Monday, 20 June 2022

EAGLE RANCH RESORT,PD - REVISITED AFTER 5 YEARS..





Keesokan hari selepas ketibaan ke Melaka usai majlis graduasi di Penang,kami bergerak ke Port Dickson.Kali ni 4 beranak pula - mama,abah,abang & adik bongsu yg tak dapat join majlis konvo di Penang.

Kid # 2 & # 3 dah pulang ke IPT masing-masing.

Masih dalam mode coti2 Malaysia sempena cuti sekolah.

Sebelum check in,singgah di kedai Nasi Ayam Cowboy..kedai favourite anak-anak.





Last kami datang ke Eagle Ranch adalah pada tahun 2017,selepas si bongsu selesai exam UPSR.This time,dia dah form 5 - next year SPM. How time flies!

Kali ni book kampung house,dalam imaginasi previous visit macam best je rumah atas air,bawah swimming pool.Tapi kali ni dah berubah..pool kat bawah kampung house tu dah tak boleh digunakan untuk mandi.Boleh ?bersampan je...kolam pun dah hijau keroh..udara persekitaran agak 'kurang nyaman'

Kampung House...Dalam gambar memang nampak cantik



Air hijau & cetek,tak nampak pulak orang berkayak / water rafting kat situ..

Kampung House 5 tahun dulu..

2017 - Air biru,bersih & boleh mandi 


So,kami mintak tukar & upgrade bilik ke paddock chalet..dapat balik bilik yang sama macam 5 tahun dulu.Alhamdulillah

Bilik Paddock Chalet - 3 single beds & 1 additional mattress

Shared balcony - jangan salah masuk bilik


Balcony with overlooking horse paddock



Dari balkoni,boleh tengok kuda





Takde apa-apa aktiviti pas check in..cuma lepak-lepak & rehat-rehat..dan berenang di pool.(Dah tinggal 1 pool dewasa & 1 pool budak2 now)


Lepas berenang ,laparrr

Malamnya seperti biasa,kami gi makan ikan bakar di Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang.


Nasib baik tak crowded ..rasanya kedai-kedai makan menghala ke Telok Kemang mestilah overcrowded.Cuti sekolah kali ni,tahun ni bukan main luar biasa penangannya!1 Malaysia jammed dengan ramai umat yang bercuti..first cuti sekolah di fasa endemic.


Esoknya..complimentary breakfast for 3


Few pics sebelum check out





Semoga industri perhotelan di negara kita kembali pulih seperti dulu...aminnn






Tuesday, 14 June 2022

CONFERRING CEREMONY AT BAYVIEW BEACH RESORT,BATU FERRINGHI- 5TH June,2022

Finally THE DAY has come!

The most and long-awaited day has come...Majlis konvokesyen anak sulong telah berlangsung di  Bayview Beach Resort pada hari Ahad 5 Jun,2022.

Kami bertolak dari kampung di Semenyih pada hari Sabtu 4 Jun,bertolak jam 6.30 pagi & tiba di Batu Ferringhi jam 3.30 petang..perjalanan yang sangattt lama disebabkan kesesakan trafik yang luarbiasa teruk  kali ni.Pecah rekod - dikhabarkan sebanyak 5.6 juta kenderaan membanjiri lebuh raya seluruh negara sejak Jumaat 4 Jun..dah macam malam raya edisi tiba-tiba 'hurry' raya.Weekend tersebut merupakan permulaan cuti penggal sekolah yang pertama selepas fasa endemik...that explained the road congestion.

Alhamdulillah,kami berjaya menyewa penginapan di apartment betul-betul berhadapan dengan Bayview Beach Resort ,jalan kaki 200 meter je dah sampai.Bayview Resort was already fully booked 1 month before the event..lagi pun harga sebilik dalam RM600-1000+/night utk 2 pax,kami tak mampu..he he

Ramai parents yg stay kat Georgetown..terpaksa drive selama 1 jam 30 mins untuk sampai ke Bayview Resort pada hari kejadian,padahal cuma 17km je jaraknya.Selama 3 hari 2 malam,memang kami 'berkampung' di Batu Ferringhi je lah..sebab bandar jammed gila..

Gambar-gambar sekitar majlis (missing our youngest daughter who was at school in Melaka)


"Ain't about how fast I get there.Ain"t about what's waiting on the other side.It's the climb"



"The future is always uncertain,but we who celebrate what you have done,who celebrate all of your achievements,we are certain of one thing on this day.You will not let us down"

 


 








"Go into the world and do well.But,more importantly,go into the world and do good"

"May your cap fly as high as your dreams"


Kisah konvo anak kedua (2023) di sini.












Wednesday, 8 June 2022

PRE CONVO PHOTOSHOOT @ MELAKA - 28th May,2022

Salam..Syukur alhamdulillah,anak sulong kami telah berjaya menamatkan pengajian di IPTS di Dublin & Penang.Majlis graduasi telah ditentukan di Bayview Beach Resort,Batu Feringhi pada 5 Jun,2022,semasa cuti sekolah.

Disebabkan adik bongsu tak dapat hadir semasa majlis graduasi abang kerana ada program persediaan SPM,so kami decide untuk buat 1 sesi fotografi pra-konvo di Melaka.(supaya cukup korum)

Mula-mula ingat nak shoot kat Encore,tapi pak guard tak bagi masuk seperti sebelumnya.Maybe sebab  Encore masih beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk kanak-kanak 5-11 tahun.

Jadi,kita cari tempat yang authentic & exotic sikit...kat Jonker Street..😆😆😆 

Kami tak hire professional photographer .Gambar dari camera & fon masing-masing je.Kami abadikan di sini untuk memori kemudian hari.

Kedai usang di Jonker's Street


My Kiehl's Heritage,cantik mural kat sini





Sungai Melaka tak kurang cantiknya








Sambung di Penang minggu depannya..


Pre convo photoshoot anak kedua (2023) di sini.