Tuesday, 27 February 2024

Seoul Travel -Little Guide

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Alhamdulillah,kami telah diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke bumi Korea Selatan buat pertama kalinya pada 19-24 Februari,2024.Yes,kami travel masa winter.Lama dah tak merasa winter..last sekali  kat Turkiye tahun 2013 & Beijing pada tahun 2012.Lebih 10 tahun dah tu..

Cappadocia 2013

Sebelum travel ke Korea,as usual kami ada buat research sikit-sikit sebagai persediaan.Memang dah ramai Malaysians yang travel ke sana..siap ada yang pegi sampai 2-3 kali.Tu tak kira lagi students atau orang Malaysia yang tinggal kat Korea...so senang sangatlah nak cari panduan..kami noticed ramai yang pegi secara DIY,even for first timers!

Few checklists sebelum travel ke Seoul

1) Bawa travel adapter yang sesuai

Soket elektrik kat Korea Selatan adalah jenis C dan F yang berbentuk bulat.Kadang-kadang universal travel adapter yang biasa tu susah nak masuk.

Power plugs and outlets in South Korea

Kami bawa yang macam bawah ni..

Boleh beli kat Shopee je

2.Download 5 aplikasi wajib 

NAVERMAP

Navermap atau Kakao map..wajib download! Google map not working there.So please install dari Malaysia..jangan lupa tukar setting bahasa ke English,paling afdhal korang search tempat-tempat yang korang nak gi & bookmark siap-siap.

Boleh je nak terus navigate once kat sana.Tapi dari pengalaman kami,kadang-kadang tak jumpa tempat yang dicari.Contohnya kalau search Nami Island tak jumpa..kena type Namiseom.

Untuk masjid kat Itaewon tu..puaslah search Korea Central Mosque,Seoul Central Masjid,Itaewon Mosque..no result!Last-last paste 서울중앙성원 ,barulah jumpa..tu pon dia tulis as Korea Iseullamgyo Seoul.

SUBWAY

App ni specifically untuk subway.Kami tak download sebab rasa Navermap dah complete dah

BUCA-CHECK

App ni penting untuk check baki duit T-money korang.Tapi kami tak download app ni,sebab ada reviews yang bagi tau after diorang download app ni - nak beli barang-barang guna T-money dah tak boleh..wallahu alam.

Anyway korang boleh je check baki T-money after korang tap kad korang.Kalau nak check kat vending machine T-money pon boleh

MUFKO

Untuk muslim traveller yang pegi ke Korea,saya nasihatkan install Mufko app Selain dari untuk tau halal ke tak,Mufko app ni ada info on list barang-barang halal di Korea,nearby halal restaurants / prayer place dan arah kiblat.Sangat useful.

PAPAGO

Yang ni untuk yang tak pandai cakap atau baca Korea.Kita boleh translate English to Korea (or vice versa) dengan cara menaip,bercakap atau camera scanner.

3.Isi arrival card

Dalam flight,kita kena isi arrival card..jangan lupa declare.Macam kami ada bawak dendeng (beef jerky),so tick la yes kat card tu.Failure to declare will result in fines (tak ingat dah berapa..tapi sangat banyakla) & confiscation of the items.

4.Decide on mode of airport transfer.-bas,teksi atau subway/train

Bila sampai kat Incheon Airport,mungkin kita yang baru first time sampai akan terpinga-pinga mana nak pegi kan?Kat mana nak beli T-money or sim card.Bagi yang pergi sendiri /DIY travel,kena figure out mana mana nak ambik public transportation dari airport ke tempat penginapan..

Untuk gambaran Incheon Airport boleh rujuk sini dan option airport transfer,klik sini.

Sebelum tu,sudah pasti lah korang dah plan nak guna transport apa dari airpot - nak naik train,teksi atau bas?Ikutla pada kesesuaian masing-masing

Bagi mereka yang bawak anak kecik atau wargaemas..atau bawak bagasi yang banyak dan berat -  teksi adalah pilihan terbaik untuk airport transfer.Kesian pulak nak mengheret budak kecik atau mak ayah naik turun tangga subway yang bertingkek-tingkek tu.

Just be mindful,supaya tak kena scammed dengan 'ulat teksi' Korea..

Tangga subway

AREX

Kami naik AREX dari Incheon Airport ke airbnb kami di Hondae,balik pun guna AREX.AREX stands for Airport Railroad Express Train - fastest way to travel between  Incheon Airport and Seoul Station.

Waiting for all-stop AREX

Ada ruang untuk luggage bags

AREX ni ada 2 jenis - non stop & all stop.Kalau yang non stop tu dari Incheon Airport terus ke Seoul Station.Kalau yg all stop tu dia akan stop kat beberapa station.

Kami naik all stop AREX & turun kat Hongik Univ Station

How non stop AREX looks like?click 👉

Sebelum tu,belilah tiket AREX dulu..samada dari petugas kat kaunter AREX atau self service kat vending machine..caranya 👉

Btw,boleh je guna T-money untuk naik AREX,like us.

