Friday, 12 December 2025

JAPAN DAY 2 (PART 2) - EXPERIENCING THE HUSTLE AND BUSTLE OF SHIBUYA & ASAKUSA

Shibuya Crossing

Bersambung dari Day 2 Part 1

Bas dari Harajuku drop kan kami di Shibuya.Kami berjalan sikit ke arah Kedai Halal Wagyu Ramen Shinjuku-Tei Tokyo Shibuya untuk lunch. 

Kat luar kedai lagi,dah terpampang menu dan harga.So,kita bole congak siap-siap

Kedai ni buka pukul 12 tengahari - ngam-ngam kami sampai kat sini,staff dia pun bukak pintu.

Alhamdulillah,kami first customers.


Selesai makan,baru lah bertenaga ..dan ready nak experience the busiest pedestrian crossing in the world.

This brand is popular & reasonably priced


Sementara 2 beradik pergi menyeberang to and fro kat situ,abah naik ke rooftop shopping mall untuk capture gambar and video dari angle atas.

Kena gi ke Magnet (shopping mall berdekatan crossing) & naik ke roof top.

This observatory level is known as Mag's Park.Kena bayar entrance fee (complimentary drink) sebanyak 1500 ¥ per person.Harga ni lebih murah berbanding Shibuya Sky Observatory Deck iaitu 2202¥.

Terkenal dengan sistem "scramble",bila mana kenderaan berhenti,ribuan pejalan kaki akan menyeberang secara serentak..secara diagonal dan dari semua arah.

Ketika waktu puncak,Shibuya Crossing ni mampu mengendalikan sehingga 3000 orang bagi setiap pertukaran lampu isyarat.

Chaotic but very well organized.

Tak penah lagi melintas jalan rasa seghonok cam ni...Psstt,maafkan 2 remaja purba nih!

Pastu kami pegi ke Mega Donki Shibuya,tempat shopping paling popular untuk locals dan tourists.

Mega Donki Shibuya is the main Don Quijote store in Shibuya and one of  the largest in Japan.Ada 8 tingkat.

Tempat ni bukan yang termurah..tapi termudah!Everything under one roof...

Coklat import pun ada

Usai shopping sikit..kami decide nak balik ke airbnb dulu.Anak-anak dah lenguh kaki (penangan berkawat kat Shibuya Crossing 😏😏).So,kami naik train balik ke airbnb.

Plan nak rehat dulu..malam ni nak keluar explore Asakusa.Maklumlah,plan nak ke Asakusa pada malam pertama dah terkandas!

Petang tu,abah keluar dulu ke Asakusa untuk explore seorang diri.

Memang happening Asakusa malam-malam.



Saray Kebab - antara kedai halal yang popular among Malaysians

Akhirnya,dapat jugak tengok temple yang famous kat tengah-tengah Asakusa iaitu Sensō-ji.

Kaminarimon (Thunder Gate) is the main gate of the temple,the entrance to the bustling Nakamise-dori shopping street.

Sebelum balik,abah beli kebab in a cup untuk top up makanan dinner nanti.

Kedai berdekatan dengan Sumida River

Nasi goreng kampung (RTE),telur dadar,sambal bilis & kebab in cups untuk dinner

Malamnya,kami naik bas dari bus stop berdekatan airbnb dan turun kat Namikase Shopping Street.

Nakamise Street ni memberikan nuansa "Old Japan" yang tersendiri.. kedai-kedai tradisional dengan historical & festive vibe,sangat berbeza dibandingkan dengan suasana modern di Shibuya dan Harajuku.

Fridge magnet & keychain murah-murah kat kedai ni

Drug store bukan sekadar ubat-ubatan & bahan kosmetik

Macam-macam coklat & biskut dijual kat drug store..biasanya lebih murah dari supermarket

Kimono untuk cucu...so kawai!

Di penghujung Nakamise Street..kami sampai ke Asakusa with nightlife-focused vibe.


Singgah lagi ke Don Quijote kedua..kat Asakusa pulak.

Ada show kat depan Don Quijote..busking & traditional dances.


Leka membeli barang,baru tersedar kami kena balik sebelum last bus ride iaitu pada pukul 10 malam.Kami bergegas balik,berjalan agak laju.Kalau kat Google Map tulis walk 12 mins,tu ikut pace orang Jepun jalan..diorang memang jalan cepat.

Alhamdulillah,sempat naik last bas..kalau tak,mau kena menapak 2 km balik rumah.

Hari yang sangat memenatkan..esok dah tak yah jalan jauh-jauh sebab kami dah sewa kereta.Nantikan road trip kami di Jepun...next!

2 comments: