Beach..at Lotus Desaru Beach Resort & Spa |
Assalamualaikum
Baru-baru ni ,kami pergi bercuti ke selatan Semenanjung Malaysia.Lama dah
tak ke sana atas urusan cuti.Selalunya,paling jauh pun balik kampong ke Batu
Pahat je.
Kami bawak kid #3,kebetulan dia je yg available..tengah cuti
semester.Kami plan gi bercuti sebelum cuti sekolah start following week.Malas
nak bercuti time school holiday,dengan jalan yang jammed..kat mana-mana akan sesak
dengan umat manusia..long queue kat kedai-kedai makan,R&R..kat stesen
minyak.We’re so blessed that anak-anak dah tamat persekolahan (the youngest tengah
SPM)..tak perlu lagi bercuti ikut ‘takwim cuti sekolah’ he he..Alhamdulillah.
BREAKFAST -KLUANG COFFEE
Destinasi pertama,kami ke Kluang untuk visit my abang.Singgah
dulu untuk morning break kat Kluang Coffee.Sayang sekali..,Kluang Coffee yang
original kat stesen keretapi tu tutup setiap hari Isnin,jadi takde lah rezeki
kami ke situ.Yang bagusnya kat Kluang ni ada 5 cawangan Kluang Coffee.Jadi,kami
singgah kat cawangan Jalan Tasik.
Lama dah tak pekena kopi Kluang Coffee.Years ago,ada cawangan Kluang Coffee ni kat Tesco Melaka,tapi lama dah tutup..ntah kenapa.
Ramai jugak orang ..walaupon weekdays (& cuti sekolah belum bermula) |
Kopi,roti bakar & telur separuh masak tak menghampakan.
Tapi mee goreng & cekodok ni sejuk..a bit turn off here.
Apa-apa pun,syukur perut
kenyang..
Singgah kejap rumah abang..ziarah family & tanya khabar.
LUNCH -JASON BAY,TANJUNG SEDILI
Trip kali ni..edisi redah je.Kami tak google tempat-tempat makan
yang sedap or viral.Instead we asked local!Tanya sedara-mara & kawan-kawan
yang tinggal kat sana..port2 mana yang diorang selalu makan.1 of school alumni
suggest makan ICT kat Jason Bay public beach ni..so kita pon navigate la ke
sana.
Cantik & bersih kawasan pantai kat sini.Sesuai untuk
mandi-manda ,berpiknik & camping.
Kami order nasi goreng,sotong goreng tepung & ikan celup
tepung.Fresh..dan harganya berpatutan.
Tengah makan..hujan lebat pulak.. |
Dari Tg Sedili,terus ke Lotus Desaru untuk check in
LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA
Kami memilih untuk menginap di sini.Penah datang sini masa
anak-anak kecik-kecik dulu...maknanya dah lama sangat dah hotel ni.Walau macam
mana pun,nampak macam maintainence dia ok.
Reception counter managed by ?foreign worker who doesn't speak decent English /BM |
Kena ambik nombor giliran untuk check in |
Hotel ni ada 18 atau 19 blok? (blok A sampai S?) yg dicat warna-warni.Bangunan ni ala-ala castle fairy tale.
Hotel surroundings...
Bawah tu Teratai Cafe..untuk breakfast |
A couple of seafood restaurants inside Lotus Desaru
|
Oh ya..Ada juga tempat spa & gym..
Actually kami beli voucher hotel Lotus Desaru ni last year masa kempen cuti-cuti Malaysia di Melaka.Ni baru ada kesempatan untuk redeem voucher.Berbaloilah harga voucher siap ada free breakfast for two & free entrance to LD waterpark.
View waterpark dari balkoni bilik
|
Petang rehat & tidur je sbb penat..long hours driving
DINNER – CJ SITE
Malamnya kami keluar & cari kedai-kedai makan yang
dekat-dekat je.
Terjumpa kedai tomyum tak jauh dari Lotus Desaru,dalam 3 km
je.Ni kat Taman Mutiara Desaru.
Okla,sedap makanan yang kami order.
Selepas makan,kami gi ziarah wife arwah sepupu kat Bandar
Penawar…lepas tu balik hotel untuk rehat
Tamatlah day 1 yang sempoi..
No comments:
Post a Comment