Beli T-money dari vending machine

Kami menyewa airbnb di Hondae.Hondae ni berasal dari perkataan Hongik dan daehakgyo (university) di mana Hongik University berada.Biasanya Malaysians akan stay kat Myeongdong,Itaewon atau Seoul sebab lokasi-lokasi ni sangat strategik..dekat dengan tempat-tempat shopping dan restoren (halal).Tapi,kami cuba dok kat Hondae.


Busking at Yeontral Park,Hondae at night

5.Jangan lupa solat

Untuk muslim traveller..jangan risau sebab ada banyak prayer rooms kat South Korea ni.Jom saya share a few

i-Masjid Itaewon - jangan lepaskan peluang solat di sini...satu-satunya masjid di Seoul

Kena mendaki untuk ke masjid



ii-Kat Incheon Airport

Dekat Gate 24 dan Gate 118,Terminal 1

iii-Namdaemun Market - kat Adnan Halal Kebab

iv-Nami Island ada gender separated prayer rooms

Dekat Restaurant Asia (halal). Very near to the iconic area of Winter Sonata

v- Most halal restaurants provide prayer rooms too

6.Cari restoren halal

Mencari yang halal itu fardhu

A.Restoren halal di Myeongdong

Kampungku

Maehwa Yanggochi

Bakso Bejo

Busan Jib

Kim Seri Restaurant

Ni snack halal favourite kami..Deli Manjoo.Dia macam kayaball,tapi intinya guna jem mangga - kedai kat Myeongdong Underground Shopping station.

B.Restoren Halal di Itaewon

Makan Halal 

Eid

Grilled mackerel,bulgogi & Korean fried chicken.Kimchi tu memang wajib dihidang

Halal Guys

Kervan

Mr Kebab

Manis Kitchen

Korea memang terkenal dengan street food,tapi kena berhati-hati lah.Kami tak begitu tergoda dengan street food yang dijual di kaki lima,dan disebabkan tak pandai bercakap Korea..lagi lah susah nak bersoal selidik minyak apa diorang guna,ada alkohol tak dalam ni..ada bercampur dengan bahan-bahan terlarang?

Tapi kami ada cuba few street foods kat kedai makan yang halal certified.


Halal tteokbokki fron Manis Kitchen,Itaewon

 Kami turun kat  Hongik University Station (AREX line ) ...terjumpa stall jual Rotiboy yang halal.

Berdekatan dengan airbnb kami di Hondae,ada restoren halal - tapi kami tak sempat pergi.

Restoren Iftar.Credit to Halal_Oppa

7.Travel Your Way

Because that's the best way!We firmly believe that one should travel in whatever way feels most comfortable to him/herself..You do you✌

TRY BUS RIDE

Kami try naik bas,kalau ke stesen bas melibatkan less walking than subway.

Kami naik bas..walaupon lama kalau option subway memerlukan kami bertukar-tukar subway

Tidak dinafikan,naik subway merupakan cara paling senang nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat di Seoul ni.Tapi sekali-sekali cubalah naik bas pulak..selain dapat relieve stress turun naik tangga subway,boleh lah jamu mata dengan pemandangan Seoul city!Kalau tak,pemandangan agak terbatas kat bawah tanah tu.

Kami banyak naik bas..

Cara naik bas di Korea by Farafly

KAMI TAK PERGI KE SKI  RESORT

Biasanya travel agent atau orang Malaysian akan main snow kat Vivaldi Park Ski World atau Elysian Gangchon Ski Resort...and occasionally ada yang bawak ke Seoul Land.Vivaldi & Elysian tu agak mahal berbanding Seoul Land.

Nak tau students /orang Malaysia yang dok Korea main snow kat mana?Ttukseom..harga cuma 5000 won (dalam RM18 saja)!

Ttukseom Supia Park.Pic credit to creatrip.com 

Setiap kali musim winter,Ttukseom Supia Park kat tebing Hangang (atau Han) River...the public swimming pool converted into snow play area...ni dalam city Seoul je,so tak perlu jauh-jauh nak main snow.Harga pun marhaein.

Ttukseom ni cuma beroperasi dari 23 Dec sehingga 12 Feb je..Takde rezeki nak main kat sini sebab kami pegi 19 Feb

Kami decided tak pergi main snow kat Elysian Ski Resort as planned..sebab 

1) agak jauh dari Seoul

2) tak cukup masa..sebab spent masa yang lama di Nami Island

3) extra cost untuk sewa winter gears yang sesuai

40 dah happy dapat main snow kat Nami Island..ha ha!



KAMI TAK NAIK CABLE CAR KE NAMSAN TOWER

Kami pegi Namsan Tower,tapi tak naik cable car.Kami naik bas dari Myeongdong ke Namsan Tower dengan harga 100 atau 200  won (tak sampai RM1).Kalau nak naik cable car..return ticket berharga 15000 won (dalam RM54) & 1 way ticket dalam 12000 won..just 3 minutes ride/one way.

Kami naik bas untuk sampai ke kaki tower & berfoto-foto kat situ je.Alaa..macam orang ambik gambar KLCC..dari bawah tapi nampak full view KLCC.Tak naik ke atas pun.

Namsan Tower

LEPAK-LEPAK DI TEPI HANGANG RIVER

Hangang River in winter

Ok,rasanya cukup lah tu..semoga perkongsian ini mendatangkan kebaikan.Insya Allah.


No comments:

Post a Comment