Sunday, 19 November 2023

ZIARAH ABU DHABI & DUBAI: REZEKI YANG TAK DIJANGKA


Sheikh Zayed Grand Mosque,Abu Dhabi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah,kami baru saja pulang dari mengerjakan umrah pada awal November.Kami pergi 3 beranak je bersama anak # 2 yg baru grad.

Sebenarnya,awal May tahun ni kami book pakej umrah sederhana dari travel agent.Memang niat nak buat umrah semata-mata..lagi pun pakej umrah dan ziarah agak mahal sekarang.Nak dijadikan cerita 2 minggu sebelum berangkat pihak travel agent call & offer to upgrade ke umrah dan ziarah Abu Dhabi-Dubai,tanpa sebarang kos tambahan!Alhamdulillah,bak rezeki terpijak..setelah berbincang anak-beranak,kami decided to accept the offer.Memang dah diaturkan Allah..

Rombongan kami terdiri dari group yang kecil seramai 17 orang (termasuk mutawif)..senang sikit bergerak.

Ni pengalaman pertama kami menaiki Etihad Airways

Sedap gak nasi & rendang daging Etihad ni

Dari KLIA ke Abu Dhabi airport,penerbangan mengambil masa 7 jam.

Kami sampai kat Abu Dhabi airport jam 2 pagi waktu tempatan

Dari airport, naik bas.....

 ..menuju ke ke Golden Tulip Hotel.

BERMALAM DI GOLDEN TULIP HOTEL,ABU DHABI

Hotel lobby

Entrance hall to room

Wife & anak tidur di satu bilik

dan saya share bilik dengan mutawif (disebabkan hotel tiada tripple room)

Pagi esoknya..sarapan dulu before check out

Selepas breakfast,baru lah gi tinjau kawasan luar hotel.


Car park depan hotel


MENGUNJUNGI MASJID YANG GAH - Sheikh Zayed Grand Mosque

Merupakan masjid yang ketiga terbesar di dunia selepas Masjidil Haram,Mekah & Masjid Nabawi,Madinah.


Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan is founding father of UAE.

Masjid ni mengambil masa 11 tahun untuk disiapkan

Nak tour masjid kena book online,boleh gak beli tiket kat kiosk.Travel agent dah uruskan semua untuk jemaah.

Ada 3 kali scan sebelum masuk dalam..1st scan tiket masuk,pastu scan beg macam kastam kat airport & scan dress code..hu hu!


Yang tak menutup aurat akan diberi abaya n hoodie


Cara untuk masuk ke masjid...selari dengan masjid ada 1 dome besar.Di bawah dome tu ada escalator untuk turun ke underground mall.


That underground mall leads all the way to masjid entrance.Jauh jugak nak sampai ke entrance..boleh berjalan,naik travelator atau pun golf buggy


Latihan untuk tawaf & sae'i nanti.

Travelator

Di kiri kanan ada gambar-gambar masjid ketika fasa pembinaan.
Ada gak gambar Pope & Queen Elizabeth melawat masjid ni

Dari angle ni macam kat Taj Mahal (Ye ke?Kami tak penah sampai)


Building materials are brought from all over the world- New Zealand,  ,Egypt, Turkey, Greece,  Pakistan,Italy,Germany,Austria,China & India




Satu je yang kami ralat...lenguh kaki melangkah,tawaf sekeliling masjid..tapi tak dapat kesempatan bersolat di dalamnya.

Ada 82 biji kubah




Mewah hiasan dalam masjid ni.

99 nama-nama Allah

Iconic chandelier ni menyerupai pohon kurma yang terbalik.

Dibuat dari kristal Swarovski & emas 24 karat

Dah abis tour,baru lah dapat naik tram ni ke tempat bas..panas lit lit masa ni.



Ni bukan bas kita..

Selesai acara lawatan..lenguh betis dan kaki berjalan!

PAKISTANI CUISINE at Al Ibrahimi Abu Dhabi

Nice place for Pakistani food

Buffet lunch at cozy restaurant.Alhamdulillah,sedap

Tempat makan di tingkat atas

Belum ada orang masa ni




Biryani,kambing & beef kebab

Gulab jamun as dessert

FAST AND FURIOUS Ferrary World,Abu Dhabi

Selain dari Burj Khalifa yang memang kita tau sebagai bangunan tertinggi di dunia,UAE sehingga tahun 2023 ni memegang 123 rekod dunia.

As our tour guide dok mentioned semua yang biggest,tallest,fastest...best ada kat UAE.

So our next destination (lepas lunch)...kita ke Ferrary World..

Ferrari World tu yang warna merah



Ferrari World ni sebenarnya indoor theme park kat Yas Island,Abu Dhabi.Kat sini ada world's fastest roller coster 240km/hour (yang hati kering je boleh naik..hu hu)

Kita kat sini untuk photo stop je,tak masuk pun.Tengok entrance fee including rides BERMULA dari 380 dirhamm (dalam RM480).Gulp!

Next to Ferrary World ada Yas Mall (Emiratis & malls berpisah tiada..macam negara panas yang lain termasuklah Malaysia😁😁)

High end shops..so window shopping je ya

Selepas toilet break & solat..naik bas menuju ke Dubai.Perjalanan dari Abu Dhabi ke Dubai mengambil masa almost 2 jam..sebab kat sini driver tak boleh bawak laju-laju..saman mahal!

Alhamdulillah.Bas besar...untuk 17 jemaah,sorang 1 seat.

Tunggu cerita Dubai...















No comments:

Post a Comment