  

Kemudian kami terus ke kolej anak untuk pick up sebab dia dah habis kelas.

Then gerak  semula ke Traders Hotel untuk lunch di Suria KLCC.

 


 


Usai lunch,kami masuk ke bilik untuk berehat.

Syukur saya dapat book hotel ni 30%  lebih murah dari harga yang ditawarkan di Agoda. Saya call hotel terus dan mereka beri potongan kepada penjawat awam..room with KLCC view & complimentary breakfast for 2.

Plush king size bed

Additional sofabed for our girl

View dia yang mahal nih

 


 



 

 


 

 


 

Petang tu,sempat lah saya kuak lentang & bergaya bebas kat pool..


View KLCC dari bilik, pada waktu senja.. 

Kami dinner kat food court KLCC.Naik buggy  hotel yang berulang alik dari Hotel Traders ke KLCC setiap 7 minit.



Our humble dinner at KLCC food court...again!

Di sebelah hotel ..after balik dari dinner



Pagi esok,selepas subuh...dapatla saya complete kan run sejauh 5 km sekitar KLCC..& snapped few photos

Pintasan Saloma


Breakfast kat hotel





Memang best breakfast dia..banyak pilihan dari menu Asia,western..Japanese pun ada.Syukur!

Selepas check out,kami hantar our girl balik ke kolej..tamatlah percutian singkat di Key El!

Kalau dah settle kan payment,boleh drop room key here & check out

Babai..jumpa lagi



Friday, 2 September 2022

SABAH TRIP 2022- DAY 4 & LAST DAY - KOTA KINABALU

Sunbear at Lok Kawi Wildlife Park

Alhamdulillah,masuk 4 hari kami kat Sabah..segalanya mudah & lancar.

Jam 7,kami ke Restoran Bismillah di Likas dulu untuk breakfast.

Kami memang plan nak gi island hopping pada hari ke 4,memang reserve itinerary ni untuk hari terakhir sebab keesokan harinya kami dah nak berangkat pulang ke Semenanjung.Kononnya ,tak nak gi snorkelling awal-awal..nanti muka sunburned ,kurang helok nak berjalan-jalan.

Malangnya,dari semalam weather forecast meramalkan Sabah akan hujan sepanjang hari dan beberapa tempat (bukan Kota Kinabalu) akan mengalami banjir.

So,kami contact operator island hopping di Jesselton Jetty (sebelah hotel).Diorang bagi tau island hopping ditangguh sehingga cuaca kembali  baik.Buat masa tu,isyarat bendara merah di laut masih dinaikkan.Hujan non stop..langit pun gloomy je!

View Jesselton Jetty dari hotel

Kemudian kami searched for 'indoor activities' to do in Sabah /KK...emm,tak banyak lah..melainkan kalau nak melawat muzium,galeri seni atau ke shopping mall!

Menjelang 9.30 pagi,hujan berhenti..tapi island hopping masih tak dibenarkan.Jadi,kami tukar plan - kita gi Lok Kawi Wildlife Park yang terletak 17 km dari KK.Pemanduan mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Ramai juga pengunjung ke park ni..especially budak-budak sekolah.Maklumlah..hari Sabtu..hujung minggu



Entrance fee cuma RM10,sangat-sangat berbaloi harga tiket..Lok Kawi Wildlife Park lagi happening kalau nak dibandingkan dengan zoo-zoo di Semenanjung yang kami penah gi.

Binatang-binatang kat dalam tu nampak sangat terjaga..kalau nak dibandingkan dengan binatang-binatang zoo di Semenanjung yang nampak macam kurang nutrisi ,terutamanya post pandemik ni. 





Rusa berbintik

Sunbear




Orang Utan ni pemalu..

Animal show - very entertaining.Rupanya tu lah first performance selepas ditutup selama 2 tahun akibat pandemik.Alhamdulillah,rezeki kami

Binturong (bearcat) that stole the show

Kemuncak adventure...bila dapat up close & personal with proboscis monkey,the odd,long nosed monkey!

Jam 12.30 tengahari kami selesai touring animal park ni 

Mission accomplished

& then we drove back ke KK.Kami order McD drive in je..pas tu bawak balik ke hotel untuk lunch.

Sepanjang petang kami cuma lepak-lepak & rest kat hotel je.

Malamnya,kami dinner kat Restoren Terapung Kampung Nelayan..tebus balik kekecewaan makan seafood kat Todak Waterfront malam sebelumnya.





Alhamdulillah,kenyang & puas hati..walaupon agak pricey.

Keesokan harinya..kami flew back to KLIA..penerbangan jam 11.50 tengahari..yeay!

Subuh terakhir di KK - Masjid Terapung Likas

Tamat kisah cuti-cuti Sabah..jumpa lagi kalau ada kesempatan.